Thursday, June 27, 2013

Semoga Allah selamatkan aku

Bismillah..

Semoga Allah selamatkan aku daripada bersubahat dan bersekongkol dalam menutupi pengkhianatan dan kezaliman ISMA. Maaf aku menyambung sedikit lewat kerana kekangan masa. Berdasarkan statistik, jumlah pembaca siri pertama dan kedua sama ramai. Bermakna, mereka ialah kelompok yang sama.

Figura sebenar setelah kos sebenar dewan diketahui


Selepas diketahui pengkhianatan ISMA yang tidak memberikan resit, menggunakan dewan untuk program rahsia mereka dan tidak mengisytihar tentang penggunaan tersebut. Semua dikalangan rakan kongsi tidak mengetahui tentang hal tersebut sehinggalah diberitahu oleh budak-budak ISMA yang ke program tersebut.


Maka menurut aku, selain daripada pihak ISMA mesti meminta maaf kerana pengkhianatan tersebut pihak ISMA hendaklah menanggung kos sewa dewan yang digunakan oleh mereka.

Kos majlis tersebut sepatutnya adalah:

1. sewa dewan $160 (separuh lagi mesti ditanggung oleh ISMA)
2. makan minum $1680
3. duit zakat $160

Kos terbaru sebenarnya adalah :

$160 + $1680 - $160 = $1680

$1680/4 = $420

KIA sudah membayar $400, maka KIA berhutang dengan MYPSA $20.
UCSA telah membayar $480, maka MYPSA berhutang dengan UCSA sebanyak $60.
ISMA dianggap telah membayar $160, maka ISMA berhutang dengan  MYPSA sebanyak $260.

Berdasarkan keterangan MYPSA ketika AGM, sudah jelas MYPSA mahu menanggung bahagian ISMA sebanyak $260 demi menutup dan mendiamkan pengkhianatan ISMA. Apa jua alasan, wang $260 milik ahli-ahli MYPSA amat tidak wajar disalahgunakan untuk menutup sebuah korupsi.

Ini adalah kali ke-2 ISMA melakukan pengkhianatan terhadap rakan kongsi. Ketika era Dr. Kamarul sebagai presiden MYPSA, berlaku juga kes pengkhianatan ISMA terhadap MYPSA dan MASCA.

Katakanlah..

Katakanlan jika kita menggunakan pandangan peribadi presiden MYPSA untuk mengambil $800 tersebut untuk digunakan bersama oleh MYPSA, KIA, UCSA dan ISMA kemudian bakinya dibahagi 4. MYPSA tetap menggunakan duit amanah daripada kerajaan dan yuran ahli-ahli untuk menampung $160 (separuh hari yang digunakan oleh ISMA). Itu hanya katakanlah..



Yang pasti, apa jua alasan yang cuba dicipta, sudah sahih ISMA telah berbohong dan mengkhianati rakan kongsinya, MYPSA cuba menutupinya. Adakah ini amanah?


"Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya" (HR Muslim)

Aku boleh faham orang berbohong untuk menutup aib diri atau masalah diri, tapi aku tidak faham orang berbohong untuk merembat hak orang lain. Begitu juga aku tidak faham orang berbohong untuk membenarkan hak orang lain dirembat.

Kita bukan berkira tentang duit, apa yang kita mahukan adalah sebuah kejujuran dan ketelusan dalam bekerjasama. Lagipun duit yang diuruskan bukan milik peribadi, tetapi milik awam. Bukankah itu akhlak Islami yang patut dan wajar dijadikan sebuah prinsip dalam bekerjasama? ISMA membelasah PAS kerana bertahaluf siayasi dengan DAP dan PKR, mengapa ISMA sendiri tidak bercakap serupa bikin?


Jawapan Cliche


Ketika aku bangkitkan isu tersebut di dalam AGM MYPSA, Umar Faruq cuba mencelah. Aku tak berminat nak  melayan dia kerana aku mempersoalkan tindakan komiti MYPSA yang mahu menanggung program ISMA. Si Umar Faruq patut menjawab kenapa dia menempah dewan tersebut di atas nama MASCA kenapa tidak dengan nama ISMA. Aku berani berkata, program-program ISMA yang melibatkan sewa dewan, Umar Faruq akan menempahnya di atas nama MASCA. Hisham Sharif yang mengaku tidak releven dan hanya tahu 2-3% juga menyampuk. Pelik, orang yang tidak releven dan hanya tahu 2-3% tiba-tiba mahu bersuara?


Pihak ISMA berhujah dengan mengatakan harga sewa dewan itu ada 2 rates.
1. Hourly rates - $80/hour
2. Daily rates - $320/day

Jadi atas timbangan bijak Umar Faruq, dia memilih untuk menyewa sehari kerana kalau $80 x 4 = $320. Ya, mana-mana orang bijak akan memilih daily rates. Aku juga akan memilih daily rates jika hal itu ditawarkan. Ia ibarat tawaran Air Asia 1 way ke Melbourne-KL $700, return juga $700. Tetapi adakah tiket KL-Melbourne milik ISMA?


Soalan kita, berapa ISMA belanja kos sewa dewan untuk program rahsia tersebut? Jawapannya "zero". Bermakna, ISMA dapat menganjur program rahsia mereka dengan menggunakan dewan yang penuh kemudahan secara percuma! Adilkah tindakan ini kepada rakan-rakan kongsi yang lain? Sudahlah program itu rahsia, hanya diajak dan dijemput para pentaksub ISMA saja. Walhal Ustaz Fauzi yang dihantar MSD sedang bersyarah di dewan universiti. Aku tak berminat nak panjangkan tentang adab dan akhlak kita terhadap orang alim dan ilmu. Fikirlah sendiri siapa lagi prioritas menurut logik akal. Jika dikumpulkan seluruh dalil, jelas ia milik si alim, bukan milik abang-abang usrah yang masih tanpa ragu-ragu menyebarkan pendustaan ke atas Nabi kita.

Disebabkan kaum-kaum usrah suka bermain dengan analogi, maka aku juga akan menggunakan 2 analogi.


1. Umar Faruq diamanahkan MYPSA untuk membeli sebuah kereta Kancil. Tiba di showroom Perodua, dia ditawarkan beli Kancil percuma Myvi. Umar Faruq menerima tawaran tersebut. Dia beri Kancil kepada MYPSA, dia ambil Myvi tersebut. Resit yang tertera pakej beli Kancil dapat Myvi tidak diberikan kepada MYPSA.

2. Hisham Sharif diamanahkan MYPSA untuk membeli ubat gigi Najwa. Tiba di Thuan Phat, ubat gigi Najwa dibalut sekali dengan cawan Corelle. Bermakna beli ubat gigi Najwa percuma cawan Corelle. Dia beli ubat gigi tersebut. Sebelum menghantar ke MYPSA ubat gigi tersebut, dia buka ikatan cawan dan mengambil cawan. Resit yang tertera beli ubat gigi Najwa percuma cawan Corelle tidak diberikan kepada MYPSA.


Adakah tindakan Umar Faruq dan Hisham Sharif dikira amanah menurut logik akal tanpa perlu aku longgokkan dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah?


Mereka menjawab

ISMA menjawab kita gunakan kemudahan dewan itu untuk program iftar itu juga. Kami masak dan rewang di situ. Aku katakan :

Jika KIA tahu dewan itu disewa 1 hari, program dengan Ustaz Fauzi pada sesi pagi juga boleh dibuat di dewan itu. Tidak perlu sahabat-sahabat yang hadir membayar parkir di bandar. Mereka juga boleh menggoreng karipap lagend di sana. Jimat elektrik dan gas.

Jika UCSA tahu dewan itu disewa 1 hari, mereka juga boleh merewang dan memasak di dewan tersebut dengan selesa bersama penggunaan heater yang percuma. 


Jika MYPSA tahu dewan itu disewa 1 hari, mereka juga boleh menggoreng kuih, merewang dan apa-apa saja di dewan tersebut tanpa perlu kelam kabut memikul dan mengangkat barang dari jauh. Mungkin boleh meminta juak-juak Dr. Kamarul untuk memasak di sana, mungkin dapat diskaun 10sen 1bungkus nasi kerana penggunaan elektrik dan gas percuma.


Sekarang ini siapa yang untung? Adakah ini adil?

Usaha yang telah dibuat

Setelah kesemua jenis cara dibuat untuk menyelesaikan kemelut ini. Termasuklah berjumpa presiden MYPSA banyak kali, mesyuarat post-mortem, email, panggilan telefon dan sms ke pihak ISMA dibuat. Mereka terus kekal bermain-main dengan kami. Aku sendiri menghubungi ayatolla ISMA iaitu Hisham Sharif. Sesudah ketiadaan Zaki dan Nizam, aku percaya Hisham Sharif ialah ayatollah ISMA di Adelaide. Malangnya dia mendiamkan diri juga. Aku mahu mendengar 2-3% dari lidah dia kerana ketika AGM dia seakan-akan mahu berkata sesuatu. Malangnya, dia seorang yang bacol. Hanya lebat menulis di FB dan blognya. Rupanya seorang yang daiyus untuk menegakkan hujah.

Aku membuat langkah progresif dengan menghubungi Nizam melalui FB. Ini jawapan dia :





Daripada jawapan dia, aku simpulkan :

1. Hisham Sharif telah diamanahkan untuk "clarify" masalah ini. Tetapi memilih untuk berbohong. Tak releven? 2-3%?

2. Nizam sama seperti Hisham juga, menjadikan presiden MYPSA sebagai benteng.

3. Umar Faruq? Aku pun tak tau sama ada dia ni betul ke tak. Dia pula minta bukti kat kita, padahal dia tak kasi resit sewa dewan. Rujuk respon dia di Kelab Peminat Rafizi Ramli



Oleh itu, aku menghubungi sahabat aku, orang ISMA yang aku kenali sebagai seorang yang sangat progresif. Aku minta beliau setkan meeting aku dengan Hisham. Malangnya kata beliau, Hisham taknak terlibat dan taknak ambil tahu pasal hal tersebut. Adakah Nizam menipu atau Hisham yang menipu? Oh ya, presiden MYPSA juga menyuruh aku berjumpa sendiri dengan pihak ISMA. Tetapi orang yang paling bertanggungjawab sudah membuat pengakuan dia tidak releven dan hanya 2-3% saja. Kepada siapa perkara ini hendak dibawa runding. Akhirnya aku dicadangkan oleh sahabat aku menghubungi ketua ISMA yang baru.

Pada mulanya beliau juga macam tidak mahu. Aku pun tahu beliau tidak wajar dipertanggungjawabkan. Akan tetapi disebabkan Hisham Sharif tidak mahu bertanggungjawab, ketua baru terpaksalah mencuci najis-najis yang ditinggalkan oleh kepimpinan lalu. Beliau juga cuba nak menjadikan MYPSA terutama presidennya sebagai benteng juga. Setelah aku menyatakan resolusi komplot aku. Maka beliau sudi untuk berunding. Ya, aku meletakkan resolusi berbau ugutan. Jika ISMA tidak mahu respon, kami (KIA dan UCSA) akan mengeluarkan kenyataan rasmi yang ISMA telah melakukan korupsi dengan pengkhianatan terhadap kelab-kelab lain dan membuat laporan rasmi seperti Dr. Kamarul pernah lakukan dulu.

Perbincangan kami bermula dengan senda gurau juga diakhiri dengan gelak tawa. Sungguh harmonis. Walaupun aku tetap bertegas dengan mereka kerana kami sudah terlalu penat untuk mengejar ISMA. Ketua ISMA yang baru juga sangat progresif. Beliau memahami dan mengakui kesilapan mereka. Aku dengan tegas menuntut 3 perkara :

1. ISMA mesti memohon maaf secara rasmi kerana telah mengkhianati kami.
2. ISMA mesti menjelaskan kenapa resit tidak diberi daripada awal lagi.
3. ISMA mesti mejelaskan kenapa ISMA masih klaim jumlah penuh 1hari walhal mereka mengguna separuh.

Surat itu mesti dihantar dalam masa 3 hari bermula malam itu. Malangnya surat itu lewat tiba. Maka sepatutnya kami boleh buat apa yang kami katakan.Tetapi kami menepati janji kami tidak membuat kenyataan rasmi dan laporan kepada pihak berkuasa.



Setelah surat ini diberikan kepada aku, aku menganggap ia permohonan maaf daripada Ketua ISMA yang baru saja. Kerana tiada "letter-head", maka ia tidak rasmi. Tak apalah. Tindakan ketua ISMA yang baru ini wajar dipuji. Beliau berani dan mengambil bertanggungjawab mencuci najis-najis yang lalu. Sebagaimana Kevin Rudd memohon maaf di atas tindakan kerajaan-kerajaan terdahulu yang menzalimi orang aborigin di Australia. Walaupun jumlah ganti rugi itu tidak aku setujui, tetapi permohonan maaf jelas membuktikan mereka mengakui kesilapan mereka. Kerja aku sudah selesai. Bukti aku dah bentangkan, hujah sudah aku tegakkan. Permohonan maaf sudah aku dapatkan.


Kepada ahli-ahli MYPSA, berbahagialah kalian. Wang kalian akan dipulangkan. Sila pastikan pihak ISMA melalui ketuanya yang baru membayar balik hak kalian. Aku teringat seorang sahabat dari MYPSA berkata kepada aku, buat sesuatu yang menguntungkan persatuan dan ahli-ahlinya. Nah, kalian sudah tidak rugi lagi. bahkan untung kerana tidak perlu berperang dengan ISMA macam Dr. Kamarul.
Siapa sebenarnya yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Hisham Sharif? Nizam Zakaria? Umar faruq? atau Presiden MYPSA? Atau ISMA saja?

bersambung..