Friday, February 17, 2012

Bila tiada hujah..

Dulu akulah tekong yasin dan tahlil..

Bila hal ini dikritik, aku melenting..

Aku cuba untuk berdebat..

Namun ternyata hujahku dangkal..

Bila tiada hujah, aku label dia tiada adab..



Dulu akulah Imam solat hajat berjemaah..

Datang kawanku kata ini tidak sunnah..

Aku memberikan hujah kitab kuning..

Dia berikan hadis nabi dan kalam sahabat..

Bila tiada hujah, aku label dia tiada akhlak..



Dulu akulah tekong takbir rumah ke rumah..

Bangkit seorang ustaz muda kata hal ini bidaah..

Aku katakan padanya niat kami baik..

Dia menjelaskan dengan ilmiah tentang bidaah..

Bila tiada hujah, aku label dia wahabi..



Dulu akulah pengkagum kitab Ihya..

Seorang tokoh kata banyak hadis2 palsu di dalamnya..

Aku marah tetapi tak berani cakap banyak..

Aku cuba mencari hujah untuk menafikan dakwaannya tapi gagal..

Bila tiada hujah, aku label dia menghina Imam..



Dulu akulah naqib besar..

Dulu akulah al-Banna junior..

Dulu akulah Syed Qutub kecil..

Dulu akulah ahli PAS seumur hidup..

Dulu akulah juga ahli sufi..



Dulu akulah satu-satunya pelajar sekolah rendah yg membawa harakah ke sekolah dan mengkhatamkan segala isinya..

Dulu akulah satu-satunya pelajar form 1 yg memakai baju "gemilang bersama PAS" di asrama..

Dulu akulah tekong zikir munajat..

Dulu akulah tekong bacaan yasin 3x nisfu syaaban..

Dulu akulah tekong bacaan doa awal tahun dan hujung tahun..



Dulu akulah tekong bacaan mathurat dan pengamalnya..

Dulu akulah pengamal selawat syifa'..

Dulu akulah pembeli kismis jampi..

Dulu akulah peminum air pinggan jampi..

Dulu akulah imam yg sentiasa berzikir dan berdoa mengeraskan suara..



Dulu..Dulu..Dulu..

Bila tiada hujah, aku serang dengan akal..

Tanpa aku sedar, aku jauh tersasar..

Aku hanya ego dan berlagak pandai..

Bila tiada hujah, aku mencari salah peribadi orang..



Tiba-tiba..

Aku terfikir..

Adakah perbuatan aku menolak kalam Allah itu beradab dengan Allah?

Adakah perbuatan aku membelakangkan kalam Allah itu berakhlak dengan Allah?

Bila tiada hujah, aku telah mensyirikkan Allah..



Tiba-tiba..

Aku terfikir..

Adakah perbuatan aku menolak kalam dan perbuatan nabi itu beradab dengan nabi?

Adakah perbuatan aku mendahulukan kalam dan perbuatan manusia itu berakhlak dengan nabi?

Bila tiada hujah, aku telah menafikan kerasulan nabiku..



Tiba-tiba..

Aku terfikir..

Adakah perbuatan aku menolak kebenaran itu beradab?

Adakah perbuatan aku mencari kelemahan peribadi penyampai itu beradab?

Bila tiada hujah, aku sendiri tiada adab..



Tiba-tiba..

Aku terfikir..

Adakah perbuatan aku melabel orang itu berakhlak?

Adakah perbuatan aku menyerang akhlak penyampai itu berakhlak?

Bila tiada hujah, aku sendiri tiada akhlak..



Tiba-tiba..

Aku terfikir..

Adakah aku mengamalkan apa yang nabiku kehendaki?

Adakah aku lebih baik dari dia sedang dia menuruti jejak nabiku?

Bila tiada hujah, aku mula mencari hujah..



Kini..

Aku seperti dia..

Tersenyum melihat mereka menjadi aku yg dulu..

Merasai apa yang dia rasai dulu..

Bila tiada hujah..



Kini..

Aku tidak mahu jadi seperti dulu..

Aku mengatur hujah dengan ilmu..

Jika sudah taknak, macam2 alasan boleh direkacipta..

Bila mereka tiada hujah, salah aku akan dicari..



Kini..

Aku punya prinsip..

Akidah yg sahih..

Manhaj yg benar..

Aku sudah ada hujah..



Kini..

Aku sudah ada hujah..

Aku menuruti sunnah..

Aku menjauhi bidaah..

Aku sangat cintakan sunnah..


Nukilan Jiwa,
Abu Fedora Al-Turkistani

p/s : Teruskan berdiri di atas manhaj yang benar ini. InsyaAllah, suatu hari nanti, mereka akan tersenyum sebagaimana kita tersenyum hari ini.

Wednesday, February 8, 2012

Menjawab fitnah Ahmad Sayuti bin Bashiron dengan kaedah Ahli Sunnah bukan Ahli Bidaah..

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan, politik, orang politik dan ahli bidaah..

Intro

Sebelum aku menjawab, biarlah aku tekankan adab melayan tetamu atau hak tetamu. Bukan diPOW, tetapi dimuliakan sehingga 3 hari tanpa dipersoalkan.

Terima kasih Datuk Wira Ali Rustam (CM Melaka) kerana datang ke Adelaide dan memberi sumbangan sebanyak RM 5000 kepada setiap persatuan. Rasanya setiap persatuan boleh berkongsi duit yang disumbangkan untuk membiayai kehadiran pelajar² baru di Adelaide. Mereka ialah musafir dan juga tetamu kita. Mereka punya hak yang telah dijelaskan oleh syariat.

Mereka mempunyai 3 hari, 3 malam hak yang patut kita semua tunaikan. Berdalilkan :

1. "Apabila telah habis 3 hari 3 malamnya, maka apa yg diberikan kpd tetamu dianggap sedekah" . [HR Ahmad dan Abu Daud dengan sanad yang baik]


2. "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." [HR Bukhari dan Muslim]

3. "Barangsiapa yg beriman dengan Allah dan hari akhir hendaklah dia memuliakan tetamunya dengan memberi jaizah." Para sahabat bertanya,"apakah itu jaizah, ya RasuluLlah?" Sabda Nabi," sehari semalan." [HR Ahmad dan Abu Daud dengan sanad yang baik]

4. "Tiga hari itu mengikut JUMHUR sebagai hak tetamu. Ia bukan wajib tapi sunat (sunnah yg dikukuhkan, Akhlak karimah dan kebajikan dalam agama). Umar al-Khattab ra. mewajibkan hak tetamu (Majmu') dan Imam Laits berpendapat wajib hanya hari pertama." [Syarah Muslim Imam Nawawi 1/333]

Rasanya sudah jelas dah yang patut diamalkan, lagipun dah dapat duit banyak ni. Takkan nak sumbat masuk perut sendiri kot?

Kisah Majlis CM Melaka Kelmarin (7/2/2012)

Aku hadir kerana telah dijemput oleh Haji Arif. Aku tiba lewat sedikit. Maklumlah, orang tiada jawatan apa², apa perlu aku tayang muka aku pulak. Aku tak berminat nak masuk Malaysian Insider macam Mufti Perak.

Setibanya aku di Bradford Lodge, aku disapa oleh Sayuti. Aku memberi salam, dan bersalam. Dia menarik aku dan berkata :

"Bila hang nak mai rumah aku, lama aku tunggu.."

Jawabku mudah dengan spontan :

"Apa perlu aku mai, hangla mai umah aku.."

Disebab kekalutan di depan pintu dewan, komunikasi kami terhenti. Sebab aku rasa dia dah offence aku tadi. Aku pun mengusik dia dengan bertanya :

"Hang bawak kamera tak, taknak rakam ka?"

Itu saja dalam ingatan aku yang pasti. Kemudian aku masuk ke dewan. Terjumpa dengan seorang kakak yang aku hormati. Kami sembang² pasal famili kerana dia banyak bertanya tentang isteri aku. Tiba², Sayuti datang dengan kurang ajar, tanpa memberi salam seraya berkata :

"Hang bila nak stop buat fitnah?"

OK. Sebelum aku sambung cerita, aku ingin bertanya adakah perbuatan Sayuti sangat beradab dan berakhlak? Inikah cara orang tua menyapa orang? Inikah cara pejuang Islam versi PAS mahu mencelah orang lain sedang bersembang?

Sambung..

Seperti biasa, aku akan bertanya semula, yang mana fitnah? Sebab kritikan aku banyak, takkan semua fitnah. Dia tanya :

"Hang dah baca apa yang hang tulis yang baru ni..?" Apa bodoh punya soalan, aku yang tulis mestilah aku dah baca. Aku jawab :

"Aku dah bagi orang lain review dan bertanya dengan orang lain adakah tulisan aku tersasar dari fakta, semua kata OK."

Kemudian aku minta dia buktikan di mana aku melakukan fitnah, aku minta dia jawab balik secara bertulis atau apa² cara pun. Dia bukan tak biasa menulis. Begitu detail ceramah Mufti Perak dia boleh tulis. Dia juga pernah email aku. Lepas dia takda hujah. Dia main ejek² plak. Koh koh koh. Inilah cara orang MATANG, tak dapat buktikan lepas fitnah aku, mengejek pulak. Dia cakap :

" Kata pejuang sunnah, tapi buat fitnah.." Aku nak ucapkan terima kasih kerana mengiktiraf aku sebagai pejuang sunnah walaupun aku tidak pernah meletakkan apa² label pada diri aku atau masuk mana² kumpulan. Bukan seperti dia yang menjadi ahli PAS. Adakah ini pengakuan PAS bukan pejuang sunnah? Koh koh koh.. Takziah kepada Sayuti kerana menuduh aku lagi tanpa mengemukakan fakta. Jelas Sayuti sudah memfitnah aku lagi.

Bila orang main ejek², aku tidak mahu ketinggalan. I kan orang muda, darah panas. Mestilah I ejek balik PAS dia. Tapi I takdala tuduh apa² macam dia tuduh I buat fitnah. Huhuhu.. Macam budak² la Sayuti ni, kalah hujah main ejek² pulak. Macam mana boleh jadi ketua pemuda PAS Shah Alam dulu. PAS Shah Alam takda orang lain yang lagi matang ke? koh koh koh..

Kritik dan Fitnah

Kita perlu bezakan kritik dengan fitnah. Bukan disamakan, jika disamakan, maka habislah semua hal boleh dimaksudkan sebagai buat fitnah.

Kritik secara umumnya adalah teguran dan dakwaan yang disandarkan kepada dalil (fakta, bukti, penyaksian dan pengakuan) yang diyakini pengkritik. Pengkritik bersedia menegakkan hujah, mengemukan bukti, bersedia menerima kritikan balas (dengan dalil ler, bukan tuduh² balik), bersedia menarik kritikan jika berjaya dibuktikan salah atau tersilap dan bersedia memohon maaf secara terbuka.

Sebagai contoh :

Kita mendakwa bentuk bulan yang sebenar adalah bulat. Ada kawan kita kata bulan berbentuk sabit. Untuk kita tidak memfitnah bulan itu berbentuk bulat, kita mendatangkan bukti². Gambar dari setelite, citation dari kajian² ahli astronomi, dan perkataan² saintis² astronomi yang terkenal.

Aku sudah cross check dengan beberapa sumber dan telah menapis. Hanya yang aku yakini kesahihannya aku keluarkan.
Bahkan bertanya kepada orang lain tentang tulisan aku. Aku sentiasa bersedia dengan semua itu. Pernah seorang sahabat cuba mengkritik balik point aku tentang hal majlis solat hajat. Aku panggil dia datang rumah aku. Aku biarkan dia menjelaskan. Dia memanggil saksi. Ia dilakukan dengan harmoni. Aku menjawab dengan dalil² yang aku gunapakai. Bila disemak balik. Jelas beliau gagal membukti Sayuti tidak bersalah. So, point itu masih kekal kebenarannya.

Begitu juga, kawan² yang berani bertanya, aku menjelaskan dengan jelas 1 per 1. Kemudian, aku bertanya adakah aku salah? Mereka mengakui aku tidak salah. Sebab itu aku minta, sesiapa yang mahu mengkritik balik kritikan² aku. Sila datangkan dalil yang kukuh. Aku boleh menerima jika dalil kamu sahih yang mampu membatalkan dalil² aku. Aku bersedia memohon maaf. Boleh dirakamkan, dihantar ke pemuda PAS Perak dan Malaysian Insider. koh koh koh..

Jika dalil kamu masih meragukan, maka kita berkhilaf. Biarlah Allah memutuskannya. Jika kamu benar² tidak bersalah tetapi tidak mampu membuktikan kamu tidak bersalah. Aku hanya mohon kamu bersumpah laknat ke atas diri kamu. Kemudian aku akan menarik segala kritikan aku dan memohon maaf kepada kamu. Aku percaya sumpah kamu kerana mahkamah Allah lebih adil.

Manakala fitnah pula adalah tuduhan tanpa bukti. Dakwaan tanpa dalil. Simple dan mudah difahami. Sebagai contoh :

A mendakwa telah ternampak si B mencuri. Si B bertanya, apa bukti hang tuduh aku mencuri? Buktikan! Si A menjawab, kata pejuang sunnah, tapi mencuri..

Ini adalah fitnah, kerana Si A gagal membuktikan Si B mencuri.

Begitu juga jika hendak menuduh seseorang memfitnah, maka perlu disediakan bukti yang seseorang itu melakukan fitnah. Sebagai contoh :

A : Hang buat fitnah!
B : Aku buat fitnah apa?
A : Hang kata Ronaldo gemok kawen dengan Siti Nurhaliza Misbun Sidek.
B : Apa bukti hang kata Ronaldo gemok tak kawen dengan Siti Nurhaliza Misbun Sidek?
A : Ni ha, bukak youtube, pengakuan Ronaldo gemok dan Siti Nurhaliza Misbun Sidek sendiri yang menafikannya. Ni lagi, pihak JAIS juga menafikan pernah menikahkan mereka seperti yang didakwa. Ni lagi, gambar sebenarnya Ronaldo gemok kawen dengan Dian Sastrowortoyol.
B : Oh, aku silap. Aku mintak maaf.

Contoh di atas common sense yang patut kita semua tahu. Jelas Si A tidak memfitnah Si B memfitnah kerana Si A mengemukakan dalil² yang menafikan dakwaan Si B. Sayuti, hang faham tak? Orang² PAS faham tak? ;p

Kaedah Ahli Sunnah VS Ahli Bidaah

Ahli Sunnah menggunakan kaedah "Bukti atas dakwaan" dalam apa² dakwaan baik hal dunia mahupun hal agama. Itu asasnya. Manakala Ahli bidaah menggunakan kaedah "Dakwaan tanpa bukti".

Ahli Sunnah menggunakan : 1. Iqrar (pengakuan) 2. Bayyinah (penyaksian) 3. Qarinah (bukti)
untuk mendakwa apa² hal mahupun masalah.

Aku bagi contoh yang paling mudah lagi jelas dan berkait dengan Sayuti dan aku iaitu tentang Solat Hajat Berjemaah. Aku menyatakan ia tidak datang dari Nabi, Sahabat, Imam² salaf, Imam² hadis dan dari perkataan ulamak² muktabar. Aku sertakan dalil², kaedah² dalam usul ibadat, perkataan Imam Bukhari tentang status hadis mengenai solat hajat. Aku bawakan hadis tentang solat hajat. Aku bawakan perkataan² Imam Ibnu Taimiyah dan syarat²nya. Semuanya dengan citation. Maka disimpulkan, ia adalah bidaah. Aku juga sudah bersedia dengan perkataan Imam Nawawi jika ada sesiapa nak radd aku balik..

Sayuti datang bawak dalil ulamak nusantara kata boleh. Fullstop. Mana hadis? Mana kaedah? Ulamak mana? Wali Songo ka? Wali songo yang nombor berapa? Wali Kutub ka? Kutub mana? Utara ke Selatan? Timur ke Barat? Kitab mana? Langsung tiada. Jika ada, adakah ulamak² itu boleh diterima? Adakah kata² ulamak itu boleh diterima sebagai khilaf? Adakah khilaf itu muktabar? Adakah khilaf itu diterima atau ditolak? Apakah ia lebih rajih atau tidak? Inilah fitnah ke atas agama Nabi Muhammad SAW.

Adakah kaedah begini boleh diterima pakai? Teringat kata² seorang sahabat :

"Jika kita sudah menggunakan kaedah ahli bidaah dalam hal agama, pasti kita akan gunakan kaedah itu dalam hal keduniaan."

Lihat cara Sayuti, semasa post pertama aku yang mengkritik dia. Dia sudah email aku dan kata semua itu fitnah. Aku tertunggu² penjelasannya. Kawan² yang datang bertanya aku pun kata Sayuti kata aku fitnah dia, aku tanya apa yang fitnah? yang mana? Juga tidak dijelaskan. Jawapan dia mudah, semua fitnah, fullstop! tanpa ada penjelasan untuk menegakkan hujah. Sedang aku mengemukakan bukti² dan sentiasa bersedia menegakkan hujah. Kawan² yang pernah bertanya aku, semua patut tahu aku akan menjelaskan 1 by 1. Apa boleh buat, jika agama Allah pun dia boleh fitnah, ini pulak nak fitnah aku.. :)

Semasa dia berjumpa aku pun, aku meminta penjelasan, dia gagal menjelaskan. Jelas dia takda hujah. Kemudian main ejek². Kini, duduk sibuk² kumpul dalil tentang fitnah, tag² orang lain sampai naik kat wall FB aku. Aku komen dia delete. Aku tulis (lupa plak) camnila maksudnya :

"Amik dalil² tu campak kat muka sniri.. Kaedah Ahli Sunnah bukti atas dakwaan.. Menuduh orang fitnah tanpa bagi bukti kaedah Ahli Bidaah.."

Koh koh koh.. Jelas dia seorang ahli bidaah yang suka berlindung disebalik dalil² fitnah seperti ramai ahli bidaah yang disanggah. Ahli bidaah biasanya memberi alasan bila gagal menegakkan hujah :

1. semua itu fitnah tanpa hujah.
2. tak nak berdebat kerana nabi larang.
3. aku sabar. Allah bersama dengan orang besabar.
4. malas nak layan.
5. banyak lagi benda yang lebih besar.

5 contoh ini biasa kita dengar bila kita panggil ahli bidaah untuk membuktikan kebenaran mereka. Begitulah hakikatnya bila urusan agama sudah menggunakan kaedah ahli bidaah, maka dalam urusan dunia sudah pasti dia menggunakan kaedah ahli bidaah. Sekarang ni sudah jelas Sayuti telah memfitnah aku sebanyak 3 kali kerana gagal menjelaskan, menegakkan hujah dan paling penting gagal membuktikannya.

Aku tak pernah tag siapa² bila aku menulis tentang kritikan. Sesiapa yang berminat nak membaca, boleh baca. Siapa yang tak berminat jangan baca. Aku tidak SMS, call, atau himpun orang untuk aku mencari simpati atau menagih sekongan. Semuanya atas dasar kebenaran dan keikhlasan. Aku percaya, orang beriman dan berakal akan menilai dengan kaedah² Islam dan otak. Bukan sentimen dan ketaksuban.

Fitnah 1

Sayuti pernah "kritik" aku memfitnah Mr. X. Aku minta Sayuti buktikan hal ini. Kerana :
1. Ketika perkara ini berlaku ketika Sayuti berada di USA.
2. Ketika Sayuti pulang, hal ini sudah selesai.
3. Aku sudah bertemu dengan Mr. X. Aku tahu aku tidak memfitnah. Kebenaran sudah ada.
4. Mr. X sudah memberikan sumber yang beliau gunakan ketika majlis itu kepada aku . Aku sudah membacanya berulang kali. Kajian dijalankan. Aku sudah menganalisa sumber itu. Aku boleh radd sumber itu dan aku berani untuk membahaskan di hadapan orang ramai untuk membuktikan sumber itu berniat jahat ke atas dakwah Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab dan aku berani untuk berjidal dalam hal ini. Penulis sumber itu pun seorang sufi. Macam mana nak adil. koh koh koh.. Apa boleh buat, Mr. X hanya bertaklid dengan sumber itu.
5. Perkara itu sudah selesai, Mengapa Sayuti masih menyibuk dan "memfitnah" aku?

Fitnah 2

Sayuti pernah "kritik" aku memfitnah dia. Yang ini aku minta dia buktikan celah mana yang fitnah kerana :
1. Kes Mufti Perak : Jelas sumber blog aku dapat itu ada nama assayuti. Sayuti antara orang yang merakam. Sayuti orang kuat PAS. Paling penting blog yang sudah 1 tahun terpampang nama assayuti tiba² hilang nama assayuti bila aku cite blog itu. sebelum aku dapat blog tu pun, aku tulis SYAK. So, takda fitnah pun.
2. Kes Unimap : Aku sudah terima banyak pengakuan tentang ternampak Isteri Sayuti yang menangkap gambar solat Jumaat lewat yang tersiar di blog paling glamor di Adelaide ketika kes itu hangat. Apa mau cakap lagi bro? Siapa bagi itu gambar? Koh koh koh..
3. Kes cite nama orang : Antaranya pengakuan berlaku di depan mata si mangsa ketika bertemu dengan Mr. X. Yang lain boleh dibentangkan jika hang mampu jawab yg ni dulu. Koh Koh Koh..
4. Kes dengan aku : Ofkos ler fitnah sebab hang tak buktikan apa² pun.
5. Solat hajat : Memang Sayuti gagal. Ulamak mana entah dia pakai. Mungkin wali songo kot.
6. Dan lain² : Sila balas balik dengan hujah yang penuh fakta dan buktila. Jangan tuduh². Macam ni ka kaedah PAS? Bosanla..

Fitnah 3

Ini yang latest semasa majlis CM Melaka. Dia fitnah aku buat fitnah. Ramai orang terdengar. Yang pasti walaupun di depan aku, dia gagal mengemukakan apa² hujah. Buktikan kritikan aku kepada MYPSA adalah fitnah. Adakah semua fitnah? Melampau betul. Lagipun, aku tulis umum, siapa makan cili dia terasa pedas. Sekarang ini Sayutilah orangnya rupanya.. koh koh koh.. Aku bersedia menarik balik point² yang berjaya dibuktikan aku salah dan aku bersedia memohon maaf. Sebab ia adalah sebuah kritikan bukan fitnah.

Kesimpulan

Jika ada sesiapa yang mahu membela Sayuti atau membuktikan aku tersilap dalam kritikan² aku selama ini, tak perlu Sayuti pun takpa. Datanglah kepadaku dengan dalil² kamu. Aku bersedia mendengar dan kita akan cross check dalil² secara harmoni. Kebenaran tetap kebenaran, aku bersedia menerima kebenaran kamu jika ia memang benar. Make sure, datang bawak dalil bukan bawak dakwaan.

Kamu datang dengan cara baik, aku layan kamu dengan baik. Kamu datang cara Sayuti, aku kasi cara Azhar Idrus. Koh koh koh.. Boleh minum sirap bandung soda (soda gembira Indon panggil) di rumah aku. Aku akan memuliakan kamu sebagaimana hak tetamu yang patut kamu dapat. Jika kamu melampaui batas memang nak kena terajang dengan aku.

Kini aku sudah difitnah. Aku boleh menggunakan doa Saad bin Abi Waqas ra. atau Said bin Zaid ra. Mana satu aku nak guna ni? Nak mintak dia panjang umur ke nak mintak dia mati terus. Koh koh koh.. Kita tunggu dan lihat permainan si ahli bidaah. Lihat bagaimana dia putar alam di Adelaide.

Hingga kini aku masih menunggu dan menanti sesiapa yang mampu membuktikan aku tersilap. Ya, masih menanti. Setakat ini, kebenaran di pihak aku. Jika kamu ada kebenaran itu, bawakanlah kepadaku nescaya aku mengalah. Orang beriman tidak takut untuk mengaku kesilapannya. Aku akan terus mengkritik kerana aku sayang kamu semua.

Jika kamu benar, buktikan aku salah!

Abu Fedora aL-Turkistani

Sunday, February 5, 2012

MYPSA(SA) dan keDANGKALannya..

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan, politik, orang politik dan orang gila politik..

Disclaimer : Bila aku menyebut MYPSA, ia tidak bermaksud semua ahli MYPSA atau semua AJK MYPSA, tetapi hanya mereka yang terlibat saja. Siapa makan cili, dia terasa pedas.

Sekapur Sirih

Aku memang dah lama nak ulas dan kritik pasal MYPSA. Tetapi disebabkan beberapa faktor yang menghalang telah melengahkan jari jemari aku untuk menulis. Antaranya keterikatan aku pada MYPSA dan kekurangan masa. Keterikatan aku pada MYPSA adalah kerana aku di bawah naungan persatuan itu. So, menjadi kewajipan aku untuk taat pada makruf, menegur dan mengkritik secara sirr. Setelah aku dibuang secara pondan oleh si "pemilik" MYPSA atau bahasa saintifiknya PENYALAHGUNA KUASA, maka keterikatan aku sudah tiada pada MYPSA. Aku mengkritik sebagai orang luar yang pernah melihat dan sedang melihat KEDANGKALAN MYPSA.

Intro

MYPSA adalah sebuah persatuan untuk pelajar² posgrad dan pasangan mereka secara umum. Aku namakan persatuan ini sebagai persatuan orang tua² Adelaide. Sebab orang muda² takkan boleh survive unless diorang "menjilat" dan "menelan" segala keDANGKALan orang tua² yang menguasai tampuk pemerintahan. MYPSA di Adelaide baru wujud selama 2 tahun secara rasmi. Masih setahun jagung. Tetapi banyak juga kebaikan yang MYPSA pernah buat. Ia patut diakui.

Aku tahu sejarah penubuhan MYPSA, aku kenal baik tokoh² era awal MYPSA yang disingkirkan dan yang berjaya menubuhkan MYPSA. Siapa betul, siapa salah, aku berlepas diri tentang hal itu. Budak² posgrad yang baru sampai, mungkin hanya mendengar cerita sebelah pihak. Tapi aku mendengar kedua-duanya sekali. Oleh itu, aku tahu kisah itu melalui 2 jalan periwayatan.

MYPSA dipenuhi oleh golongan cerdik pandai dan berpengalaman dalam hidup. Hal ini perlu kita sama² menerimanya dengan hati yang terbuka. Kerana kebanyakan mereke sedang berusaha untuk mendapatkan gelaran doktor, ada juga sudah menjadi doktor dan sudah lama berkarier. Tetapi di dalam kecerdikan dan pengalaman yang banyak tidak bermakna setiap perkataan dan tindakan mereka betul. Ya, mereka ialah ahli dalam bidang mereka. Tetapi bila mereka menerjah ke dalam bidang lain, keDANGKALan mereka mula terserlah.

Sejarah MYPSA tidaklah panjang kerana baru 1 presiden berganti sahaja. Tetapi disebabkan ada individu² yang masih kekal di dalam MYPSA, mereka menjadi dinosaur di dalam MYPSA. Mereka wujud dari era 2010-2011 dan 2011-2012 sedangkan rakan² lama mereka sudah pupus di dalam MYPSA. Jika dengan alasan MYPSA 2011-2012 perlukan dinosaur untuk membimbing, jelaslah MYPSA 2011-2012 sangat lemah berbanding MYPSA 2010-2011 yang berdiri di atas kaki sendiri tanpa sokong dinosaur.

Objektif

Objektif tulisan aku kali ini adalah bersifat teguran dan nasihat ikhlas kepada semua pihak umumnya dan kepada MYPSA khususnya yang aku lihat semakin mengarut akhir2 ini. Aku akan fokuskan pada isu kedatangan pelajar² undergrad baru ke Adelaide. Aku akan ulas tentang punca, cara dan kesannya terhadap MYPSA dan pelajar² baru melalui kisah tahun lepas (2011) ketika pelajar² baru tiba di Adelaide. Aku berharap, kejadian yang sama tidak akan berulang lagi supaya kita semua dan MYPSA menjadi lebih relevan dan tidak DANGKAL.

Sejarah mengambilan pelajar² baru undergrad

Sudah menjadi tradisi turun temurun, senior akan bertanggungjawab mengambil dan melayan pelajar² baru.

1. Pelajar² akan disambut di airport, dibawa pulang ke rumah mereka atau rumah yang disediakan juga milik senior.
2. Pelajar² akan menumpang di rumah senior sehingga mereka mendapat rumah sewa. Senior juga yang menolong mereka mencari rumah, membawa mereka pergi inspection, menolong mereka membeli barang² keperluan dan menolong mereka pindah.
3. Pelajar² akan dibawa oleh senior ke uni, buat student ID, buat akaun bank, dan angkat handset baru.
4. Pengalaman dan info² akan dicurahkan oleh senior secara tidak formal semasa mereka menetap dengan senior.
5. Makan minum juga ditanggung oleh senior ketika itu.
6. Banyak lagi yang mungkin aku tidak mampu untuk ingat dan tulis 1 per 1. Tetapi semua ini dilakukan dengan bayaran PERCUMA. Ya, servis ini adalah percuma. Seposen pun tak kena bayar.

Aku juga datang ke sini dengan cara begitu. Aku sangat menghargai effort yang mereka lakukan. Aku puji mereka, aku mengharapkan mereka ikhlas. Aku akan mempertahan kebaikan yang mereka lakukan ini. Mereka adalah kelompok kecil pelajar² yang sanggup mengorbankan masa cuti mereka, pulang awal atau tidak pulang untuk memberi servis kepada pelajar² baru. Regardless apa niat mereka, kita tidak menghukum niat mereka. Allah saja yang tahu niat mereka. Tetapi usaha mereka ini benar² patut dipuji bukan dikeji atau dihalang! Mereka yang cuba menghalang adalah mereka berfikiran DANGKAL!

Siapa mereka ini?

Mereka adalah abang² usrah dan kakak² usrah. Aku rasa ramai yang sudah tahu, aku tidak berapa setuju dengan aliran usrah. Tetapi matematikku masih waras. 10-1 = 9 dan 10-9 = 1. Bukan 10-1= 0 dan 10-9 = -1. Oleh itu, kebaikan mereka patut dipuji, dihargai dan dipertahankan.

Pada masa aku dulu, hanya ada usrah tanpa label. Tetapi ada 2 usrah juga. Usrah city dan usrah suburb. Kini sudah ada 2 label, ISMA dan IKRAM. Tetapi bagi aku 22 ini sama, 22 adalah usrah yang bermanhaj IM. Aku faham dan tau ada kejadian berebut pelajar baru kerana masing² ingin menjadikan pelajar² baru sebagai ahli gerakan mereka. Gerakan tanpa pengggerak, matilah gerakan itu. Ia sudah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Di mana² saja ada gerakan berlabel, pasti akan berlaku kes berebut², tukar address, dan "menculik" pelajar² yang sudah berjanji dengan gerakan lain masuk ke gerakan lain. Tarik² bag dan lain². Hal ini sangat normal bagi gerakan² usrah kerana kebanyakan mereka sudah dibooking dari Malaysia lagi melalui program² gerakan masing².

Apa pun permainan politik diantara mereka, kesanggupan mereka untuk memberi servis kepada pelajar baru amat baik tanpa melihat keDANGKALan mereka berinteraksi berebut ahli. Jika hanya kerana keDANGKALan itu kita perlu menafikan servis mereka, siapa pula yang sanggup dan mampu menguruskan pelajar² baru?

Tradisi itu telah berubah

Kedatangan pelajar² baru 2011 begitu kontroversi. Kerana tradisi telah diubah. Buat pertama kali ia diuruskan oleh MYPSA. Buat pertama kali juga ISMA dan IKRAM bertembung dalam keadaan MYPSA menyibuk menguruskan hal undergrad. Ya, MYPSA menyibuk. MYPSA yang menguruskan kedatangan pelajar² untuk tahun 2011. Aku berani mengatakan MYPSA menyibuk. MYPSA patut mengukur baju di badan dulu sebelum menyibuk masuk ke dalam hal orang muda². Adakah mereka mampu buat seperti yang para senior lakukan dahulu?

Mereka disambut di airport menggunakan bas uni. Dibawa ke Bradford Lodge. Diberi briefing yang membuang masa oleh pegawai² sponser (update : pegawai sponser tiada sebenarnya) dan wakil MYPSA. Isinya tentang perlu belajar bersungguh² dan berhati² kalau senior bagi kitab. Budak² yang datang sini bukannya bodo, hang dulu penah jadi undergrad gak. Kesian depa, penat kot. Baru sampai, jet lag lagi. Senior² yang ingin membantu tidak dibenarkan masuk. Hanya AJK UMNO SA dan MASCA SA saja dibenarkan masuk. Berapa kerat sangatlah AJK UMNO dan MASCA yang tinggal? Mereka diberi makan. Makanan yang sedap. Biasalah, program posgrad tanpa makan² yang sedap² adalah tidak sah. Pelajar² baru yang kelaparan pun balon. Selepas kenyang, duit dikutip. Diulang semula, duit dikutip. Katanya bayaran adalah servis makan² dan penghantaran. Yang kelakarnya, siap jual Lebara. Kah kah kah.. Yang lagi kelakar, khidmat penghantaran hanya menggunakan sebuah Tarago.

Tindakan mengepau duit pelajar² menjadi bualan mulut senior². Ia dikritik dan dipersoalkan. Jawapan dari pihak MYPSA mudah saja. MSD yang mengarahkan MYPSA yang menguruskan dan MSD membenarkan MYPSA mengepau pelajar² baru. Aku faham tentang hal ini. MYPSA memang tidak ada keupayaan dan kesanggupan seperti senior² usrah. MYPSA tak sanggup korbankan duit sendiri seperti senior² usrah. Tetapi sehingga menghalang orang lain yang ingin berbuat baik adalah sangat memalukan. Senior² yang menunggu di luar bersedia memberi khidmat penghantaran secara PERCUMA. Tetapi tidak dibenarkan. Naik Tarago posgrad kena bayar. Naik kereta senior² free of charge. Akhirnya kerana kesuntukan masa, senior² dibenarkan menghantar jua. MYPSA ingin membayar, tetapi ditolak mentah². Lihat, betapa ikhlas senior² itu. Akhirnya, MYPSA terpaksa memulangkan sebahagian dari duit kutipan kepada pelajar² baru.

Mengapa MSD menyuruh MYPSA menguruskan pelajar² baru undergrad?

Setelah berdekad tradisi senior menyambut junior berjalan, tiba² MSD menyuruh MYPSA pula yang menguruskan kali ini. Tidakkah terasa pelik? Hairan bukan? Mengapa?

Semua ini berpunca dari sambutan kemerdekaan dan iftar perdana yang dianjurkan ISMA bersama MYPSA pada tahun 2010. Pada majlis forum tersebut, pihak ISMA telah mengkritik kerajaan Malaysia. Mereka telah menggambarkan betapa buruknya Malaysia. Tindakan itu menyebabkan MYPSA tidak berpuas hati. Dalam masa yang sama, ISMA menggunakan logo MYPSA untuk majlis itu tanpa izin, tidak menjemput wakil MYPSA sebagai ahli panel dalam forum tersebut.

MYPSA kemudian telah membawa kes ini kepada pengetahuan MSD. Pegawai² MSD dengan MYPSA memanglah gang, sama² besar pangkatnya. MSD yang pro-Kerajaan berang dengan hal itu terus datang ke Adelaide. Satu lagi iftar perdana oleh MSD untuk mencuci otak pelajar² kerana takut menjadi pembangkang tegar atau lain². Hairan aku, dalam MYPSA pun penuh pembangkang, siap ada bekas ketua pemuda PAS daerah lagi. Oh lupa pulak, PAS tak suka sangat ISMA kerana dilihat pro-Ketuanan Melayu. Takkan orang PAS nak defend kan. Tidak cukup dengan itu, MASCA juga dibedal oleh MYPSA di MASCA Summit. Kesian budak² muda. Diperkotak katikkan. MSD juga turun ke Adelaide sekali lagi untuk membincangkan isu usrah² ni. Akhirnya pelajar² tidak dibenarkan menyertai kumpulan² yang tidak diiktiraf oleh MSD. Koh koh koh..

Disebabkan MYPSA yang kecoh² dekat MSD, MSD pun menyuruh MYPSA yang menguruskan pelajar² baru supaya pengaruh ISMA kepada pelajar baru dapat dihalang dan disekat. Sebab itulah, MYPSA yang menjadi pengurus menyambut kedatangan pelajar² baru undergrad kini dan entah sampai bila.

Kedangkalan MYPSA

Kebanyakan ahli MYPSA ialah golongan yang tidak tahu apa itu usrah, tidak pernah tahu tentang gerakan² Islam, langsung tak berminat untuk memahi Islam dengan cara yang betul dan tentang kewajipan dakwah. Kerana kebanyakan mereka sudah berasa selesa dengan Islam yang mereka faham dan memahami dakwah dengan gaya mereka tersendiri berdasarkan logik akal masing². Maknanya, asal aku buat baik, tak kacau orang, cukup solat. Aku boleh masuk syurga. Sebab itu mereka hanya menelan bulat² apa² perkataan dari so called ustaz tanpa mampu menapis dan apa² yang disampaikan oleh "ustaz²" MYPSA yg mungkin arif dalam usrah² ni.

Diantara point paling utama MYPSA menolak gerakan² Islam adalah kerana pelajar akan jadi malas belajar, tak grad dan akan dihantar balik berdasarkan beberapa sample yang depa dapat dan sepanjang pengalaman depa. Haha. Ini sangat DANGKAL.

Sia² hangpa buat PHD, kalau ini point hangpa. Aku ingin bertanya adakah benar dakwaan itu? Adakah mereka tidak belajar kerana menyertai gerakan Islam? Pasti atau sangkaan? Orang kalau dah malas, dia masuk kelab makan² posgrad or kelab tengok movie posgrad pun dia sangkut jugak. Berapa ramai pelajar² posgrad yang gagal membawa balik PHD, adakah mereka aktivis usrah? Oh, itu posgrad, tak valid. Berapa ramai pulak abanglong² usrah yang berjaya, kini sudah menjadi abuya atau ayatolla di dalam gerakan² mereka. Semua orang patut tau tentang hal itu. Ada kaki game pun sangkut, kaki mabuk, kaki clubbing, kaki betina, kaki tak buat apa² pun sangkut. Kalau ini pointnya, memanglah sangat DANGKAL.

Point kedua untuk trigger pihak MSD bergerak adalah mengaitkan dengan politik. Kerana dilihat pelajar² akan terpengaruh dengan politik pembangkang.

Ya, aku mungkin agak bersetuju dengan point ini. Tetapi hal ini bukanlah hal yang sangat besar. Aku yang berpegang kepada ketaatan kepada pemerintah semasa kepada yang makruf dan berlepas diri kepada perkara mungkar. Tetapi tidaklah hal ini menjadi masalah kerana semua orang berhak mempunyai pandangan masing² asalkan tidak melampau dan tidak bercanggah dengan syarak. Di dalam MYPSA juga ramai golongan yang pro-pembangkang. Adakah mereka mendapat tarbiyah dari gerakan Islam? Siap ada yang "mendajal" Mufti Perak kerana bercakap seolah² menyokong UMNO. Orang MYPSA jugak. Politik dalaman MYPSA pun jelas serabut, salahguna kuasa berlaku di dalam MYPSA sendiri. Sungguh DANGKAL.

Point ketiga adakah mewujudkan perpecahan. Aku tukar point ini kepada menghalang pelajar² dari bersatu. Kalau cam ni aku setuju, sebab kita tidak pernah bersatu. Macam mana pula boleh berpecah.

MYPSA pun buat hal MYPSA. Bila ada tokoh yang mahu mengajak semua pelajar kepada titik pertemuan kesatuan melalui akidah pun tidak mendapat sokongan penuh dan sambutan MYPSA. koh koh koh. MYPSA hanya tahu cakap banyak, dilantik menjadi sponsorship manager untuk Malaysian Carnival pun gagal. Sposen pun tak dapat. Tak habis² dengan protokol. Nerd betul. At last, budak² muda yang tak pandai protokol lagi berjaya cari sponser. Perlu diingatkan pengurusan pelajar posgrad pun tidaklah sehebat mana, jika tidak, tiadalah cerita menjadi mangsa, berdentam dentum laki bini menyalak² di facebook tahun lepas. Koh koh koh..

MYPSA berjaya menguruskan pelajar² baru undergrad dengan DANGKALnya

Sudah aku ceritakan sedikit pada bab Tradisi Itu Telah Berubah bagaimana MYPSA menguruskan pelajar² baru undergrad dan bagaimana senior² menguruskan pada bab Sejarah mengambilan pelajar² baru undergrad.

Jelas servis yang dibuat oleh MYPSA adalah sangat teruk berbanding dengan servis senior² jika dibandingkan. Jika MYPSA sudah gatal untuk take over tanggungjawab ni, patutnya perlu lakukan dengan lebih baik. Sebagaimana Muawiyah ra. mengambilalih pemerintahan dari Ali ra. Muawiyah melakukan lebih baik dari Ali. Sebab itu Ali tak bising. Sahabat² lain juga redha. Khawarij je tak redha. Tetapi MYPSA jelas gagal. Sudahlah servis tidak sehebat senior², dipownya duit mereka dan akhirnya pelajar² baru tetap diuruskan oleh senior² yang berhati mulia.

Cuba banyangkan, dahla kena bayar kemudian kena tunggu pulak 1 Tarago tu duk menghantar. Bodoh sombong pulak tu. Tak kasi senior² tolong. Akhirnya kasi juga. Boo!!! Bikin malu sama budak² muda saja, macam mana orang tua² nak gain respect dari budak² muda dengan keDANGKALan tindakan sebegitu? Sungguh memalukan.

Oleh kerana MYPSA tidak mampu menyediakan tempat tinggal sementara, akhirnya pelajar² baru tetap tinggal dibawah seliaan dan servis abang² dan akak² senior usrah. Jika benar mahu take over menguruskan pelajar² baru. Take over la semua sekali. Apa mende buat rumah separuh siap dengan bayaran yang mahal pulak tu. Adakah dengan sekali briefing boleh menjadikan mereka seorang kader yang berjaya?

MYPSA patut tau, apa yang mereka dahagakan? Mereka dahagakan agama. Bukan leteran² Joyah dan Mak Dara. Mampukah MYPSA memberi alternative kepada mereka? Jika MYPSA mampu, sudah pasti tiada masalah. MYPSA sendiri keliru dengan kefahaman agama. Bagaimana MYPSA mampu menjaga dan mendidik mereka? Sungguh jelas MYPSA tidak mampu. MYPSA hanya mampu buat makan² saja. Itu je yang paling cemerlang pun..

Ketika zaman MISSA (diiktiraf MSD) pun puak² usrah ni ada gerakan secrecy kerana waqi' depa masih fasa awal Mekah. Koh koh koh. Inikan pula selepas pelajar² tidak dibenarkan terlibat dengan mereka. Lagilah depa suka. Lagi underground lagi banyak mehnah. Macam IM zaman al-Banna. Koh koh koh.

Cadangan dan solusi

Tidak wajar bila mengkritik tanpa memberi cadangan dan solusi. Aku telah mengeluarkan beberapa cadangan dan solusi :

Jika benar MYPSA sebagai proxy MSD yang mahu mengambil tanggungjawab menjaga pelajar² baru undrgrad, lakukanlah dengan lebih baik dari apa yang senior² rasai dahulu. Jika tidak mampu biarkan saja sistem tradisi itu diteruskan. MYPSA pun tak payah buang masa.

MYPSA wajar berpakat dengan MSD memilih ISMA, IKRAM atau mana² gerakan untuk dijadikan sebagai jentera tarbiyah dengan modul dan sistem mereka dipantau oleh pihak MSD sendiri. Seperti di UIA yang mempunyai usrah wajib bagi pelajar² 1st year dan sekolah² yang memilih1 gerakan diantara gerakan² Islam di Malaysia untuk memberi tarbiyah kepada pelajar² sekolah masing².

MYPSA sendiri perlu mempertingkatkan ilmu agama mereka sendiri supaya tidak dilihat DANGKAL oleh orang muda² yang dilihat jauh lebih ketengah dalam memahai agama. MYPSA yang mengaku hebat dan berpengalaman patut dilihat mendahului orang muda² dalam semua hal. Kalau tak, jangan ego mahu bertanya dan berbunyi di belakang saja.

MYPSA perlu anjurkan dan banyakkan program² ilmiah yang terbuka kepada semua. Bukan hanya program makan² dan happy² yang hanya ekslusif kepada kelompok sendiri saja. Anjurkan wacana ilmiah, debat ilmiah, forum ilmiah dan interogation ilmiah yang bersifat terbuka. Hal agama, politik atau sains. Barulah pemikiran ilmiah dapat dipupuk, percambahan ilmu menjadi deras. MYPSA patut menunjukkan sikap ilmiah mereka, barulah orang muda² dapat belajar dan ambil manfaat.

Kesimpulan

Jika kita tidak mampu memikul amanah atau tanggungjawab dengan lebih baik daripada orang terdahulu. Eloklah kita pulangkan kembali amanah atau tanggungjawab itu kepada tempat asalnya.

Aku mengharapkan pengurusan kedatangan pelajar² baru undergrad tahun ini berjalan lancar, tak kena pow dan tidak serabut seperti tahun lalu. Mereka orang baru yang tidak tahu hala tuju lagi, kalian pow mereka, mereka bayar. Jangan menjadikan mereka mangsa kalian untuk mendapatkan keuntungan.

Aku betulkan kembali niat aku supaya ikhlas dalam menegur dan mengkritik. Semoga Allah ampunkan segala kesilapan aku dan membuka pintu hati semua pembaca.

Allahul Musta'an.

Abu Fedora Al-Turkistani