Tuesday, October 30, 2012

Kerajaan Korup Casablanca 1

Minggu lalu aku menulis kisah MASCA di Casablanca. Karya tersebut mendapat sambutan hangat. Menurut laporan CIA. Ramai yang mahu mengaku menjadi warganegara Casablanca di sini. Yang peliknya tiada seorang pun mahu mengaku menjadi watak orang baik, kesemuanya mahu menjadi watak-watak penjahat dalam kisah aku tersebut. Mungkin mereka ialah manusia jahat pada hakikatnya.

Aku sebenarnya bercadang untuk menulis tentang kerajaan Casablanca kelmarin. Tetapi disebabkan temujanji dengan deligasi dari Alaska berakhir begitu lewat, aku gagal menurut perancangan. Manakala semalam pula aku menghadiri persembahan pentoman Ultraman daripada badut-badut sarkas. Oleh itu, hari ini aku akan menceritakan tentang kerajaan Casablanca. Aku tahu, aku punya ramai peminat Casablanca di sini. Maka, kisah kerajaan Casablanca patut aku ketengahkan bagi memanaskan PRU ke-13 di Malaysia.

Kerajaan Casablanca yang aku mahu ceritakan adalah pada era regim 80an. Ya, zaman masih belum wujudnya Facebook dan Twitter. Sekumpulan Barbarian daripada berbilang suku kaum telah menaiki takhta kerajaan Casablanca tanpa mengikut perlembagaan Casablanca. Majoriti mereka mewarisi idealisma pemimpin korup terdahulu. Sebagaimana Hosni Mubarak menggantikan Anwar Sadat di Mesir, begitulah juga regim 80an. Mereka menjadi benteng dan pemadam korupsi kerajaan sebelum mereka.

Casablanca adalah sebuah negara Islam, majoriti penduduknya beragama Islam, majoriti menteri-menteri juga beragama Islam. Menteri-menteri kerajaan korup regim 80an juga beragama Islam. Islam bagaimana? Dapat dinilai daripada apa yang mereka lakukan untuk Islam melalui kuasa dan mandat yang mereka ada. Mungkin Islam Liberal, Islam itu dan Islam ini. Hakikatnya mereka tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada mereka sebagai penguasa. Oh ya, mereka regim korup. Masakan mereka mahu menunaikan amanah Allah.

Perdana Menteri (PM) berasal daripada suku orang berada. Orang kaya yang memandang rendah rakyat marhaen. Jika tidak punya kabel sebesar kabel elektrik bawah tanah. Maka kamu tidak akan dipandang olehnya. Orangnya sombong, ego dan bongkak. Hanya mencari agama ketika tenat menghadapi tekanan. Hanya menggunakan agama untuk mempertahankan keegoannya. Dia seorang ketua yang lemah, pengecut dan bacol. Jahil agama dan tiada komunikasi yang baik. Tiada suara di dalam kabinetnya. Hanya menjadi boneka kepada kabinet jelmaan PM terdahulu.

Timbalan Perdana Menteri (TPM) pula seorang yang aku hormati pada awalnya. Mempunyai pengetahuan agama yang baik. Minat untuk belajar agama. Mungkin kerana dia bersahabat dengan ramai orang jahat, dia akhirnya menjadi jahat. Seperti maksud hadis Nabi, orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi, akan berbau wangi, berkawan dengan tukang besi akan berbau besi. Itulah yang terjadi kepada TPM. Persis seperti DSAI ketika dalam UMNO. TPM lah yang menjadi benteng utama korupsi PM terdahulu. Bahkan di akhir-akhir pemerintahannya, dia bertindak biadap dan kurang ajar terhadap Ketua Dewan Ulamak Casablanca. Aku mengharapkan dia bertaubat dan menzahirkan taubatnya menurut kaedah Islam yang mulia. Jika tidak, jawablah di hadapan Allah kelak.

Menteri Penerangan (MP) adalah jawatan yang paling penting dalam mana-mana kerajaan. MP adalah menteri yang sepatutnya mempunyai kecerdasan mental yang baik, teknik komunikasi yang matang dan keberanian berdepan dengan soalan-soalan yang dituju kepada kerajaan. Tetapi disebabkan kerajaan adalah kerajaan korup. Maka kroni dilantik menjadi MP. Ciri-ciri yang patut ada pada seorang MP langsung tidak dimilikinya. Yang ada padanya hanyalah ciri-ciri seorang penonton WWE. Hanya tahu terpekik terlolong ketika sesi dialog terbuka dan debat di parleman. Aku tidak tahu apa yang dia lakukan sebagai MP. Sepatutnya dialah manusia yang harus ke depan, menjawab isu-isu yang berbangkit, menjadi pengerusi majlis-majlis rasmi kerajaan. Tetapi dia hanyalah seorang "keyboard warrior" yang suka menyalak-nyalak dalam channel mIRC #twitter dan #facebook di server irc.casablanca.org. Tahun 80an hanya ada mIRC saja. Dia juga orang yang bencikan Islam tertegak di bumi Casablanca. Bahkan soalan yang dikemukakan kepadanya, "apa yang kamu mahu lakukan untuk Islam" tidak dijawab hingga hari ini. Yang dia suka hanyalah membebel macam orang kena sawan di mIRC #twitter dan #facebook. Dek kerana status menterinya, dia ialah IRCOP di server tersebut. Aku katakan Shabery Cheek (SB) 1 juta kali lebih baik daripada MP Casablanca terbabit kerana sekurang-kurangnya SB berani berdialog dengan DSAI secara terbuka. MP Casablanca tersebut? Hanya tahu berkaroke, makan tido, dan mencaci maki orang. Apa kerja sabagai MP yang dia lakukan? Entahlah. Nak tengok dia berdialog? koh koh koh..

Di Casablanca mempunyai jawatan Menteri Makanan (MM). Aku tidak tahu apa signifikan MM ini. Tetapi menterinya aku kenali sebelum dia menjadi menteri. Dia seorang imigran daripada kepulauan Madagascar. Setibanya dia di Casablanca, dia mengampu mantan PM kuno Casablanca untuk menjadi terkenal dan membina pengaruh. Dia sanggup menjadi balaci mantan PM kuno. Dikutuk, dihina dan dimarahi ketika itu. Menjadi pecacai najis di mahligai PM kuno. Dia juga orang yang terlalu jahil agama. Sehingga tidak tahu membezakan yang halal dan yang haram. Membawa pulang wanita ke rumah pun dia tidak tahu halal atau haram menurut Islam. Tetapi sering menyibuk tentang perbahasan ilmiah mengenai agama hanya bermodal A+ ketika SPM (Sijil Pengajian Madagascar). Aku tidak tahu apa yang dia lakukan sebagai MM. Ketika memenangi pilihan raya, sibuk mahu meletak jawatan kerana tidak suka kepada PM. Tapi ketika hendak melepaskan kuasa, lagaknya lebih daripada PM. Yang aku pasti, dia malas bekerja kerana punya perniagaan di luar. Dia hanya akan hadir untuk menyibuk dan melondehkan individu yang dia tidak suka. Dia adalah tokoh politik londeh melondeh di Casablanca. Dia juga sering lewat membayar balik wang caruman peniaga-peniaga di tapak pasar malam Casablanca. Mungkin untuk mendapatkan riba bagi menampung kehilangan duit USD18b yang dirompak oleh sahabatnya, mantan PM Casablanca sebelum ini.

Bersambung..

Tuesday, October 23, 2012

Kisah MASCA di Casablanca

Aku ingin menulis suatu kisah. Kisah ketika aku tinggal di Casablanca. Kisah tentang MASCA. Apa itu MASCA? MASCA itu Morrocan-Asian Council of Africa. Kisah itu berlaku pada tahun 80an. Aku gagal mengingati tahun sebenar. Mungkin aku sudah tua.

Aku mahu cerita tentang komiti MASCA ketika itu. Ketuanya seorang pembohong. Penolongnya I don't know what to say. Komitinya ada yang kaki buat personal attack, ada yang kaki joget, ada yang kaki ngumpat di twitter, ada tambi kaki putar belit, ada awek tak cun tak faham agama, yang paling lawak mat gedebe jadi liaison officer, ada juga budak saiko yang housematenya sentiasa lari keluar rumah, ada juga yang ok dan baik.

Daripada zaman 20an sampai 70an aku tinggal di Casablanca. AGM MASCA hanya sekali saja setahun. Tetapi pada tahun 80an, AGM MASCA sampai 3 kali. Kenapa 3 kali? Kononnya diorang ikut perlembagaan adat pepatih Casablanca. Ketika dipertikaikan, dengan angkuh dan konfiden Sang Ketua katakan ada dalam perlembagaan adat pepatih Casablanca. Siap datang jumpa aku kata ada.

Sekali tiba-tiba sampai telegram daripada Sang Ketua tentang permohonan maaf. Rupanya Sang Ketua telah berdusta. Dasar komiti yang korup. Sanggup berbohong demi kepentingan diri. Aku sudah tinggal di Casablanca sejak zaman 20an. Tidak pernah aku berjumpa AGM sebegitu. Tidak pernah aku berjumpa lagi AGM sampai 3 kali. Tidak pernah aku tengok kebodohan sebegitu.

Sang Ketua sebenarnya memenangi pilihan raya kerana undi pos. Si lawannya don't know what to say. So, undi pos pergi kepada Sang Ketua. Tetapi Sang Ketua berasal daripada tribe Berus. Ya, komiti dia juga memanggil dia berus di belakang dia. Walaupun dia menjawat jawatan sebagai Ketua, tetapi dia tiada kuasa. Biasalah, politik kaum Casablanca yang berketurunan Melayu memang begitu. Depan Sang Ketua kata lain, belakang kata lain. Komiti yang berkuasa.

Sang Ketua seorang yang gila kuasa. Dia juga memegang banyak jawatan di persatuan-persatuan lain seperti ISMA, IKRAM dan PAS. Penolongnya pula adalah designated ketua oleh ketua terdahulu. Ramai dalam komiti ialah anak-anak buah ketua terdahulu. Sebab itu mereka anti kepada Sang Ketua. Banyak agenda Sang Ketua dibantah oleh anak-anak buah ketua terdahulu. Sehingga komiti boleh buat meeting sebelum meeting sebenar. Sebab itu program2 yang dianjurkan sama saja dari zaman 20an. Ia turun temurun yang membosankan.

Sebab itulah MASCA zaman 80an sangat teruk. Sangat memalukan.Aku sudah jumpa ramai Ketua, tetapi ketua MASCA zaman 80an adalah yang palik teruk. Aku sudah jumpa bermacam-macam jenis komiti. Tetapi komiti MASCA zaman 80an paling jelek. MASCA zaman 80an memang teruk. Bukan saja teruk, malah bacol. Eloklah MASCA zaman 80an menamatkan kekuasaan mereka dengan penuh penghinaan.

Kini aku tinggal di Australia. Ada juga kelab yg bernama MASCA. Tapi MASCA di sini amat unggul. Aku harap MASCA di sini terus unggul. Jangan jadi seperti MASCA di Casablanca. Terutama MASCA zaman 80an.

Saturday, October 20, 2012

Hanya pendusta saja yang pengecut


Assalamualaikum.

Dua minggu sudah berlalu pertemuan yang diaturkan oleh pihak MYPSA. Dalam tempoh dua minggu tersebut saya sudah bercadang untuk menutup semua kes selepas tahu punca awal dan sebenar masalah semua ini berlaku.

Oleh itu, dengan menurut kaedah yang dianjurkan al-Quran & as-Sunnah, saya memohon saudara Sayuti bersumpah dan bermubahalah saja dengan membalas email saya ini di"cc"kan kembali kepada para saksi yang saya rasakan adil untuk pihak saudara, saya dan autoriti di sini.

Saudara sebagai pejuang PAS yang kononnya memperjuangkan Islam sepatutnya tidak perlu berasa takut untuk bersumpah jika saudara memang benar-benar tidak bersalah dan meyakini saudara berada di pihak yang benar. Tambahan pula, saudara dengan berani menyebarkan kepada orang ramai bahkan berkata sendiri di hadapan saya.

Kes 1 : Tuduhan ke atas saya 1.

Saudara menuduh saya telah berkata : "Aku yang bawa Ustaz Fathul Bari (UFB) untuk tibai budak-budak usrah ketika saya mengangkat barang-barang di rumah saudara..(atau semaksud dengannya)"

Saya katakan : "Demi Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi) saya tidak pernah mengucapkan perkataan-perkataan tersebut (atau semaksud dengannya). Ia terlalu menyalahi fakta dan hakikat sebenar kedatangan UFB tahun lalu."

Mereka yang mengikut saya ketika itu juga menafikan hal tersebut. Oleh itu, saudara sudah jelas tiada bukti atau saksi. Maka, saya mohon saudara Sayuti bermubahalah dengan membalas email ini mengatakan :

"Demi Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi), saya Ahmad Sayuti mendengar sendiri dari mulut Aliff dia mengatakan perkataan-perkataan tersebut (atau semaksud dengannya). Jika saya berdusta, laknat Allah turun ke atas saya."

Saya akan membalas dengan mubahalah kembali. Kemudian kita tutup kes ini. 

Kes 2 : Tuduhan ke atas saya 2.

Saudara menuduh saya telah berjanji untuk berjumpa saudara dua kali tetapi saya memungkiri. 

Saya katakan : "Demi Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi) saya tidak pernah berjanji dengan saudara dan saya mungkiri. Saya cuma katakan bersedia untuk berjumpa, tidak pula kata berjanji. Bahkan saya mencabar pertemuan kita mesti dilakukan secara terbuka melalui saudara Azam dan Dr. Jumiati. Saudara yang tidak berani. Dengan perangai semulajadi saya yang tak pernah takut dengan sesiapa pun adalah sesuatu yang mustahil untuk saya berdepan dengan saudara yang jelas sering berdusta demi kepentingan politik saudara."

Saya mohon saudara Sayuti bermubahalah dengan membalas email ini mengatakan :

"Demi Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi), saya Ahmad Sayuti mendengar sendiri (atau semaksud dengannya) dari Aliff dia mengatakan dia berjanji untuk bertemu saya. Jika saya berdusta, laknat Allah turun ke atas saya."

Saya akan membalas dengan mubahalah kembali. Kemudian kita tutup kes ini. 

Kes 3 : Menuduh Ahmad Ridhuan yang menyuruh saudara yang mengepalai Solat Hajat berjemaah tahun lalu.

Ahmad Ridhuan sudah bersumpah di hadapan saya. Dia ialah orang yang menceritakan kes tersebut dari awal hingga akhir kepada saya. Bahkan dia ialah pengarah program. Dia tidak bermubahalah. Oleh itu, saya minta saudara Sayuti bersumpah dengan membalas email ini mengatakan :

"Demi Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi), saya Ahmad Sayuti telah disuruh oleh Ahmad Ridhuan untuk mengepalai solat hajat berjemaah tahun lalu dan memberi penerangan tentangnya (atau semaksud dengannya).

Kemudian, kita tutup kes ini. Siapa yang berdusta diantara kalian. Allah saja yang mengetahui.

Kes 4 : Kes mufti Perak

Saya sudah membuktikan saudara terlibat di blog saya. Oleh itu saudara hanya perlu bermubahalah saja. Saudara perlu katakan :

"Demi Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi), saya Ahmad Sayuti sama sekali tidak terlibat dalam melaporkan isi kandungan tentang ceramah Mufti Perak di IDC kepada blogger wargamarhaen[dot]blogspot[dot]com dan pemuda PAS Perak secara langsung atau tidak langsung. Jika saya berdusta, laknat Allah turun ke atas saya."

Jika saudara bermubahalah, saya akan padam dan buang semua tuduhan saya kepada saudara tentang hal ini. Bahkan saya akan memohon maaf secara terbuka tentang hal ini. Saya akan serahkan kes ini kepada Allah. Kemudian kita tutup kes.

Kes 5 : Kes UniMAP 

Terlalu ramai saksi yang melihat isteri saudara yang menangkap gambar kami ketika solat Jumaat lewat ketika lawatan wakil-wakil UniMAP dan Raja Muda Perlis. Gambar itu berada di dalam blog swingingbowlsatay ketika itu.

Jika saudara Sayuti tidak terlibat memberikan apa-apa maklumat dan gambar kepada blogger swingingbowlsatay, saudara Sayuti hanya perlu bersumpah. Balas email ini denga katakan :

"Demi Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi), saya Ahmad Sayuti sama sekali tidak terlibat dalam memberikan apa-apa maklumat dan gambar kepada blogger swingingbowlsatay."

Kemudian kita tutup kes ini.

Jika ada apa-apa lagi yang saudara Sayuti rasa tak bersalah, mohon bersumpah atau mubahalah. Jika perkara itu saya yakin ia benar dan dari pihak saya secara langsung, saya tidak teragak-agak untuk melakukan sumpah dan mubahalah balas.

Saya harap saudara Sayuti bersumpah dan bermubahalah mengikut cadangan saya jika saudara benar-benar tidak bersalah dan bukan pendusta, bahkan berniat untuk menutup kes dan berdamai. Saudara tidak perlu mencipta kaedah sendiri yang cuba disandarkan kepada Islam. Mohon janganlah berdusta di atas nama agama atau nabi dengan kefahaman nafsu saudara tentang ayat-ayat Allah dan perkataan-perkataan Nabi.

Jika saudara tidak bersalah. Kenapa perlu takut untuk bersumpah dan bermubahalah? Jom kita berdamai dengan menutup kes dengan serahkan hanya kepada Allah. Kita sama-sama beriman dengan kewujudan mahkamah Allah kelak bukan? Kemudian kita boleh hidup dengan aman dan "berpeluk cium" kembali. 

Saya memberi saudara masa 3 hari untuk membalas sumpah dan bermubahalah. Jika tidak, saya akan katakan saudara yang bersalah, saya akan terus menerus mengkritik dan mendedahkan kejahatan saudara kepada awam. Saya akan "cite" nama kawan-kawan saudara yang terlibat tanpa ragu-ragu. Jika saudara berminat untuk bersumpah dan bermubahalah secara terbuka pun saya tiada masalah. Itu lebih saya sukai.

cc : 

1. Ridhuan dan Fitri. Mereka 2 saksi bagi pihak saya.
2. Ustaz Sabri dan Dr. Jumiati. Mereka saksi bagi pihak autoriti.
3. Hanif dan Khairezan. Mereka saksi bagi pihak MYPSA.
4. Dr. Kamarul dan Dr. Azarisman. Mereka saksi bagi pihak Sayuti.
5. Ustaz Fathul Bari. Beliau menjadi mangsa kes 1.

Saya menanti keberanian mantan ketua pemuda PAS Shah Alam untuk membuktikan dia bercakap benar atau hanyalah seorang ahli politik yang sering berdusta demi politik syaitan. Allahul musta'an.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Email kedua : 

Kepada saudara Sayuti,

Saya menyeru saudara Sayuti, sebagai pejuang Islam kononnya, mengaku tidak bersalah, dan menuduh saya di depan saya, buktikan saudara orang yang bercakap benar di sini. Bersumpah dan bermubahalahlah di hadapan kawan-kawan baik saudara, pihak MSD, pihak saya dan MYPSA. Jika saudara tidak bersalah, mengapa saudara masih ragu-ragu untuk bersumpah dan bermubahalah? Biasanya hanya pesalah saja yang takut untuk bersumpah dan takutkan laknat Allah. Kalau saudara tak bersalah, kenapa perlu takut dengan laknat Allah, sudah pasti laknat itu akan ditimpa saya.

Adakah ini saja standard hasil tarbiyah PAS yang hanya berani baling batu kemudian sembunyi tangan? Berlindung disebalik nama Islam dan individu-individu yang berjawatan besar dalam kerajaan saja? Adakah PAS hanya mendidik hasil tarbiyahnya menjadi kaki fitnah, bacol dan tak berani membuktikan kebenaran? Nah, saudara takut untuk bersumpah? Saudara pengecut untuk berdepan secara terbuka dengan saya, sekarang saya hanya minta saudara bersumpah dalam email saja. Takkan itu pun tak berani jika benar saudara di pihak yang benar. Saya sudah menjalankan bahagian saya, sekarang giliran saudara pula.
Saudara sering melaung-laungkan kerajaan zalim, korup dan pelbagai, kerajaan mesti ditumbangkan. Saya juga ingin membanteras kezaliman dan korupsi saudara terhadap saya, kawan-kawan saya, Mufti Perak dan keluarganya, dan juga Ustaz Fathul Bari. Saudara mesti ditumbangkan. Adakah dengan saudara berada dalam parti PAS, saudara boleh berbuat zalim ke atas orang lain? 

Saudara sering menyebut perkataan "tabaiyun". Tetapi saudara sendiri tidak pernah "tabaiyun" kepada saya. Sekarang ini, saya ingin "tabaiyun" kepada saudara untuk kali terakhir kerana saudara tidak punya bukti mahupun saksi di atas tuduhan-tuduhan saudara, bahkan saya pula punya bukti dan saksi di atas tuduhan-tuduhan saya. "Tabaiyun" saya hanya meminta saudara menyerahkan persaksian saudara hanya kepada Allah. Kemudian kita tunggu laknat Allah turun ke atas diantara kita berdua. Apa perlu takut jika kita tidak bersalah?

Saudara Sayuti, jomla tutup kes. Bersumpahlah, bermubahalahlah.. Kenapa takut? Nampak sangat saudara jelas pendusta dan kaki fitnah. Takpelah kalau saudara kecut. Mengaku jela salah, tak berdosa pun mengaku salah. Bahkan itu lebih mulia. Oh, mungkin saudara lebih berminat untuk perkara ini berterusan? Ramai orang meminta untuk kita tutup kes. Permintaan saya mudah saja, bersumpah dan bermubahalah bagi pihak saudara. Itu saja. Kemudian kita boleh kembali "berpeluk cium" dan menjalinkan kembali ukhuwah yang dituntut oleh syarak. Saya sudah menawarkan tawaran ini, terpulang kepada saudara ingin membuktikan saudara pendusta ataupun tidak.

al-Imam Muhammad ibn Abdul Wahab dalam salah 1 risalah tauhidnya pernah mencabar puak-puak yang tidak bersetuju dengan beliau untuk bermubahalah dengan beliau. Tetapi puak-puak tersebut takut dan ridak mahu bermubahalah. Sejarah Islam telah membuktikan, mubahalah telah menjadi menanda aras tahap kesungguhan seseorang itu. Ya, saya serius untuk bermubahalah. Saya tidak takut kerana saya tahu saudara memfitnah saya, saudara pendusta! Allah mengajar Nabi SAW untuk bermubahalah. Nabi juga pernah mencabar Kristian Najran untuk bermubahalah, Kristian Najran tidak berani. Nabi SAW, al-Imam Ibn Hajar, al-Imam al-Auza'i, al-Imam Sufyan at-Thauri dan al- Imam Muhammad ibn Abdul Wahab juga menggunakan mubahalah untuk membuktikan kebenaran di pihak mereka.

Jika kebenaran di pihak saudara Sayuti, bersumpah dan bermubahalahlah!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang ini genap 3 hari masa aku beri kepada dia. Aku dah tawarkan untuk menutup kes dan berdamai. Sayuti yang taknak. Kini, jelaslah siapa yang bersalah, kebenaran berada di pihak aku. Kenapa Sayuti takut? kerana Sayuti memang seorang pendusta! Aku memang tidak bersalah, sebab itu aku tak takut untuk bersumpah dan  bermubahalah. Selepas ini, aku akan ulas masalah-masalah yang muncul dek kerana fitnah-fitnah Sayuti. Aku akan bagi full "citation" selepas ini. Anggaplah blog aku ni sebagai Harakah versi Adelaide. 

Yang tidak takut,

Abu Fedora al-Turkistani

Wednesday, September 26, 2012

Majlis Interogasi

Bismillah..

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan, politik dan ahli politik..

Aku hanya akan menulis nota ringkas tentang Majlis Interogasi- Halalkah sembelihan orang Kristian pada hari ini?

Pembaca boleh menonton sendiri di sini.

Sebelum majlis berjalan

1. Dr. Kamarul Ariffin bin Khalid (Assoc. Prof. UIAM) tidak henti-henti mengepos tentang keharaman sembelihan ahli kitab. Aku pelik. Dia berpegang kepada manhaj "authority" atau tauliah. Maksudnya, hanya orang yang ada tauliah boleh bercakap pasal agama. Tetapi dia membantah pandangan agama orang lain. Sepatutnya, dia tak layak membantah sebab dia pun takda tauliah nak cakap pasal hukum hakam dalam agama. Inilah dia manhaj syok sendiri ataupun manhaj nafsu serakah.

2. Si ahlul bidaah, Ahmad Sayuti bin Basiron (mantan ketua pemuda PAS Shah Alam) yang sudah dikenali sebagai pengampu tegar Kamarul. Mungkin Sayuti mengampu kerana kepentingan politik dia. Disebabkan dia mengampu, Kamarul tidak pernah membuat laporan salahlaku dia, IKRAM dan PAS. Yang ada hanya ISMA, ISMA, dan ISMA. Yang terbaru, aku pun kena. Hahaha.. Si ahlul bidaah ni pula sibuk pos pasal halal JAKIM beserta dengan hadis dhaif. Setelah aku menegur, dia hanya diamkan diri. Biasalah, ahlul bidaah mana kisah pasal status hadis. Yang penting matlamat dia tercapai.

3. 2 hari sebelum raya, Kamarul telah email kepada MYPSA salinan kepada pihak MSD dan High Com. Kamarul membuat fitnah mengatakan, aku menghalalkan semua daging di Australia selain babi dengan pakej melawan JAKIM dan AFIC. Mana aku dapat? Allah maha kuasa!!! Ini ayat dia :

"He goes against the authority of JAKIM when he openly posted on MyPSA(SA) Facebook wall that all meat slaughtered in Australia, apart from pork, is ‘halal’ for Muslims to eat even if it has not received any halal certificate from JAKIM of AFIC. On 2 August 2012, on the MASCA SA Facebook page, he had clearly stated that both JAKIM and AFIC are giving out the halal certificates purely for monetary gains and should not be trusted by all Muslims. This is clearly an inflammatory remark against an official Malaysian Government department that has been entrusted with the responsibility to safeguard Malaysian Muslims from going against what has been written in the Holy Qur’an. "


Aku tak tau sama ada si Kamarul ni bangang atau buat-buat bangang. Aku memilih untuk mengatakan dia buat-buat bangang supaya dia boleh "trigger" MSD dan High Com untuk membenci aku. Mana mungkin seorang Assoc. Prof sebangang itu. Budak sekolah rendah pun boleh faham apa yang aku maksudkan. Takpa, biarkan dia.

4. Pihak penganjur menjemput Kamarul dan Sayuti untuk menjadi interogator majlis. Tetapi Kamarul tidak berada di Adelaide ketika majlis berjalan. Manakala si pengampu Kamarul, ahlul bidaah Sayuti bertindak bacol, kecut dan pondan dengan tidak menghadirkan diri. Inilah perangan ahlul bidaah. Hanya sekadar berani ketika Kamarul menjadi benteng. Mungkin hanya "keyboard warrior". Bila diajak berdepan secara terbuka, menikus layu di tasik madu. Mungkin sebab itu dia sampai hari ini tidak berani berdepan dengan aku secara terbuka. Di belakang aku, dia menipu 1 Adelaide kata aku tak berani. Ceh, siapa yang kenal aku tau aku tak pernah gentar dengan sesiapa pun.

5. Orang di Malaysia begitu semangat untuk menonton wacana ilmiah seperti ini. Tetapi masih ramai kelompok pelajar yang terpelajar masih lemau dengan budaya ilmiah sebegini.

Ketika Majlis Berjalan

1. Dewan kuliah dipenuhi oleh golongan yang ingin mencari kebenaran. Kehadiran cukup memberangsangkan. Kebanyakan yang hadir hanyalah ingin mendengar dan bertanya. Bukan membantah.

2. Disebabkan Kamarul dan Sayuti tak datang. Pandangan kami tidaklah ditentang. Soalan-soalan dangkal Kamarul kirimkan dipatahkan mudah oleh Kapten Hafiz.

3. Aku berbeza pandangan dengan Kapten. Tetapi kami tidak bergaduh. Tidak pula aku menimbulkan persepsi negatif tentang pandangan Kapten.

4. Kapten berjaya mempertahankan padangan sembelihan ahli kitab adalah halal tanpa syak.

5. Kesimpulannya, ia adalah halal, halal dan halal. Sesiapa yang taknak makan, terpulang. Tetapi untuk menyatakan haram perlu pada dalil dan dilarang untuk kita berpandangan negatif kepada kelompok yang makan.

Selepas Majlis Berakhir

1. Aku mengepos bukti-bukti yang aku nyatakan ketika majlis. Muncul seorang wanita jahil sibuk hendak membantah. Dia tidak datang. Tapi nak bikin kecoh selepas majlis. Dia hanyalah "keyboard warrior".

2. Dia membuat "private message" kepada aku macam orang gila. Aku pelik mengapa wujud orang seperti ini. Mungkin dia patut berkawan dengan Kamarul dan Sayuti. Boleh sama-sama "tag team" untuk lawan aku.

3. Aku mendapat ucapan tahniah dan terima kasih daripada banyak pihak. Mereka meminta lebih banyak majlis interogasi dijalankan. Alhamdulillah, usaha kecil ini tetap dihargai bagi kelompok yang menilai dengan ilmu, bukan dengan nasfsu.

Penutup

Ini saja komen dan syarah aku tentang majlis tersebut. Semoga Allah merahmati kita semua yang sentiasa mencari petunjuk. Allahu musta'an..


Friday, August 31, 2012

Warkah terbuka buat anakku Fedora Erayna..

Duhai anakku Fedora,

Hari ini umur kau sudah 3 bulan. Bermakna aku sudah punya 3 bulan pengalaman menjadi taiko kepada engkau. Mungkin angka 3 bulan amat kecil jika dibandingkan dengan nenek engkau yang membesarkan aku. Tapi jika dibandingkan dengan mereka yang masih belum berkahwin atau masih tidak punya anak, aku lebih daripada mereka. Lepas kau dah faham bahasa sikit, kau banyak bunyi aku "triangle choke" kau!

Duhai anakku Fedora,

Jika kau diizinkan Allah untuk terus hidup di bumi ini, blogger masih lagi hidup, kau akan dapat membaca surat terbuka yang aku tujukan kepada engkau ini. Aku mengharapkan kau menjadi seorang yang berani dan adil suatu hari nanti. Aku mengharapkan ketika itu, kau sudah memiliki ibu tiri dan saudara tiri. Koh koh koh...

Duhai anakku Fedora,

Tujuan aku menulis surat terbuka ini kepada engkau adalah supaya engkau belajar daripada pengalaman yang berjaya aku kutip hingga hari ini. Aku pasti ia amat berguna untuk engkau suatu hari nanti. Jika ketika engkau baca surat ini aku sudah tiada, ketahuilah bahawa aku tinggalkan warkah ini untuk kau kerana aku sayangkan kau dan aku mahu kau belajar sesuatu daripada surat ini.

Duhai anakku Fedora,

Aku mengharapkan engkau belajar pandai-pandai dan menjadi doktor perubatan. Bila engkau menjadi doktor perubatan ramai orang akan menghormati kau. Kata-kata engkau akan dipercayai. So, mudahlah kau untuk membuat perniagaan, jual barangan "direct selling" dan juga bercerita. Ya, bercerita cerita bohong dan palsu pun pasti akan ada yang percaya.

Duhai anakku Fedora,

Tidak cukup kau menjadi doktor perubatan biasa, aku mahu kau menjadi doktor pakar. Tapi jangan jadi pakar tulang kerana kau tu perempuan, mana larat. Sedar diri sikit. Tapi jangan sampai jadi pakar saja, rajin-rajin buat "short course", sub-specialist, dan apa-apa yang boleh menenuhkan "signiture" engkau nanti. Aku pasti kau akan dijilat oleh ramai orang. Ketika itu, kau akan lihat orang politik juga menjilat kau walaupun kau tidak menyokong parti yang dia sokong secara dasarnya.

Duhai anakku Fedora,

Setelah engkau menjadi doktor pakar yang hebat. Aku cadangkan kau masuk menjadi pensyarah di fakulti perubatan di universiti. Di sana engkau boleh tunjuk "terer" di hadapan budak-budak yang baru nak jadi doktor. Di sana, tangga gaji kau boleh berlipat-lipat. Kau juga ada peluang mendapat gelaran assoc. prof dan mungkin prof di sana. Dalam masa yang sama, kau boleh beritahu kawan-kawan kau yang kau mahu mendidik anak bangsa. Nampak macam kau seorang yang ikhlas. Aku pasti ramai kawan-kawan kau akan kagum dengan engkau.

Duhai anakku Fedora,

Ketika umur engkau berada di penghujung 30an atau di awal 40an, buatlah PhD di luar negara. Jika boleh, kau tunggu sehingga tangga gaji kau 54 atau mendapat assoc. prof baru kau melanjutkan pengajian. Aku pasti kau akan jadi golongan tua di sana. Aku pasti pangkat kau paling tinggi daripada pelajar PhD lain. Budak undergrade jangan ceritalah. Kau boleh kutuk je dia orang "worst than your student in Malaysia". Kau pasti akan dijilat oleh segelintir calon-calon PhD dan warga PR di sana. Kebarangkalian untuk kau menjadi pemimpin pelajar-pelajar pasca siswazah amatlah cerah. Ketika itu, kalau kau salah guna kuasa pun, penjilat-penjilat engkau akan kata kau betul dan kau benar.

Duhai anakku Fedora,

Dengan pangkat dan kepakaran yang kau miliki ketika itu, engkau mungkin jauh lebih hebat atau sama taraf saja dengan pegawai-pegawai di MSD dan kedutaaan. Oleh itu, kau akan dihormati oleh mereka. Ketika itu, kau akan dijilat oleh politikus untuk kepentingan politiknya. Hati-hatilah engkau ketika itu. Kerana engkau akan dipergunakan. Jika engkau lalai, engkau akan termasuk ke dalam perangkap politikus yang akan merosakkan hidup engkau. Oh, jika mereka tidak mengenali engkau, pastikan engkau memperkenalkan diri engkau. Tulis penuh nama dan pangkat engkau ketika mengutus email atau menulis apa-apa, kalau boleh jadikan ia sebagai "signiture". Lagi tebal berbaris-baris "signiture" engkau, lagi melampau penjilat kau akan menjilat kau. Sebagai contoh :

Professor Tun Dr. Ir. Hajjah Fedora Erayna al-Turkistani AMN. BTN. KMM.
MBBS, JKK, ISMA, IKRAM, JIM,
AUSIS, MISSA, IICSA, ACCA, PDF,
Fellowship of MYPSA, KLIA, PAS,
Dictatorship of Yayasan Sofa.

Duhai anakku Fedora,

Dengan umur engkau yang lebih tua, orang muda akan hornat engkau atau terpaksa hormat kerana engkau lebih tua. Engkau jangan risau untuk menipu, berbohong atau membuat tuduhan melulu. Kerana semua itu akan disangka atau dianggap benar. Walaupun kau tidak mampu membuktikan engkau benar. Jika ada orang muda yang bangkit mengkritik tindakan engkau, gunakan teknik ahlul bidaah, katakan kepada kawan-kawan kau budak itu tidak hormat orang tua. Inilah cara biasa dilakukan bila ahlul bidaah gagal membuktikan kebenaran hujah mereka. Cop dan lari.

Duhai anakku Fedora,

Untuk memantapkan lagi "kemaksuman" engkau, kau hanya perlu bermain-main dengan beberapa ayat Quran untuk menunjukkan kau orang alim. Bila doktor pandai agama, kau buatlah majlis mengumpat sorok-sorok pun dianggap al-hak. Kau ajar orang kefahaman yang salah dari quran atau hadis pun akan ada yang tetap menjilat. Terutama kaki-kaki jilat. Kalau ada calon PhD bidang Geografi, kau akan lihat dialah yang akan jadi penjilat tegar engkau walaupun dia baca al-Fatihah pun tak betul.

Duhai anakku Fedora,

Doktor kalau pandai agama sikit pun pasti akan ada yang taksub. Untuk menjadikan engkau dijilati dengan taksub, kau masuklah mana-mana gerakan hizbi. Sama ada IKRAM atau ISMA. Anggota-anggota mereka akan mengangkat engkau seperti "ayatolla" atau "abuya". Walaupun kau punya jahil tahap jahil merakkab, kau tetap menjadi idola. Kau ajar akidah yang salah pun, pentaksub-pentaksub kau akan jilat. Kau ajar fiqh songsang pun pentaksub-pentaksub kau akan jilat. Kau akan dianggap ulamak. Jika majlis engkau bertembung dengan majlis ilmuan yang sudah pasti lebih hebat daripada kau, majlis engkau tetap akan dihadiri oleh penjilat-penjilat dan pentaksub-pentaksub engkau. Ketika itu, jika engkau disabitkan bersalah di mahkamah pun, akan muncul saksi-saksi palsu yang berada di tempat kejadian. Bahkan akan muncul ahli-ahli kasyaf yang akan membaca niat engkau. Pastinya niat kau akan dinilai ikhlas dan baik. Ketika itu, kau jangan belajar dengan orang alim, kau belajar saja dengan si penyebar hadis palsu tau.

Duhai anakku Fedora,

Jika ada kawan kau yang punya pangkat yang sama dengan kau terbuat salah. Jangan tegur dia walaupun dia sudah buat salah. Walaupun engkau sudah tahu tindakan atau pandangan dia salah, kau biarkan saja. Kau putarlah apa pun, janji orang lain yang salah manakala rakan sejawat engkau nampak betul. Ini namanya politik kerja. Sembunyikan saja kebenaran, biarkan rakan kau itu hanyut dengan kebodohannya. Dalam masa yang sama, rakan kau tu akan dimalukan kerana kebodohannya. Kau akan dilihat lebih hebat daripada rakan engkau nanti. Mungkin kau akan jadi dekan dahulu walaupun kau lagi muda daripada dia.

Duhai anakku Fedora,

Aku rasa cukuplah beberapa alasan kenapa engkau perlu menjadi doktor dan beberapa panduan yang kau perlu lakukan selepas engkau menjadi seorang doktor. Aku harap kau belajar rajin-rajin dan menjadi seorang muslimah yang berani dan adil. Berani mengatakan al-hak walaupun nyawa engkau diancam seperti Imam Ahmad rah. dan adil dalam mempertahankan al-hak walaupun engkau akan dipenjara seperti Imam Ibn Taimiyah rah. Tiada wasiat yang lebih tinggi nilainya daripada aku mewasiatkan kepada engkau supaya bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, lazimilah sunnah Nabi SAW yang sahih dan sentiasalah engkau menelusuri jalan para salaf.

Duhai anakku Fedora,

Ingatlah wahai anakku, berlaku adillah kamu kepada sesiapa pun, sesungguhnya itulah jalan takwa. Jangan kamu takut mendengar kebenaran walaupun ia diucapkan oleh musuh kamu. Kaji dan analisalah, insyaAllah kamu akan diberi pentunjuk. Jangan kamu takut berseorangan kerana al-Jamaah itu bukanlah pada bilangan tetapi pada keteguhan engkau menjunjung al-Quran dan as-Sunnah dengan kefahaman salaful ummah. Akhir kata daripada aku, jangan sesekali kamu takut atau gentar kepada makhluk tapi takutlah engkau hanya kepada Allah.

daripada boss,
Abu Fedora al-Turkistani

Tuesday, July 17, 2012

Halalkah sembelihan orang Kristian hari ini?

Kalau patah kaki kena jumpa pakar tulang,
kalau sakit jantung kena jumpa pakar jantung,
kalau sakit hati kena jumpa abuya ISMA,
kalau sakit jahil kena jumpa si bijaksana.

Rupanya "fatwa" aku telah tersebar dengan meluas. Si pemfitnah aku yang masih belum menjawab soalan2 aku mahu menyerang aku dengan "fatwa" yang aku keluarkan. Menggunakan segala kabel dan terusan yang dia tau. Ah, dia orang jahil. Hanya pakar tulang. Bukan pakar fiqh.

Sekapur Sirih


Sesiapa yang mengenali aku dari awal aku di sini, mereka pasti tahu pandangan awal aku tentang makanan dan sembelihan yang halal. Sangat tegas dan jumud. Itu pandangan lama aku dengan tahap keilmuan dan kajian aku di waktu itu. Ayam Adelaide Poultry dan Gourmet Chicken pun syubhat. Harus makan hanya kerana darurat.

Baru-baru ini, sahabat aku Abu Zaid, mungkin aku menganggap beliau sebagai sheikh aku untuk hal ini. Beliau telah membuat aku memulakan kajian tentang kehalalan sembelihan ahli kitab hari ini. Ketika beliau mengeluarkan fatwa tersebut, tiada siapa yang layan, tiada siapa yang endah.

Pada awalnya aku masih meragui tentang status halal tersebut. Tapi selepas 2 orang mentorku Abul Wafa dan Kapten Hafiz juga berpandangan yang sama, UFB juga bersama2 dengan mereka, aku mulakan kajian dan analisa tentang pandangan tersebut. Akhirnya, aku rumuskan sembelihan ahli kitab pada hari ini adalah halal.

Pandangan ini juga pandangan milik ulamak Saudi yang paling aku minati Imam Ibn Uthaimin rah. Lagilah membuatkan aku rasa mesti ia punya asas yang kuat.




Perbahasan

Secara ringkas, aku membahagikan makanan halal kepada 2 bahagian.
1. halal sembelihan
2. halal penyediaan

Manakala halal sembelihan terbahagi kepada 2 juga :
1. sembelihan muslim
2. sembelihan ahli kitab

Begitu juga halal penyediaan mestilah halal dari sudut penyediaan dan pemprosesan.

Fokus utama perbahasan yang akan aku bawa adalah sembelihan ahli kitab. Dalil utama yang menjadi hujah tentang halalnya sembelihan ahli kitab adalah :

 'Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu' (al-Maidah ayat 5)


Imam Ibnu Qudamah dalam al-Mughni (13/293) menyatakan bahawa : 


"Ijma' ulama' membenarkan memakan daging sembelihan ahli kitab! Kerana firman Allah swt : 'Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu' al-Maidah ayat 5. al-Bukhari berkata : Ibn Abbas ra. berkata : 'Makanan mereka bermakna daging yang disembelih oleh mereka"

Perbahasan 1 : Adakah orang Kristian zaman sekarang diiktiraf sebagai ahli kitab yang dimaksudkan dalam surah al-Maidah ayat 5?


Jawapannya adalah ya. Mereka masih kekal ahli kitab. Allah telah menghalalkan sembelihan mereka sedang Allah tau kekufuran mereka.

…padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah). (Surah al-Baqarah ayat 75)


Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. (Surah at-Taubah ayat 31)


Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al-Masih 'Isa ibni Maryam itu hanya seorang Pesuruh Allah,dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). (Surah an-Nisa' 171)


Terlalu banyak Allah menyatakan kesesatan dan kekufuran kaum ahli kitab sehingga tidak mampu untuk aku membawanya ke sini tetapi Allah masih menghalalkan daging sembelihan mereka. Oleh itu, sangat jelas pandangan yang mengatakan ahli kitab zaman sekarang lain dari dengan zaman dulu adalah sangat lemah. Nyatakan kepada aku apa yang berbezanya?


Perbahasan 2 : Adakah teknik penyembelihan mereka halal menurut Islam?


Ya, ia halal kerana setelah Allah mengiktiraf sembelihan mereka adalah halal. Maka apa yang diajar oleh agama mereka atau apa yang diiktiraf oleh agama mereka maka ia halal untuk orang Islam. Sudah tentulah berbeza, sebab mereka menyembelih cara mereka, bukan cara Islam. So, untuk membandingkan cara sembelihan mereka dengan kita adalah amat dangkal sekali. Apa pun aku berpegang kepada maqasid (maksud) sembelihan itu sendiri iaitu mengeluarkan darah. Jika pasti ia dibunuh dengan cara tidak mengeluarkan darah, maka ia haram dimakan seperti kaedah renjatan elektrik atau mencekik.

Imam Ibn Uthaimin rah. membahagikan hal ini kepada 3 senario :
1. Kita tahu bahawa ia disembelih menurut jalan yang betul. Maka daging ini Halal. 
2. Kita tahu bahawa ia tidak disembelih menurut jalan yang betul. Maka daging ini Haram. 
3. Kita tidak pasti, tidak tahu samada disembelih menurut cara jalan yang betul atau tidak. Hukum didalam kes ini adalah dagingnya Halal, dan tidak wajib bertanya atau mencari bagaimana ia disembelih, dan apakah disebut nama Allah atau tidak" 



(Fatawa Islamiyyah, 3/415). 


Apa pun Islam tidak mengajar kita untuk bertanya. Dari A'isyah ra. bahawa beberapa orang telah datang kepada Nabi SAW dan berkata : 


"Beberapa orang telah membawa daging kepada kami, Kami tidak tahu sama ada mereka menyebut nama Allah atau tidak? Baginda berkata : Kamu ucapkan sendiri kemudian makanlah" [HR al-Bukhari #5507] 


Perbahasan 3 : Bagaimana para sahabat r.hum berinteraksi dengan sembelihan ahli kitab.

Para sahabat r.hum ialah manusia yang paling memahami hadis2 Nabi. Oleh itu, wajib ke atas kita memahami hadis2 sebagaimana mereka memahaminya.

Ali bin Abi Talib ra. yang berkata: Tidak ada salahnya memakan haiwan sembelihan kaum Nasrani Arab. Akan tetapi jikalau kamu mendengar orang yang menyembelih haiwan itu menyebut suatu nama selain dari nama Allah maka janganlah kamu makan, dan jikalau kamu tidak mendengar nama apakah mereka sebut (maka makanlah) kerana Allah sememangnya telah menghalalkan memakan hasil sembelihan mereka dalam suasana Allah sedia mengetahui kekafiran mereka. (HR Bukhari # 5507)

Begitu juga atsar ini,Telah bertanya seorang lelaki kepada Abu Darda samada bolehkah dia memakan daging seekor kambing yang telah diberikan kepadanya, yang telah disembelih sempena hari perayaan Gereja St. George. Abu Darda menjawab: Ya Allah ! Maafkanlah ! Bukankah mereka itu kaum Ahli Kitab, di mana makanan mereka adalah halal bagi kami dan makanan kami halal bagi mereka ? Abu Darda kemudian menyuruh lelaki tersebut untuk memakan daging kambing tersebut. (HR Tabari melalui Tafsir al-Maragi, 5/111)

Perbahasan 4 : Teknik penyembelihan ahli kitab hari ini.

Aku sudah membuat beberapa kajian tentang hal ini. Walaupun hukum asalnya adalah tidak perlu bertanya. Cukup sekadar kita berada di negara ahli kitab. Tetapi aku sengaja meneruskan kajian aku dengan menghubungi beberapa pusat sembelihan yang besar, antaranya Ingham dan Comgroup dengan bertanya SOP cara sembelihan di pusat masing2 dan adakah agama Kristian mengiktiraf kaedah sembelihan tersebut.

Jawapannya adalah mereka "stun" dan potong leher. Nah, sama saja dengan kaedah pusat sembelihan halal, mereka "stun" dan potong leher juga. Apa beza? Maqasid sudah tercapai. Jawapan tentang agama Kristian mengiktiraf atau tidak. 1 menjawab kaedah mereka adalah yang terbaik dan tidak menyakitkan haiwan dari kajian yang mereka jalankan, Kristian mengiktiraf sembelihan yang tidak zalim. Lagi 1 menjawab, potong leher dan keluarkan darah adalah warisan nenek moyang kami yang beragama Kristian cuma ditambahbaik dengan teknologi hari ini.

Aku meneruskan pertanyaan aku kepada pihak Church melalui seorang rakanku. Jawapan yang diberi adalah Kristian takda cara yang spesifik untuk menyembelih haiwan. Tapi kami mewarisi kaedah yang sama dengan Muslim iaitu potong leher. 1 sample tidak cukup, aku terus bertanya kepada rakan yang berpegang dengan Kristian orthodox. Jawapannya juga hampir sama. Tiada kaedah spesifik, yang penting bersih.

Aku berpendapat, "stun" dan sembelih adalah kaedah yang lebih baik dari ikat kaki, tarik dan rebahkan. Kemudian jerit2 di telinga lembu dengan takbir yang jelas zalim terhadap haiwan sembelihan. Kaedah ini jika dibandingkan dengan kaedah sembelihan di barat adalah jauh lebih teruk.



Daripada penerangan Dr. Kamarul di group MYPSA, jelas kaedah "stun" dan sembelih dilakukan di pusat sembelihan yang beliau pergi. Maka jelas kaedah tersebut adalah halal menurut Kristian dan Islam. Pasal si penyembelih tak baca apa2, itu bukan masalah kita orang Islam. Itulah kaedah yang diiktiraf oleh agama mereka. Halal untuk mereka, halal untuk kita. Haram untuk mereka, haram juga untuk kita. Itulah kaedahnya.


Perbahasan 5 : Syarat memakan sembelihan ahli kitab.


Bila para ulamak membincangkan tentang kebolehan memakan sembelihan ahli kitab. Mereka akan menyebut di negara ahli kitab. Kerana di situ puncanya. Di negara Islam, hal ini tidak berbangkit. Di negara ahli kitab, wujud bantahan terhadap sembelihan Islam. Wujud juga kelompok2 yang menjaja sijil halal yang menyebabkan Islam menjadi fitnah. Di antara syarat2nya adalah :


1. Negara itu majoriti beragama ahli kitab. Selagi mereka majoriti, selagi itu ia dibolehkan. Lebih 1% atau 0.0001% tiada masalah.
2. Negara itu adalah warisan ahli kitab. Sebagai contoh, orang barat memang beragama Kristian turun temurun. Adapun sekiranya Negara Jepun dan Hongkong tiba2 mengaku negara Kristian, maka ia tidaklah diiktiraf kecuali selepas diperiksa.
3. Orang Kristian mengiktiraf sembelihan tersebut.



* 1,2,3 bukan turutan. Tetapi punya nilai yang sama.

Perbahasan 6 : Hikmah



Aku melihat pembenaran Islam untuk kita makan sembelihan ahli kitab punya hikmah yang sangat luas. Ia jauh lebih daripada akal kita untuk berfikir. Aku cuba senaraikan apa yang aku lihat.


1. Kaum ahli kitab jelas menguasai dunia. Orang Islam terpaksa pergi ke negara mereka untuk menimba ilmu atau mengimport daging dari mereka. 


2. Kaum ahli kitablah yang memperjuangkan tentang animal rights. Jelas merekalah yang menguasai maqasid sembelihan itu sendiri.


3. Ia sebagai ruang untuk kita bersangka baik terhadap kawan2 kita yang makan sembelihan ahli kitab. Walaupun mereka tidak tahu tentang hal ini. At least, kita punya ruang untuk bersangka baik bukan?

4. Ia sabagai ruang untuk kita berdakwah kepada kaum ahli kitab dengan dapat duduk dan makan bersama2 mereka. Tidaklah nampak kita terlalu asing dan janggal. Tidak juga kita membuatkan mereka rasa pelik dengan kita.



5. Ia sebagai rukhsah untuk kita. Cuba bayangkan, orang yang tinggal di Gawler kena pergi ke bandar Adelaide untuk mendapatkan daging halal. 

Kesimpulan awal

Setelah hujah dan dalil ditegakkan. Maka haram untuk aku menyembunyikan al-Hak. Aku kongsikan juga pandangan Imam kepada Ikhwanul Muslimin, PAS, IKRAM dan ISMA tentang memakan sembelihan ahli kitab.

Berkata Prof. Dr. Yusuf Qardhawi (DYQ), apa sahaja kaedah sembelihan yang dikatakan sebagai halal oleh kaum Ahli Kitab adalah juga halal bagi kita sekalipun kaedah sembelihan mereka berlainan dengan kaedah sembelihan kita. Dan apa sahaja kaedah sembelihan yang dikatakan haram oleh mereka maka kita juga menerima keharamannya (iaitu dengan tidak memakannya). Apabila mereka kaum Ahli Kitab melakukan penyembelihan, mereka menyembelih dengan tujuan agar sembelihan mereka itu adalah halal dijadikan sebagai makanan mengikut syarat-syarat agama mereka. Ini adalah merupakan hujah pendapat sebahagian dari para fuqaha Mazhab Maliki.

Dari keterangan ini, maka dapat kita yakini bahawa daging-daging yang dimpot dari negara-negara Ahli Kitab seperti ayam dan lembu adalah halal untuk kita makan sekalipun ada kemungkinan bahawa ia telah disembelih dengan menggunakan kejutan elektrik atau apa-apa yang seumpama. Asalkan sahaja mereka kaum Ahli Kitab berpendapat bahawa kaedah ini adalah halal menurut syari'at agama mereka maka ia juga adalah halal untuk kita. Inilah sebenarnya maksud tujuan surah al-Maidah yang telah menghalalkan sembelihan mereka.

(Prof. Dr. Yusuf Qardhawi -Halal and Haram in Islam, pg 62.)


Selain DYQ, ia juga pandangan Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili salah seorang pakar dalam fiqh muqarran zaman ini. Jika aku keluarkan pandangan UFB, korang akan kata aku tidak adil. Maka aku kongsikan pandangan Assoc. Prof. Dato' Dr. Mohd Asri Zainal Abidin al-Oxfordi yang aku setuju tentang sembelihan ahli kitab. Begitu juga tulisan mentorku, Kapten Hafiz Firdaus.

Oleh itu, amat jelaslah Hungry Jack, Red Rooster, KFC, Steakhouse dan lain2 adalah halal dimakan. Aku tangguhkan McD kerana telah dilaporkan kepada aku bahawa mereka menggunakan pan dan griller yang sama untuk memasak babi dan daging halal lain. Oleh itu, ia tidak halal kerana menyediaan. Jika sesiapa ada kelapangan, mohon hubungi pihak McD untuk mendapatkan SOP mereka yang sebenar. Sebagaimana penyediaan kedai2 pizza dan Subway juga tidak halal.

Kesimpulan akhir


Allah s.w.t telah menghalalkan sembelihan ahli kitab. Siapa diantara kita untuk mengharamkannya. Aku tidak memaksa orang untuk memakannya. Tetapi ada pihak yang begitu beriya-iya mahu mengharamkannya, berkempen di sini dan sana, jemput datangkanlah dalil2 nya. Jawablah dengan ilmiah, bukan sentimen. Bukan baling batu sembunyi tangan. Adakah itu cara kamu berhujah? Sungguh memalukan! Sikap pihak seperti inilah yang memandulkan agama dan membantutkan percambahan ilmu. Pihak ini suka melihat kawan2 nya hidup dengan kebodohan dan ketaksuban yang tiada kesudahan. Amat dangkal sekali! Aku akan mengadakan sesi interogasi tentang hal ini nanti. Aku jemput sesiapa yang mahu membantah, hadirkan diri.

Siapa yang mahu mengatakan sembelihan ahli kitab hari adalah haram, datangkan dalil-dalil kamu!

ditulis oleh,
Abu Fedora al-Turkistani

Monday, June 25, 2012

Warkah terbuka buat kekanda Dr. Kamarul Ariffin Khalid

Bismillah..

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan, politik dan orang politik..

Assalamualaikum kekanda Dr. Kamarul Ariffin Khalid yang dimuliakan kerana Allah,

Saya berharap Dr. Kamarul sedang berada dalam keadaan sihat dan dilimpahi rahmat Allah. Warkah terbuka ini saya tujukan kepada Dr. Kamarul dan mereka yang menyokong Dr. Kamarul sebagai respon perselisihan antara kita. Tiada niat buruk atau jahat. Warkah ini hanya untuk menegakkan yang hak dan memusnahkan yang batil.

Saya menulis warkah ini dalam keadaan serba salah. Mungkin saya patut tulis lebih awal dulu ketika saya mengkritik Ahmad Sayuti Bashiron tahun lalu kerana Dr. Kamarul jelas sudah mengambil "side" ketika masalah "itu" berlaku. Tetapi kerana saya masih mengharapkan Dr. Kamarul akan berubah dan bertaubat, saya tangguhkan dulu niat tersebut.

Tujuan saya menulis warkah terbuka ini adalah bagi menjawab beberapa persoalan tentang 2 isu yang berlaku diantara kita. Jawapan saya adalah dalam bentuk soalan sahaja. Mengapa ia ditulis terbuka? Kerana saya mengharapkan penyokong2 Dr. Kamarul juga menjawab soalan2 yang akan saya ajukan kepada Dr. Kamarul jika mereka berdiri di atas garisan kebenaran. Saya akan terus fokus kepada 2 isu tersebut tanpa perlu bermain taktik ahli politik yang suka memutar belitkan isu.

Sebelum saya mengutarakan soalan2 saya. Eloklah saya mengingatkan diri tentang kebaikan Dr. Kamarul kepada saya. Dr. Kamarul ialah orang pertama yang menziarahi saya ketika isteri pertama saya dimasukkan ke ICU. Dr. Kamarul juga orang yang mengecop surat PTPTpu saya walaupun akhirnya ia tidak digunakan. Dr. Kamarul juga orang yang menaja 7 hari penginapan saya di hotel ketika saya di Malaysia. Dr. Kamarul juga tempat saya mengadu ketika masalah "itu" berlaku walaupun Dr. Kamarul ketika itu sudah memihak kepada beliau.

Kita sepakat dalam mengkritik ISMA. Mungkin itu pertemuan kita. Tetapi dasar kita berbeza. Saya mengkritik dengan prinsip bukan sentimen. Sebab itu saya juga mengkritik IKRAM yang dibela Dr. Kamarul kerana beliau. Apa boleh buat, saya mengkritik tanpa mengira bulu, rakan atau mahupun saudara. Sehingga kini, jika Dr. Kamarul sedar. Saya hanya menggunakan kata ganti nama "saya" hanya kepada Dr. Kamarul dan beliau. Tanda penghormatan saya kepada kalian.

Dr. Kamarul yang saya hormati kerana Allah,

Baru2 ini saya telah meraikan kegembiraan saya di wall Facebook MYPSA dengan pujian kepada AJK baru dan kritikan kepada AJK lama. Pepatah Melayu mengatakan, siapa makan cili dia rasa pedas. Hairan mengapa Dr. Kamarul mahu merespon kritikan saya. Adakah Dr. Kamarul yang termakan cili itu?

Respon Dr. Kamarul seoalah2 menuduh saya membuat tuduhan. Maka saya terpaksa mempertahankan fakta yang saya ada dengan bertanya kembali. Malangnya Dr. Kamarul hanya mendiamkan diri. Adakah ini sikap orang yang matang? Hanya tahu membaling batu kemudian sembunyi tangan. Amat tidak wajar ia dilakukan oleh seorang yang punya gelaran prof. madya.

Saya tidak kisah jika Dr. Kamarul ingin mengatakan saya menuduh. Tetapi datangkanlah buktinya. Tidak perlu Dr. Kamarul menggeliatkan jari jemari mengkomen di wall orang lain. Amat naif perbuatan tersebut. Ingin saya mengajar kaedah yang diajar Nabi SAW, sebuah hadis yang dijadikan usul dalam menegakkan kebenaran. Ia diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dari Ibnu Abbas rha.


"Seadainya manusia itu diberi apa saja yang mereka tuntut, pasti mereka akan menuntut harta dan darah sesuatu kaum. Tetapi, pihak yang menuntut/menuduh mesti menunjukkan bukti dan pihak yang menafikannya mesti bersumpah."


Oleh itu, di sini saya menunaikan hak dengan bersumpah dan menuntutkan Dr. Kamarul membuktikan bahawa saya berdusta terhadap dakwaan saya.

Demi Allah, tuduhan Dr. Kamarul terhadap saya, iaitu saya menuduh adalah dusta lagi mungkar. Bahkan yang pasti saya telah dizalimi oleh manusia yang berada dalam AJK lalu yang secara jelas menyalahgunakan KUASA. Saya sudah bentangkan hujah saya di Facebook tetapi saya akan menulisnya juga di sini.

Dr. Kamarul yang saya kasihi kerana kebenaran,

Kita berselisih pada 2 isu saja. Isu yang pertama tentang kritikan saya terhadap tindakan beliau yang mewakili IKRAM telah melakukan fitnah terhadap dakwah Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab rah. (SMAW) dan anak2 muridnya di hadapan penggerak2 IKRAM tahun lalu sempena kehadiran Ustaz Fathul Bari tahun lalu. Isu kedua adalah kritikan saya terhadap AJK MYPSA lalu yang telah menyalahgunakan KUASA.

Tentang isu pertama. Saya tidak perlu ulas panjang lebar. Mungkin saya akan ulas bila saya punya kelapangan. Tetapi saya pernah mencabar fitnah ini dibentangkan secara terbuka. Saya berani untuk menjawabnya. Syarat saya mudah, ia mesti dibuat terbuka dan public, dirakam dan disebarkan. Itupun jika mereka yakin mereka benar dan mereka berani.

Di sini, saya hanya ingin bertanya kepada Dr. Kamarul dan penyokong2 Dr. Kamarul.

1. Adakah kalian menguasai manhaj talaqqi ASWJ?
2. Adakah kalian menguasai manhaj istidlal ASWJ?

3. Adakah kalian mengenali siapa SMAW?

4. Adakah kalian sudah membaca sendiri kitab2 tulisan SMAW?

5. Adakah kalian sudah membaca sendiri sumber rujukan beliau ketika memfitnah SMAW?

6. Adakah kalian tahu apakah manhaj penulis sumber tersebut?

7. Adakah kalian pernah tabaiyun dan tasabbut tentang hal ini?

8. Adakah kalian pernah memanggil saya untuk iqamatul hujah?

9. Adakah kalian tahu kesimpulan yang saya buat setelah bertemu beliau?
10. Adakah kalian pernah atau sedang bergiat aktif dengan gerakan2 hizbi Islami?
11. Adakah kalian memahami asas2 ilmu al-Jarh wa Ta'dil?

Nah, sila jawab. Jika hanya ada 1 soalan kalian menjawab tidak. Maka kalian tidak layak mencampuri urusan saya yang mengkritik perbuatan beliau. Kerana kalian jelas tidak berlaku adil, bahkan terlalu jahil dalam bidang ini dan tidak bertindak dengan adil dan ilmiah, tetapi hanya bertindak secara dangkal dan bebal. Disebabkan isu pertama ini, Dr. Kamarul menyerang saya secara membabi buta walaupun Dr. Kamarul sangat jahil dan tidak tahu apa2 tentang hal ini. Hanya kerana beliau rakan sejawatan, prinsip2 menegakkan kebenaran ditinggalkan. Begitu juga si ahlul bidaah Ahmad Sayuti Bashiron mengambil kesempatan ini untuk menyerang saya bagi mendapatkan tempat politiknya di mata Dr. Kamarul dan beliau. Si Sayuti ni tak payah ceritalah, memang itu darah daging dia.

Dr. Kamarul yang saya sanjungi kerana keadilan,

Tentang isu kedua pula, saya sudah menceritakan kronologi kejadian di awal warkah ini. Oleh itu saya teruskan kepada penghujahan saya dengan persoalan2 yang akan saya lontarkan untuk dijawab oleh Dr. Kamarul dan penyokong2 Dr. Kamarul.

1. Saya telah dibuang dari group Facebook MYPSA tahun lalu. Mantan presiden sudah menafikan beliau terlibat bahkan memohon maaf. Saya hanya ingin bertanya, kenapa saya dibuang tahun lalu?

2. Jika dengan alasan saya pernah buat onar di group itu tahun lalu, datangkan buktinya. Ingat bukti atas dakwaan! Jangan jadi macam si munafik Ahmad Sayuti Bashiron yang hanya tahu menuduh tanpa bukti. 

3. Siapa yang menyalahgunakan KUASA admin di group tersebut?
4. Mengapa iklan saya didelete tetapi iklan lain dibiarkan? 
5. Atas dasar apa iklan saya didelete?
6. Siapa yang delete?

Sekali lagi saya minta Dr. Kamarul menjawab soalan2 saya di atas. Soalan2 di atas adalah bukti kepada dakwaan saya. Kepada penyokong2 Dr. Kamarul yang menuduh aku bukan2, semoga Allah melaknat jari jemari kalian dan lidah kalian.

Dr. Kamarul yang saya khilafi kerana Allah,

Saya tidak takut dan malu untuk memohon maaf secara terbuka jika Dr. Kamarul berjaya membuktikan sayalah yang bersalah. Bahkan saya berani untuk berdepan dengan Dr. Kamarul dengan syarat ia dilakukan secara terbuka, dirakamkan dan disebarkan. Kalau Dr. Kamarul dipihak yang benar, apa perlu Dr. Kamarul takut. Bukankah Dr. Kamarul seorang yang berani. Dr. Kamarul pernah menghentam budak2 ISMA pada majlis iftar anjuran ISMA dahulu. Apa sangatlah berdepan dengan saya yang hanya berseorangan ini.

Mungkin saya boleh kongsikan kepada Dr. Kamarul tentang hak orang yang dizalimi. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada menyebut., Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguhnya diantara dia dan Allah tiada hijab."

Ada orang menuntut saya memberi kemaafan, kononnya ia lebih takwa, maka saya kongsikan kisah dari Sahih Muslim dan Bukhari ini. Adakah kalian rasa tindakan 2 sahabat besar ini tiada takwa?

Hayati kisah Said ibn Zaid ra. seorang sahabat besar Nabi SAW telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam.

Said bin Zaid berdoa dengan menyebut: 



Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. 

Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Saad bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi SAW yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah Umar mengambil tindakan menggantikan Saad bin Abi Waqqas dengan Ammar bin Yasir.

Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Saad, kecuali di Masjid Bani Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Saad tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”.

Saad menjawab: 

“Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. 

Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

Dr. Kamarul yang saya sayangi kerana Allah,

Jika Dr. Kamarul gagal membuktikan kesilapan dakwaan saya tetapi masih tegar mahu mengatakan saya membuat tuduhan. Allah S.W.T ada menunjukkan 1 kaedah lain iaitu mubahalah. Kepada Dr. Nita Sabari, Ir. Suhaimi Sulong, dan Sayuti, kalian juga dijemput untuk bermubahalah dengan saya jika kalian yakin kalian di pihak yang benar.

Firman Allah,

“Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka jadilah ia. Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi di kalangan mereka yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”. (Surah Ali ‘Imran 59-61)

Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w pernah mencabar puak Kristian daripada Najran agar melakukan mubahalah ini dengan baginda tentang Nabi Isa dan kebenaran ajaran Islam, namun mereka takut dan enggan melakukannya. 

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H): 

“Mubahalah itu adalah sunnah bagi sesiapa yang keras kepala di kalangan puak kebatilan. Bahawa menjadi sunnah dalam berdebat dengan ahli kebatilan, apabila telah ditegakkan hujah namun mereka enggan kembali kepada kebenaran sebaliknya terus berdegil, maka diseru mereka agar bermubahalah. Allah telah memerintahkan rasul-Nya berbuat demikian. Tanpa Allah menyatakan ini bukan untuk umatmu selepas ini. Sepupu baginda Abdullah bin Abbas juga pernah mengajak mereka yang membantah dalam beberapa perkara furu’ untuk bermubahalah dengannya. Tiada seorang sahabat Nabi SAW yang membantah tindakan itu. Juga al-Auza‘i pernah mengajak Sufyan al-Thauri bermubahalah dalam masalah ‘mengangkat tangan’ tanpa ada yang membantah tindakannya. Ini adalah hujah yang kuat” (Ibn Qayyim, Zad al-Ma‘ad 3/562-563)

Bahkan Imam Ibn Hajar al-Asqalani juga pernah bermubahalah dengan para pengikut Ibn Arabi as-Sufi.
"Pada zaman Ibn Hajar al-Asqalani, terdapat para pencinta Ibn Arabi ini. Apabila al-Hafiz Ibn Hajar mempertikaikan Ibn Arabi, mereka cuba mendapatkan campur tangan sultan ketika itu dan menuduh al-Hafiz Ibn Hajar menghina orang soleh. Sehingga akhirnya Ibn Hajar bermubahalah dengan sheikh mereka. Kata Ibn Hajar: Sebutlah “Ya Allah, jika Ibn Arabi di atas kesesatan, maka laknatilah aku”. Lalu dia menyahutnya."
Ibn Hajar pula menyebut: “Ya Allah, jika Ibn Arabi berada atas petunjuk, maka laknatilah aku”. Lalu mereka bersurai. Mubahalah itu dalam bulan Ramadan. Pada bulan Zulqaedah, pengikut Ibn Arabi itu menjadi buta lalu ditimpa kematian. (al-Qaul al-Munbi An Tarjamati Ibn Arabi )
Di zaman Harun al-Rasyid juga ada yang menerima hukuman Allah setelah bermubahalah. Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab (SMAW) (tokoh yang dituduh membawa ajaran Wahhabi) pernah mencabar mereka yang menyanggahinya bermubahalah, namun penentangnya enggan.
Saya percaya Dr. Kamarul orang yang beriman dan takut akan azab dan laknat Allah. Dr. Kamarul juga beriman dengan kalam2 Allah dan hukum hakam di dalamnya. Ayuh Dr. Kamarul dan penyokong2nya kita bermubahalah! Jika kalian berada di atas kebenaran yang kalian yakini. Selepas kita mubahalah, saya akan tutup kes ini. Sama2 kita nantikan laknat Allah diturunkan ke atas si pendusta, pembawa kebatilan, pengkhianat dan penyalahguna KUASA. Jangan banyak memberi alasan jika kalian yakin kalianlah yang benar. Saya bersedia untuk bermubahalah dengan kalian tanpa syak dan ragu2!
Dr. Kamarul yang saya kasihani,
Ingin saya kongsikan serangkap pujangga arab yang amat terkenal kepada Dr. Kamarul. Pujangga ini saya jadikan sebagai slogan saya bila saya berdepan dengan Dr. Kamarul dan penyokong2nya.

"Dia yang pukul aku, dia yang menangis.. Dia yang menzalimi aku, dia yang mengadu.."

Moga Allah memberi petunjuk kepada kita menuju kebenaran dan memberi kekuatan untuk kita menegakkan kebenaran.
Sekian, pendusta itu pengecut, pengecut itu pendusta..
Ikhlas dan berani daripada,
Abu Fedora al-Turkistani

p/s : sila hubungi saya jika kalian tidak bacol dan berada dalam bimbingan kebenaran..

Friday, February 17, 2012

Bila tiada hujah..

Dulu akulah tekong yasin dan tahlil..

Bila hal ini dikritik, aku melenting..

Aku cuba untuk berdebat..

Namun ternyata hujahku dangkal..

Bila tiada hujah, aku label dia tiada adab..



Dulu akulah Imam solat hajat berjemaah..

Datang kawanku kata ini tidak sunnah..

Aku memberikan hujah kitab kuning..

Dia berikan hadis nabi dan kalam sahabat..

Bila tiada hujah, aku label dia tiada akhlak..



Dulu akulah tekong takbir rumah ke rumah..

Bangkit seorang ustaz muda kata hal ini bidaah..

Aku katakan padanya niat kami baik..

Dia menjelaskan dengan ilmiah tentang bidaah..

Bila tiada hujah, aku label dia wahabi..



Dulu akulah pengkagum kitab Ihya..

Seorang tokoh kata banyak hadis2 palsu di dalamnya..

Aku marah tetapi tak berani cakap banyak..

Aku cuba mencari hujah untuk menafikan dakwaannya tapi gagal..

Bila tiada hujah, aku label dia menghina Imam..



Dulu akulah naqib besar..

Dulu akulah al-Banna junior..

Dulu akulah Syed Qutub kecil..

Dulu akulah ahli PAS seumur hidup..

Dulu akulah juga ahli sufi..



Dulu akulah satu-satunya pelajar sekolah rendah yg membawa harakah ke sekolah dan mengkhatamkan segala isinya..

Dulu akulah satu-satunya pelajar form 1 yg memakai baju "gemilang bersama PAS" di asrama..

Dulu akulah tekong zikir munajat..

Dulu akulah tekong bacaan yasin 3x nisfu syaaban..

Dulu akulah tekong bacaan doa awal tahun dan hujung tahun..



Dulu akulah tekong bacaan mathurat dan pengamalnya..

Dulu akulah pengamal selawat syifa'..

Dulu akulah pembeli kismis jampi..

Dulu akulah peminum air pinggan jampi..

Dulu akulah imam yg sentiasa berzikir dan berdoa mengeraskan suara..



Dulu..Dulu..Dulu..

Bila tiada hujah, aku serang dengan akal..

Tanpa aku sedar, aku jauh tersasar..

Aku hanya ego dan berlagak pandai..

Bila tiada hujah, aku mencari salah peribadi orang..



Tiba-tiba..

Aku terfikir..

Adakah perbuatan aku menolak kalam Allah itu beradab dengan Allah?

Adakah perbuatan aku membelakangkan kalam Allah itu berakhlak dengan Allah?

Bila tiada hujah, aku telah mensyirikkan Allah..



Tiba-tiba..

Aku terfikir..

Adakah perbuatan aku menolak kalam dan perbuatan nabi itu beradab dengan nabi?

Adakah perbuatan aku mendahulukan kalam dan perbuatan manusia itu berakhlak dengan nabi?

Bila tiada hujah, aku telah menafikan kerasulan nabiku..



Tiba-tiba..

Aku terfikir..

Adakah perbuatan aku menolak kebenaran itu beradab?

Adakah perbuatan aku mencari kelemahan peribadi penyampai itu beradab?

Bila tiada hujah, aku sendiri tiada adab..



Tiba-tiba..

Aku terfikir..

Adakah perbuatan aku melabel orang itu berakhlak?

Adakah perbuatan aku menyerang akhlak penyampai itu berakhlak?

Bila tiada hujah, aku sendiri tiada akhlak..



Tiba-tiba..

Aku terfikir..

Adakah aku mengamalkan apa yang nabiku kehendaki?

Adakah aku lebih baik dari dia sedang dia menuruti jejak nabiku?

Bila tiada hujah, aku mula mencari hujah..



Kini..

Aku seperti dia..

Tersenyum melihat mereka menjadi aku yg dulu..

Merasai apa yang dia rasai dulu..

Bila tiada hujah..



Kini..

Aku tidak mahu jadi seperti dulu..

Aku mengatur hujah dengan ilmu..

Jika sudah taknak, macam2 alasan boleh direkacipta..

Bila mereka tiada hujah, salah aku akan dicari..



Kini..

Aku punya prinsip..

Akidah yg sahih..

Manhaj yg benar..

Aku sudah ada hujah..



Kini..

Aku sudah ada hujah..

Aku menuruti sunnah..

Aku menjauhi bidaah..

Aku sangat cintakan sunnah..


Nukilan Jiwa,
Abu Fedora Al-Turkistani

p/s : Teruskan berdiri di atas manhaj yang benar ini. InsyaAllah, suatu hari nanti, mereka akan tersenyum sebagaimana kita tersenyum hari ini.