Friday, May 27, 2011

Tak payahlah jadi budak sekolah rendah..

Dari sekolah rendah, asal nak exam mesti ada majlis bacaan yasin dan solat hajat. Ia diteruskan sehingga hari ini. Ini menyebabkan aku rasa tidak membesar, pra-matang dan tidak maju. Tapi apa boleh buat. Kebanyakan kefahaman orang Islam hari ini tidak berapa tepat. Sehingga pemimpin yang dipilih masyarakat yang mengaku dia matang pun mengeluarkan manifiesto untuk mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat sebagai solusi untuk memartabatkan Islam dan memperbaiki sahsiah masyarakat.

Biar aku gelak dulu.
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahah...
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...
Hahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahah...
Hahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahah...
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...

Masa zaman sekolah rendah. Ustaz akan suruh niat sendiri2, tapi ikut ustaz. Haha. Pelik bukan bunyinya? Maknanya di sini ustaz ini faham solat sunat adalah secara bersendirian tetapi menyuruh murid2 mengikut adalah tujuan untuk mengajar. Itu sangkaan aku, aku berbaik sangka. Tapi itu sekolah rendah bhai!!! Kita ni sekolah apa??? Ada lagi ke orang tak reti solat?

Aku nak bincang pasal majlis solat hajat. Sebelum apa2 amalan yang kita nak buat, terutama mengenai ibadat. Perlu ditanya kewujudan amalan tersebut melalui sunnah. Apakah pernah wujud di zaman nabi S.A.W solat hajat? lebih penting, majlis solat hajat? up lagi majlis solat hajat berjemaah?

Solat hajat wujud menurut jumhur ulamak. Ia berdalilkan hadis dari riwayat Tirmizi dan Ibu Majah,

Dari Abdullah bin Abi Aufa R.A katanya: Bersabda Rasulullah S.A.W: “Sesiapa yang ada hajat kepada Allah atau ingin mendapatkan sesuatu dari manusia, maka hendaklah dia berwudhu’ dan memperelokkan wudhu’ kemudian solat dua rakaat. Selepas itu hendaklah dia memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi S.A.W kemudia berdoa:

“Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Penyantun lagi Maha Mulia, Maha Suci Allah Tuhan ‘Arasyh yang agung, segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam, Aku bermohon mendapat rahmat-Mu dan mendapat kemapunan-Mu dan mendapat segala kebaikan dan keselamatan dari segala dosa, Janganlah Engkau biarkan aku berdosa melainkan Engkau ampunkan, dan jangan pula Kau biarkan aku susah melainkan Engkau tolong dan jangan biarkan aku berhajat sesuatu yang Engkau Redha melainkan Engkau tunaikan Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih”

Dalam riwayat Ibnu Majah ditambah Sabda Nabi S.A.W:

“Kemudian hendaklah dia memohon hajatnya itu”.

Tetapi Imam Tirmizi sendiri mendhaifkan hadis di atas.

Namun begitu hadis itu disokong dengan hadis yang bersanad sahih dari Imam Ibnu Majah iaitu :

Dari Usman bin Hanif R.A: Bahawa seorang lelaki yang cacat penglihatannya datang bertemu Nabi S.A.W lalu berkata: “Berdoalah kepada Allah supaya disembuhkan aku ini”. Maka Nabi bersabda: “Jika engkau mahu, engkau tangguhkanlah (bersabar dengan penyakit) dan ini lebih baik tetapi jika engkau mahu juga, aku boleh doakan”. Jawab lelaki itu: “Berdoalah”. Maka Nabi S.A.W menyuruhnya berwudhu’ dan memperelokkan wudhu’nya dan solat dua rakaat serta berdoa dengan doa ini: “Ya Allah sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu dan menghadap kepada-Mu dengan Muhammad Nabi Rahmat”, Wahai Muhammad aku bermohon dengan (doa)mu kepada Tuhanku dalam hajatku untuk ditunaikan.”Ya Allah syafaatkanlah dia dalam hak(urusan)ku”.

Hadis ini sahih menurut Imam At-Tirmizi dan Imam An-Nasa'i.

Oleh itu, jumhur ulamak menyimpulkan bahawa solat sunat kerana sesuatu hajat adalah mempunyai sandaran. Tetapi, perlu diperhalusi kefahaman mengenai hadis tentang kewujudan solat sunat hajat. Kefahaman kita perlulah sama dengan kefahaman ulamak2 yang menyokong kewujudan solat sunat hajat.

1. Solat sunat ini tidak dinamakan solat hajat atau solat sunat hajat. Ia hanya solat sunat yang biasa tetapi dilakukan bila kita sangat berhajat untuk mendapatkan sesuatu. Tidak diniatkan di dalam solat "aku solat hajat" dan lain2 yang semaksud dengannya.

2. Tiada bacaan surah2 khas, zikir2 khas, dan doa2 khas untuk solat tersebut melainkan doa yang tercatat pada hadis di atas.

3. Ia tidak dilakukan secara berjemaah.

Seterusnya, aku terus ke bab berjemaah ketika mengadakan solat "hajat". Merujukkan dari hadis tentang kewujudan solat "hajat", tidak dinukilkan sama sekali ia dilakukan secara berjemaah. Oleh keranan itu, sudah jelas ia tidak dilakukan secara berjemaah.

Ya, Nabi S.A.W ada melakukan beberapa solat sunat secara berjemaah. Antaranya, tarawih, eid, gerhana dan witr. Menurut kaedah usul ASWJ dalam hal ibadat adalah :

“Asal dalam perkara Ibadat itu adalah dilarang dan terhenti” dan “Asal dalam sifat ibadat itu adalah terhenti atas dalil.

Ada dikalangan pendukung solat "hajat" secara berjemaah ini berhujah dengan keumuman hadis nabi pernah solat sunat secara berjemaah. Aku katakan, jika begitu mengapa solat sunat rawatib tidak dibuat secara berjemaah juga? Mengapa ???

Begitu juga dengan majlis bacaan yasin secara berjemaah. Jika ia wujud di zaman sahabat majlis bacaan yasin seperti yang kita lakukan. Datangkan padaku hujahnya. Jika mahu menggunakan keumuman hadis tentang tadarus, mengapa hanya yasin sahaja yang dipilih? Mengapa tidak surah lain? Dari tadika sampai mati, yasin saja? Takda surah lain?

Aku simpulkan, kita beramal dengan apa yang nabi S.A.W dan para sahabat r.hum amalkan. Kita tinggalkan amalan yang tidak pernah dilakukan oleh mereka. Ia satu teori mudah. Kalau hidup asik nak copy apa yang orang terdahulu buat, even sudah dibuktikan kedangkalannya. Elok saja datang kepada mereka yang tahu, mengaku saja anda "noob", dan ikut saja kata mereka yang tahu.

Jangan nak sembang kencang seolah2 anda tau sedangkan anda tidak tau. Akhirnya, anda dijadikan bahan jenaka orang lain. Hidup ini bukan untuk kita cuba memuaskan hati semua orang, tetapi hidup ini adalah untuk memenuhi tuntutan Allah dan rasulnya S.A.W.

p/s : Jangan cuba menunjuk pandai di depan gua dalam hal yang gua expert, lu akan wat gua gelak seumur idup gua dengan lawak bertaraf cecupak lu!!! hahahahahahaha...