Monday, November 4, 2013

Warkah buat macai-macai PKR

Sambungan dari : http://alturkistani.blogspot.com.au/?zx=891d656a73465828

Pagi ahad lalu, tiba-tiba macai-macai PKR menyerang UFB kerana dakwaan beliau program forum bersama DSAI dibatalkan. UFB telah tag twitter aku. Jadi aku terpaksa pertahan UFB kerana kenyataan yang dibuat beliau adalah sahih dan benar. Cumanya aku perlu membuat sedikit penjelasan dan ulasan kepada awam.

Kisahnya bermula bila aku dihubungi oleh seorang sahabat karib aku, seorang pemuda PKR yang mendapat email daripada pejabat DSAI yang memintanya mengaturkan beberapa perjumpaan dengan rakyat Malaysia untuk DSAI semasa di Adelaide nanti. Beliau bertanya kepada aku, bila UFB akan datang pula. Setelah menyemak tiket UFB, mereka akan naik 1 kapal nanti.

Sahabat aku itu diminta untuk mengaturkan perjumpaan dengan orang awam di Adelaide, pelajar-pelajar dan perjumpaan tertutup dengan penyokong PR. Aku sendiri bersamanya semasa membuat beberapa aturan. Beliau mencadangkan kepada aku untuk meletakkan DSAI dengan UFB di atas 1 pentas dalam sebuah forum yang bersifat ilmiah dan non-politikal.

Tiba-tiba telefon beliau berdering, seorang wakil DSAI bernama Ahmad Sayuti menghubungi beliau. Wakil DSAI tersebut menyuruh beliau menghubunginya dan jangan terus kepada pejabat DSAI. Ketika itu beliau beliau menyatakan cadangan beliau dan wakil DSAI itu menyatakan persetujuan.

Tugas kami di sini adalah menyusun jadual DSAI, tidak perlu apa-apa proposal sebenarnya. DSAI akan mengikut jadual yang kami sediakan. Setelah wakil DSAI menyatakan persetujuan secara "verbal". Maka kami sama-sama membuat jadual, mencari tempat, dan membuat strategi pengiklanan.

Macai-macai PKR perlu tahu, aku diantara manusia di Adelaide yang sepatutnya bersama-sama makan dengan DSAI dalam undangan Dato' Hassan. Itu hal yang mereka patut tahu betapa serius aku membantu sahabat aku ketika itu. Aku tidak hadir kerana aku meluat dengan alasan dangkal lagi sengal pejabat DSAI dan AIC seperti yang telah aku nyatakan dalam post yang lalu.

Walaupun aku bukan ahli PKR, tetap sahabat aku tahu aku tidak memusuhi mana-mana parti politik. Beliau juga tahu betapa "liberal"nya aku dalam menerima apa-apa pandangan manusia.  Beliau juga tahu aku pernah berjuang bersama-sama ADIL ketika zaman muda-muda dahulu. Yang pasti, beliau tidak mempunyai otak UMNO seperti orang di pejabat DSAI dan AIC. Sebab itu beliau sangat progresif.

Aku diminta menghubungi UFB bertanya kesediaan beliau. Makanya UFB menjawab seperti yang telah dinyatakan. Aku tanya sahabat aku itu, bagaimana dengan tajuk? Beliau jawab, DSAI takda hal punya, bagi apa tajuk pun dia boleh punya dengan penuh yakin. Aku pun berpandangan begitu juga. Tetapi, kami terfikir-fikir siapakan calon moderator yang adil? Akhirnya aku terfikir seorang pegawai MSD yang sangat progresif. Aku terus menghubungi beliau dan beliau telah menyatakan persetujuan beliau. Kami menjangkakan forum ini akan menjadi "event of the year Adelaide" untuk pelajar-pelajar Malaysia.

Cadangan awal tajuk adalah "berkhilaf itu fitrah, bersatu itu sunnah". Itulah tajuk yang dinyatakan kepada UFB. Objektif kami mahu melihat bagaimana DSAI melontarkan idea menurut pengalaman beliau yang kami rasakan begitu menakjubkan manakala UFB sebagai seorang ustaz muda yang baru berjinak-jinak dalam politik kepartian mendepani masalah perpecahan yang tidak sepatutnya berkalu yang melanda dunia politik tanah air. Tetapi tajuk itu diubah semasa sahabat aku menulis propsal kerana merasakan PKR takut dengan perkataan sunnah.

Keesokan harinya, sedang kami meneruskan rancangan, tiba-tiba Ahmad Sayuti menelefon beliau memberitahu tentang rancangan-rancangan yang dia pula rancang dan memberitahu forum dengan UFB "cancel" kerana pihak pejabat DSAI tolak dengan alasan-alasan dangkal seperti yang telah dinyatakan. Kecewa dengan sikap pejabat DSAI, sahabat aku itu telah bersusah payah menulis proposal dan meminta seorang "abang" dalam PKR untuk "forward"kan terus kepada DSAI kerana meyakini semua itu adalah keputusan bodoh pejabat DSAI. "Abang" itu juga akhirnya diam menyepi.

Aku yang turut kecewa dengan hal tersebut cuba membantu. Seorang sahabat lain, alumni MCKK memberi aku nombor telefon timbalan presiden AIC, Al-Azadi. Aku menghubunginya dan meminta bantuannya untuk kami "terus" kepada DSAI selain aku telah "sound" alasan-alasan pejabat DSAI adalah dangkal macam Nazri Aziz beri kepada Rafizi Ramli. Aku juga sudah sebut ini projek pembodohan. Mungkin aku bukan ahli parti menyebabkan aku lebih agresif. Suara aku adalah suara rakyat, suara orang muda. Dia kata dia akan usahakan dan akan menghubungi aku atau sahabat alumni tersebut. Aku sudah nyatakan kepada Azadi jangan berurusan dengan Pak Baim (Ibarahim Yaccob, Ketua pejabat DSAI yang lawan PRU pun kalah), terus kepada DSAI. Tetapi akhirnya diam menyepi juga.

Aku simpulkan 2 kejadian di atas adalah sikap UMNO iaitu takut nak bersuara dengan orang-orang tua. Bagi aku budak-budak AIC hanyalah berlevel macai yang bacol. Sebab itu mereka gagal membawa suara, harapan dan permintaan ahli muda mereka sendiri. Al Azadi pula seperti Johny Lever dalam filem hidustan yang menjadi pak lawak saja aku rasa selepas berdepan dengannya dalam twitter. Alasan-alasan yang dia bawa, aku dapat rasakan dia hanyalah badut-badut di MCKK ketika zaman sekolah. Yang paling penting dia sangatlah jahil agama. Mohon PKR carilah ustaz yang hebat untuk mentarbiyah macai-macai PKR.

Untuk pengetahuan macai-macai PKR, cadangan mementaskan UFB dan DSAI sekali sangatlah disokong oleh seluruh sahabat-sahabat aku yang celik politik dan progresif. Mereka terdiri daripada penyokong PAS, PKR, UMNO dan juga yang paling ramai adalah non-partisan. Sebab itu aku dengan berani menyatakan budak-budak AIC dan pejabat DSAI telah melakukan projek pembodohan. Itulah hakikat yang mereka patut terima dan muhasabah, bukannya menyalahkan orang lain.

Buat pengetahuan macai-macai PKR juga, DSAI bukan diminta untuk memberi khutbah oleh ISSA. Tetapi diminta oleh Ahmad Sayuti. DS Nizar juga pernah memberi khutbat di situ kerana diminta juga. Orang tempatan di sini bukan tahu apa. Dengar saja figura yang ada sedikit asas agama, mereka terima saja. Mohon jangan perasan. Kualiti khutbah DSAI hanya pada kehebatan beliau berbahasa, ilmu agama yang dapat hanyalah bertaraf ceramah politik kampung sahaja.

Program politik kami dengan UFB adalah membedah siasat (majlis interogasi) UFB. UFB bersedia untuk diinterogat. Bertalu-talu soalan yang ditanya oleh pelajar-pelajar Malaysia dalam majlis tersebut. Soalan-soalan datang dari penyokong PAS, PKR, UMNO dan non-partisan untuk UFB jawab dan nyatakan pendiriannya. Walaupun mereka berbeza parti tetapi ukhuwah tetap terjalin. Mereka makan dan duduk sekali. Inilah wacana politik pintar, politik segar, politik memandaikan, politik baru yang diyakini oleh pelajar-pelajar di Adelaide. Setakat ceramah sorang-sorang, kami boleh tengok dalam youtube!

Hanya promoter bodoh yang akan menjadi ejen Mike Tyson vs Sapok biki. Hanya penonton yang tiada akal saja yang akan beli tiket dari promoter bodoh ini. Orang bijak mahu idea disaingi dengan lawannya, bukan idea ditinju sorang-sorang dalam gelangang. Ada lawan barulah syiok. Kami ialah promoter yang bijak bukan macam macai-macai dalam pejabat DSAI dan AIC. Mungkin macai-macai PKR yang masih berotak UMNO gagal memahami wacana minda progresif kami.

Wallahu'alam.