Friday, June 14, 2013

Presiden MYPSA yang aku cintai, tetapi kebenaran lebih aku cintai

Bismillah..

Meeting 2

Meeting 2 adalah post-mortem. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Hanya wakil MYPSA, UCSA dan KIA sahaja yang hadir. Presiden MYPSA telah membentangkan total kos majlis iftar perdana tersebut. Jumlah yang dikemukakan adalah $2035. Kemudian presiden MYPSA kata MYPSA akan tanggung $35 tersebut. KIA kekal dengan pendirian total kos mesti dibahagi sama rata. Oleh itu kos yang disepakati adalah $2000. Kita boleh anggap :

1. sewa dewan $320 (dinyatakan oleh ISMA)
2. makan minum $1680 (dinyatakan oleh MYPSA)
3. duit zakat $160

Maka kos sebenar adalah $1680 + $320 - $160 = $1840. Dibahagikan 4 = $460. Setiap rakan kongsi akan berkongsi sebanyak $460.

Maka, keputusan post-mortem tersebut adalah :

1. Semua yang hadir faham situasi dan masalah sebenar.
2. Semua faham duit daripada MSD hanyalah untuk kelab-kelab yang berdaftar dengan MSD.
3. Semua bersetuju dengan jumlah yang patut dibayar dengan ANGGAPAN $320 adalah harga sewa dewan yang kita pakai sahaja.
4. Presiden UCSA menyarankan kita menuntut resit daripada ISMA. Semua bersetuju.
5. Panggilan telefon dibuat terus ke Hisham Sharif, jawapan "putar alam" yang kami dapat. Dia kata nanti dia akan tanya.
6. KIA kekal dengan perjanjian asal kerana tidak mahu menanggung bahagian pihak ISMA. KIA bayar $460.
7. ISMA hanya bayar $320 (masih dalam siasatan). Lebih $460 - $320 = $140. Jumlah $140 ini terpaksa ditanggung oleh MYPSA dan UCSA kerana ISMA telah melarikan diri.
8. MYPSA menanggung $460 + $120 = $580
9. UCSA menanggung $460 + $20 = $480

(kiraan ini dicatat oleh Bendahari KIA semasa meeting pos-mortem)

Selepas beberapa hari, sahabat kami, Azim telah menghubungi Hisham Sharif sekali lagi, Hisham menjawab, dia sudah SETEL dengan presiden MYPSA. Apa makna ini? Ada komplot? Bukankah majlis itu kerjasama bersama? Adakah ini sikap, adab dan akhlak berkerjasama? Mengapa jawapan "swing" ke presiden MYPSA? "Passing-passing" ni bukan amalan sepatutnya calon Muslim berwibawa dan cara umat beragenda. Ini cara nak meletakkan "pressure" kepada presiden MYPSA yang dilihat lemah dan mudah "dimakan".

Adakah presiden MYPSA telah membentangkan kira-kira ini kepada AJKnya? Wallahu'alam..

(Mereka yang hadir ke Meeting Post-Mortem. Credit : Gambar dirembat dari simpanan mantan presiden KIA)


Berjaya mendapatkan bukti

Sekembalinya aku dari Abu Dhabi, aku ada urusan di Payneham. Maka aku singgah ke pejabat Payneham Council. Aku memberikan tarikh program iftar perdana tersebut untuk medapatkan salinan tempahan. Maka ia sudah jelas, terang dan nyata.. Sahih lagi sarih pengkhianatan ISMA terhadap kami semua.

Jumlah $320.50 adalah bayaran untuk penggunaan dewan dari jam 9am hingga 9pm. Dibuat di atas nama Malaysian Student Council (MASCA) oleh Umar Shamsudin (Umar Faruq), mantan ketua ISMA. Ada 2 masalah di sini tetapi kita fokus kepada masalah 1 sahaja.

1. Khianat dan menipu dari pihak ISMA.
2. Menggunakan nama MASCA untuk membuat tempahan dewan.

Aku snap dokumen tersebut dan kirimkan kepada presiden MYPSA, presiden UCSA dan presiden KIA. Presiden UCSA menjawab untuk menuntut balik hak mereka, begitu juga presiden KIA. Presiden MYPSA hanya mendiamkan diri. Kami berpendapat, amatlah tidak wajar $320 menjadi kos dalam total kos majlis iftar perdana tersebut kerana ISMA menggunakan separuh daripada masa yang ditempah.

(Salinan booking yang berjaya aku dapatkan. Boleh baca sendiri siapa yang tempah, ada nama alamat dan no telefon lagi)

(jelas 9am-9pm)

(menempah menggunakan nama Malaysian Student Council?)


AGM MYPSA 2013

Aku telah meminta "breakdown" perbelanjaan iftar tersebut ketika pembentangan akaun MYPSA kerana jumlah yang dinyatakan berbeza dengan apa yang disebut ketika post-mortem meeting iaitu $2410.00 dan pulangan semula adalah $744.65. Aku tidak tahu macam mana $744.65 boleh terhasil. Bila aku bertanya tentang sewa dewan, maka dijawab tuan presiden $320.  Bermakna MYPSA masih lagi mahu menanggung program rahsia ISMA pada sesi pagi secara tidak langsung. Bagi aku duit yang diamanah oleh kerajaan dan yuran ahli mesti dibelanjakan kepada perkara yang menguntungkan ahli kelab, bukan membela "biawak hidup" yang suka mengambil kesempatan seperti ISMA.

Untuk pengetahuan, $1250 yang dihantar oleh MSD bukan milik MYPSA 100%, $550 daripada jumlah itu adalah milik KIA. Duit yang dijanjikan oleh ustaz MSD kepada KIA bagi menampung kos Ustaz Fauzi di sini. Selebihnya adalah milik kelab-kelab yang berdaftar dengan MSD yang menjayakan program tersebut.. Hal ini sudah dimaklumkan sendiri oleh pengarah MSD. Menurut presiden KIA bahawa pengarah MSD mengulangi lagi kefahaman yang mereka tidak menanggung kelab-kelab yang tidak berdaftar dengan MSD seperti UCSA dan ISMA (presiden MYPSA juga hadir). Inilah jawapan kepada presiden MYPSA yang masih berani berkata ia hanya pendapat KIA. Sudah difahami turun-temurun tentang hal ini dan dengan logik akal yang waras, mana mungkin MSD membiayai program-program atau "portion" perkongsian pihak ISMA.

MYPSA telah mengambil $100 duit zakat bagi mengganti masuk $550 ($450 dari MSD, $100 dari zakat) untuk menampung biaya Ustaz Fauzi. Maka baki $1250-$450 = $800. $800/2 = $400. KIA dapat $400 dan MYPSA dapat $400. Jelas KIA sudah MEMBAYAR $400!

Jelas di sini kenyataan presiden MYPSA, KIA hanya membayar $100 adalah sebuah DUSTA di hadapan ahli-ahli MYPSA. Presiden MYPSA sudah tahu tentang hal ini, tetapi masih memilih untuk berkata seperti itu. Semoga Allah selamatkan lidah beliau dari terus berdusta. Apa tujuan presiden MYPSA berdusta? Untuk membela ISMA yang telah jelas berbohong dan berdusta? Atau nak bagitau yang KIA bayar sikit tapi nak bising lebih? Allah sahaja tahu niat beliau.

Duit dari MSD bukan untuk ISMA dan UCSA.

Duit dari MSD bukan untuk ISMA dan UCSA kerana 2 kelab atau persatuan tersebut tidak berdaftar dengan MSD. Seperti yang telah aku sebutkan di atas. Aku sendiri juga telah bertanya kepada pengarah MSD dan pegawai di MSD sendiri. Orang lama MASCA juga menyatakan tentang perkara ini. Jelas ini bukan pendapat KIA.

Ketika meeting post mortem, semua telah bersetuju dengan duit $800 adalah milik MYPSA dan KIA. Pengiraan ketika itu adalah menurut perjanjian asal. Bahagi sama rata. UCSA boleh menerimanya, siapa pula ISMA untuk menuntut duit tersebut? Apa hak presiden MYPSA untuk membawa duit itu untuk disedekahkan kepada ISMA? Apa beza UCSA dan ISMA, kedua-duanya parti politik. Bezanya ISMA lebih kayalah, hilang keseluruhan wang pertaruhan judi PRU13 tetapi masih tersenyum riang. Manakala UCSA kelihatan jauh lebih berwibawa dan tidak korup. Presiden UCSA juga pernah menyatakan bersedia untuk melakukan "external audit" jika dicabar. Alhamdulillah, beliaulah calon muslim berwibawa yang telus, berani dan amanah.

Kenyataan presiden MYPSA semua pihak telah bersetuju adalah DUSTA.
1. kerana tiada meeting bersama, bagaimana boleh disimpul setuju?
2. kerana KIA jelas tidak bersetuju jika hak mereka sebagai kelab berdaftar diberikan kepada orang lain.
3. jika UCSA dan ISMA bersetuju pun adalah kerana sikap presiden MYPSA sendiri yang buat "deal" peribadi dengan mereka.
4. mestilah mereka akan bersetuju, kerana orang nak kasi duit free. Mestilah KIA bantah, sebab KIA tau sebahagian ia adalah hak KIA dan KIA telah bertanya langsung dengan pihak MSD tentang hal ini.

Apa pun, keputusan meeting post mortem telah ada. Maka, sepatutnya sudah jelas tentang kedudukan wang dari MSD dan sudah sepakati pembahagian sama rata tanpa melibatkan duit dari MSD. ISMA saja yang tidak mahu hadir. Kenapa presiden MYPSA masih membawa pandangan peribadinya yang lama dengan menyembunyikan keputusan terbaru? Wallahu'alam..

Mengira sumbangan

Inilah hujah paling dangkal pernah aku dengar tentang kolaborasi. Bagaimana kita hendak mengira sumbangan. 1 kepala berapa? 1 jam berapa? Hujah dangkal begini amat memalukan. Walhal, task distribution dikeluarkan oleh MYPSA sendiri. Mengapa tiba-tiba hendak bercakap tentang sumbangan? Jika begitu UCSA pun berhak bayar kurang, sebab AJK mereka juga ramai yang menolong. Jawapan pihak KIA pula, sebab ahli mereka sikit, maka yang makan pun sikit, yang buat sepah pun sikit. Cukuplah sekadar seorang sahaja yang tinggal untuk mengemas. Ahli-ahli UCSA, MYPSA dan ISMA ramai, maka amat wajarlah mereka yang kena berkemas lebih, mereka juga makan lebih. Majlis tersebut adalah kerjasama, bukan anjuran MYPSA disokong oleh kelab-kelab lain sebagai penganjur bersama. Kalau nak kira macam ni, memang tak habisla. Lagi pun, mana ada orang kira macam ni. Argumentasi terdesak kalau berhujah begini.

Dari diskusi di rumah aku lagi, sudah difahami KIA tiada "man power". Pembahagian kos tetap dibahagi sama rata. Presiden KIA ketika itu telah bersama-sama mengemas dewan selepas program tamat walaupun tiada dalam "task distribution". Berapakah harga sumbangan tersebut? Disebabkan KIA sedar kurang menyumbang keringat tenaga, KIA telah menempah "karipap lagend" dan disumbangkan kepada majlis tersebut yang akhirnya licin sebelum habis program. Ketika mengemas, presiden KIA dimaki oleh Umar Faruq.

Mengapa sumbangan tiba-tiba menjadi kiraan bila pembohongan, penipuan dan pengkhianatan ISMA dibongkarkan. Mengapa? Mengapa ketika post-mortem dengan UCSA dan KIA presiden MYPSA tidak berani berhujah sedemikian rupa? Wallahu'alam..

Program berjaya, duit tergadai.

Apa guna berjaya membina KLCC, Putrajaya, dan KLIA tetapi di dalam pembinaannya penuh dengan korupsi?

Apa guna berjaya membina Taj Mahal yang indah jika banyak nyawa tergadai?

Apa guna berjaya program iftar itu berjaya jika ada khianat dan zalim di belakangnya?

Kejayaan bukan hujah untuk menutup pengkhianatan.

Adakah kejayaan al-Hajjaj bin Yusuf mengembangkan Islam kita boleh menutup kezaliman dia terhadap para sahabat Nabi?

Adakah sumbangan besar Syiah menyebarkan Islam ke Nusantara kita kena diamkan kesesatan mereka?

Mengapa kejayaan Tun M menaikkan nama Malaysia ke seantero dunia tidak mampu menutup mulut-mulut penyokong PR yang masih menyebut tentang skandal MISC dan Perwaja?

Mengapa kejayaan DSAI menaikkan UMNO tidak mampu menutup salahlaku beliau di sini UMNO?

Ya, masing-masing berhujah kerana kebenaran, pengkhianatan tidak boleh dilepaskan. Mengapa "double-standard" bila ada di kalangan kawan-kawan kita telah jelas telah melakukan korupsi dengan penipuan, tetapi ada kawan-kawan kita yang sudi menutupi kes itu dengan duit persatuan dan sendiri? Oh, alangkah lucunya negeri ini!

Mengapa aku bangkitkan ketika AGM MYPSA?

Setelah bukti dokumen sewa dewan telah kami dapatkan. Presiden KIA telah menghantar SMS kepada Hisham Sharif. Tetapi sehingga hari ini tidak dijawab. Aku juga ada menghubungi beliau, tetapi tidak dijawab. Kami bercadang untuk menyelesaikan masalah ini di belakang tabir sebenarnya. Dalam masa yang sama, aku teringat atsar Bilal ra. yang membantah Umar ra. kerana tidak memberikan harta rampasan perang. Begitu juga aku inginkan kebaikan kepada pemimpin kecil aku ini. Sebuah hadis daripada Aisyah rha menyebut:

"Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi seseorang pemimpin, akan diadakan untuknya wazir yang bersifat benar. Sekiranya dia lupa akan diingatkannya dan sekiranya dia ingat akan dibantunya. Sekiranya diinginkan Allah sebaliknya, maka diadakan untuknya wazir yang jahat. Sekiranya dia lupa tidak diingatkannya dan sekiranya dia ingat, tidak dibantunya." (HR Abu Daud dan An-Nasaii, hadis ini hasan)

Disebabkan hanya ketika itu saja aku dapat berjumpa mereka, maka aku sebutkan di situ. Semoga di hadapan Allah kelak dikira aku sudah cuba untuk membantah kezaliman mereka. Aku pun malas nk "argue" panjang-panjang kerana akan mengganggu perjalanan AGM nanti. Aku pun faham ramai orang tak "give a shit" pun pasal salahguna duit yang depan mata. Mereka nak setelkan AGM cepat-cepat, makan dan balik. Ramai lebih suka bising korupsi yang di seberang laut. Yang melibatkan lembu-lembu, besi-besi, kapal selam dan stadium. Yang depan mata, yang kawan-kawan mereka buat, mereka condong untuk diamkan dan menutupinya ataupun taknak ambil tahu.

Setelah aku faham pendirian presiden MYPSA yang mahu membela dan menutup korupsi yang dilakukan ISMA. Aku terfikir, mungkin inilah yang berlaku kepada Pak Lah dan DS Najib apabila beberapa menteri-menteri mereka dikaitkan dan dibuktikan dengan korupsi. Mereka juga diam dan cuba menutupinya. Semuanya kerana kawan-kawan. Oh, inilah punca korupsi berlaku. Kawan-kawan aku sendiri cuba menutup korupsi yang dilakukan oleh kawan-kawan kita. Begitu juga kepada para pemimpin negara. Bagi aku pula, kalau menguruskan $10 kita tidak mampu amanah, inikan pula $10b nanti. 1sen yang dibelanjakan dengan tidak amanah tetap aku bantah, 1sen  korupsi yang ditutup tetap aku tegah. Aku tidak ingin dimasukkan ke dalam kelompok yang mendiamkan pengkhianatan dan kezaliman. Yang salah mesti diambil tindakan, yang salah mesti mengakui kesalahan dan mengembalikan hak mereka yang dizalimi.

"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)." (HR Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani)

Aku terpaksa buat pilihan terakhir dengan kadar kemampuan yang aku ada. Apa boleh buat, aku tidak mahu bersubahat dan mendiamkan kezaliman yang berlaku ke atas presiden MYPSA, UCSA, KIA dan ahli-ahli MYPSA. Sebab itulah aku terpaksa membuat pendedahan ini selepas beberapa percubaan untuk selesaikan dengan baik menemui jalan buntu. Kata Nabi dalam sebuah hadis yang mahsyur.


"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." (HR Muslim)


Presiden MYPSA amat aku cintai, tapi kebenaran lebih aku cintai. Tindakan beliau yang mahu menutup pengkhianatan ISMA aku bantah sekeras-kerasnya. Aku tak sanggup untuk mendiamkan kemungkaran yang sudah aku ketahui dan berbukti.

Presiden MYPSA bukanlah seorang yang jahat, bahkan beliau seorang yang sangat baik. Tetapi disebabkan "terlalu baik"lah ISMA mengambil kesempatan ke atas dirinya. Adakah wajar persoalan tentang ISMA dijawab oleh presiden MYPSA? Apa yang dituntut oleh aku, KIA dan UCSA adalah sebuah jawapan dan justifikasi daripada ISMA. Semoga Allah memuliakan presiden MYPSA kerana kebaikannya dan mengampunkannya kerana kelemahannya.

bersambung..