Saturday, October 20, 2012

Hanya pendusta saja yang pengecut


Assalamualaikum.

Dua minggu sudah berlalu pertemuan yang diaturkan oleh pihak MYPSA. Dalam tempoh dua minggu tersebut saya sudah bercadang untuk menutup semua kes selepas tahu punca awal dan sebenar masalah semua ini berlaku.

Oleh itu, dengan menurut kaedah yang dianjurkan al-Quran & as-Sunnah, saya memohon saudara Sayuti bersumpah dan bermubahalah saja dengan membalas email saya ini di"cc"kan kembali kepada para saksi yang saya rasakan adil untuk pihak saudara, saya dan autoriti di sini.

Saudara sebagai pejuang PAS yang kononnya memperjuangkan Islam sepatutnya tidak perlu berasa takut untuk bersumpah jika saudara memang benar-benar tidak bersalah dan meyakini saudara berada di pihak yang benar. Tambahan pula, saudara dengan berani menyebarkan kepada orang ramai bahkan berkata sendiri di hadapan saya.

Kes 1 : Tuduhan ke atas saya 1.

Saudara menuduh saya telah berkata : "Aku yang bawa Ustaz Fathul Bari (UFB) untuk tibai budak-budak usrah ketika saya mengangkat barang-barang di rumah saudara..(atau semaksud dengannya)"

Saya katakan : "Demi Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi) saya tidak pernah mengucapkan perkataan-perkataan tersebut (atau semaksud dengannya). Ia terlalu menyalahi fakta dan hakikat sebenar kedatangan UFB tahun lalu."

Mereka yang mengikut saya ketika itu juga menafikan hal tersebut. Oleh itu, saudara sudah jelas tiada bukti atau saksi. Maka, saya mohon saudara Sayuti bermubahalah dengan membalas email ini mengatakan :

"Demi Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi), saya Ahmad Sayuti mendengar sendiri dari mulut Aliff dia mengatakan perkataan-perkataan tersebut (atau semaksud dengannya). Jika saya berdusta, laknat Allah turun ke atas saya."

Saya akan membalas dengan mubahalah kembali. Kemudian kita tutup kes ini. 

Kes 2 : Tuduhan ke atas saya 2.

Saudara menuduh saya telah berjanji untuk berjumpa saudara dua kali tetapi saya memungkiri. 

Saya katakan : "Demi Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi) saya tidak pernah berjanji dengan saudara dan saya mungkiri. Saya cuma katakan bersedia untuk berjumpa, tidak pula kata berjanji. Bahkan saya mencabar pertemuan kita mesti dilakukan secara terbuka melalui saudara Azam dan Dr. Jumiati. Saudara yang tidak berani. Dengan perangai semulajadi saya yang tak pernah takut dengan sesiapa pun adalah sesuatu yang mustahil untuk saya berdepan dengan saudara yang jelas sering berdusta demi kepentingan politik saudara."

Saya mohon saudara Sayuti bermubahalah dengan membalas email ini mengatakan :

"Demi Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi), saya Ahmad Sayuti mendengar sendiri (atau semaksud dengannya) dari Aliff dia mengatakan dia berjanji untuk bertemu saya. Jika saya berdusta, laknat Allah turun ke atas saya."

Saya akan membalas dengan mubahalah kembali. Kemudian kita tutup kes ini. 

Kes 3 : Menuduh Ahmad Ridhuan yang menyuruh saudara yang mengepalai Solat Hajat berjemaah tahun lalu.

Ahmad Ridhuan sudah bersumpah di hadapan saya. Dia ialah orang yang menceritakan kes tersebut dari awal hingga akhir kepada saya. Bahkan dia ialah pengarah program. Dia tidak bermubahalah. Oleh itu, saya minta saudara Sayuti bersumpah dengan membalas email ini mengatakan :

"Demi Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi), saya Ahmad Sayuti telah disuruh oleh Ahmad Ridhuan untuk mengepalai solat hajat berjemaah tahun lalu dan memberi penerangan tentangnya (atau semaksud dengannya).

Kemudian, kita tutup kes ini. Siapa yang berdusta diantara kalian. Allah saja yang mengetahui.

Kes 4 : Kes mufti Perak

Saya sudah membuktikan saudara terlibat di blog saya. Oleh itu saudara hanya perlu bermubahalah saja. Saudara perlu katakan :

"Demi Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi), saya Ahmad Sayuti sama sekali tidak terlibat dalam melaporkan isi kandungan tentang ceramah Mufti Perak di IDC kepada blogger wargamarhaen[dot]blogspot[dot]com dan pemuda PAS Perak secara langsung atau tidak langsung. Jika saya berdusta, laknat Allah turun ke atas saya."

Jika saudara bermubahalah, saya akan padam dan buang semua tuduhan saya kepada saudara tentang hal ini. Bahkan saya akan memohon maaf secara terbuka tentang hal ini. Saya akan serahkan kes ini kepada Allah. Kemudian kita tutup kes.

Kes 5 : Kes UniMAP 

Terlalu ramai saksi yang melihat isteri saudara yang menangkap gambar kami ketika solat Jumaat lewat ketika lawatan wakil-wakil UniMAP dan Raja Muda Perlis. Gambar itu berada di dalam blog swingingbowlsatay ketika itu.

Jika saudara Sayuti tidak terlibat memberikan apa-apa maklumat dan gambar kepada blogger swingingbowlsatay, saudara Sayuti hanya perlu bersumpah. Balas email ini denga katakan :

"Demi Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi), saya Ahmad Sayuti sama sekali tidak terlibat dalam memberikan apa-apa maklumat dan gambar kepada blogger swingingbowlsatay."

Kemudian kita tutup kes ini.

Jika ada apa-apa lagi yang saudara Sayuti rasa tak bersalah, mohon bersumpah atau mubahalah. Jika perkara itu saya yakin ia benar dan dari pihak saya secara langsung, saya tidak teragak-agak untuk melakukan sumpah dan mubahalah balas.

Saya harap saudara Sayuti bersumpah dan bermubahalah mengikut cadangan saya jika saudara benar-benar tidak bersalah dan bukan pendusta, bahkan berniat untuk menutup kes dan berdamai. Saudara tidak perlu mencipta kaedah sendiri yang cuba disandarkan kepada Islam. Mohon janganlah berdusta di atas nama agama atau nabi dengan kefahaman nafsu saudara tentang ayat-ayat Allah dan perkataan-perkataan Nabi.

Jika saudara tidak bersalah. Kenapa perlu takut untuk bersumpah dan bermubahalah? Jom kita berdamai dengan menutup kes dengan serahkan hanya kepada Allah. Kita sama-sama beriman dengan kewujudan mahkamah Allah kelak bukan? Kemudian kita boleh hidup dengan aman dan "berpeluk cium" kembali. 

Saya memberi saudara masa 3 hari untuk membalas sumpah dan bermubahalah. Jika tidak, saya akan katakan saudara yang bersalah, saya akan terus menerus mengkritik dan mendedahkan kejahatan saudara kepada awam. Saya akan "cite" nama kawan-kawan saudara yang terlibat tanpa ragu-ragu. Jika saudara berminat untuk bersumpah dan bermubahalah secara terbuka pun saya tiada masalah. Itu lebih saya sukai.

cc : 

1. Ridhuan dan Fitri. Mereka 2 saksi bagi pihak saya.
2. Ustaz Sabri dan Dr. Jumiati. Mereka saksi bagi pihak autoriti.
3. Hanif dan Khairezan. Mereka saksi bagi pihak MYPSA.
4. Dr. Kamarul dan Dr. Azarisman. Mereka saksi bagi pihak Sayuti.
5. Ustaz Fathul Bari. Beliau menjadi mangsa kes 1.

Saya menanti keberanian mantan ketua pemuda PAS Shah Alam untuk membuktikan dia bercakap benar atau hanyalah seorang ahli politik yang sering berdusta demi politik syaitan. Allahul musta'an.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Email kedua : 

Kepada saudara Sayuti,

Saya menyeru saudara Sayuti, sebagai pejuang Islam kononnya, mengaku tidak bersalah, dan menuduh saya di depan saya, buktikan saudara orang yang bercakap benar di sini. Bersumpah dan bermubahalahlah di hadapan kawan-kawan baik saudara, pihak MSD, pihak saya dan MYPSA. Jika saudara tidak bersalah, mengapa saudara masih ragu-ragu untuk bersumpah dan bermubahalah? Biasanya hanya pesalah saja yang takut untuk bersumpah dan takutkan laknat Allah. Kalau saudara tak bersalah, kenapa perlu takut dengan laknat Allah, sudah pasti laknat itu akan ditimpa saya.

Adakah ini saja standard hasil tarbiyah PAS yang hanya berani baling batu kemudian sembunyi tangan? Berlindung disebalik nama Islam dan individu-individu yang berjawatan besar dalam kerajaan saja? Adakah PAS hanya mendidik hasil tarbiyahnya menjadi kaki fitnah, bacol dan tak berani membuktikan kebenaran? Nah, saudara takut untuk bersumpah? Saudara pengecut untuk berdepan secara terbuka dengan saya, sekarang saya hanya minta saudara bersumpah dalam email saja. Takkan itu pun tak berani jika benar saudara di pihak yang benar. Saya sudah menjalankan bahagian saya, sekarang giliran saudara pula.
Saudara sering melaung-laungkan kerajaan zalim, korup dan pelbagai, kerajaan mesti ditumbangkan. Saya juga ingin membanteras kezaliman dan korupsi saudara terhadap saya, kawan-kawan saya, Mufti Perak dan keluarganya, dan juga Ustaz Fathul Bari. Saudara mesti ditumbangkan. Adakah dengan saudara berada dalam parti PAS, saudara boleh berbuat zalim ke atas orang lain? 

Saudara sering menyebut perkataan "tabaiyun". Tetapi saudara sendiri tidak pernah "tabaiyun" kepada saya. Sekarang ini, saya ingin "tabaiyun" kepada saudara untuk kali terakhir kerana saudara tidak punya bukti mahupun saksi di atas tuduhan-tuduhan saudara, bahkan saya pula punya bukti dan saksi di atas tuduhan-tuduhan saya. "Tabaiyun" saya hanya meminta saudara menyerahkan persaksian saudara hanya kepada Allah. Kemudian kita tunggu laknat Allah turun ke atas diantara kita berdua. Apa perlu takut jika kita tidak bersalah?

Saudara Sayuti, jomla tutup kes. Bersumpahlah, bermubahalahlah.. Kenapa takut? Nampak sangat saudara jelas pendusta dan kaki fitnah. Takpelah kalau saudara kecut. Mengaku jela salah, tak berdosa pun mengaku salah. Bahkan itu lebih mulia. Oh, mungkin saudara lebih berminat untuk perkara ini berterusan? Ramai orang meminta untuk kita tutup kes. Permintaan saya mudah saja, bersumpah dan bermubahalah bagi pihak saudara. Itu saja. Kemudian kita boleh kembali "berpeluk cium" dan menjalinkan kembali ukhuwah yang dituntut oleh syarak. Saya sudah menawarkan tawaran ini, terpulang kepada saudara ingin membuktikan saudara pendusta ataupun tidak.

al-Imam Muhammad ibn Abdul Wahab dalam salah 1 risalah tauhidnya pernah mencabar puak-puak yang tidak bersetuju dengan beliau untuk bermubahalah dengan beliau. Tetapi puak-puak tersebut takut dan ridak mahu bermubahalah. Sejarah Islam telah membuktikan, mubahalah telah menjadi menanda aras tahap kesungguhan seseorang itu. Ya, saya serius untuk bermubahalah. Saya tidak takut kerana saya tahu saudara memfitnah saya, saudara pendusta! Allah mengajar Nabi SAW untuk bermubahalah. Nabi juga pernah mencabar Kristian Najran untuk bermubahalah, Kristian Najran tidak berani. Nabi SAW, al-Imam Ibn Hajar, al-Imam al-Auza'i, al-Imam Sufyan at-Thauri dan al- Imam Muhammad ibn Abdul Wahab juga menggunakan mubahalah untuk membuktikan kebenaran di pihak mereka.

Jika kebenaran di pihak saudara Sayuti, bersumpah dan bermubahalahlah!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang ini genap 3 hari masa aku beri kepada dia. Aku dah tawarkan untuk menutup kes dan berdamai. Sayuti yang taknak. Kini, jelaslah siapa yang bersalah, kebenaran berada di pihak aku. Kenapa Sayuti takut? kerana Sayuti memang seorang pendusta! Aku memang tidak bersalah, sebab itu aku tak takut untuk bersumpah dan  bermubahalah. Selepas ini, aku akan ulas masalah-masalah yang muncul dek kerana fitnah-fitnah Sayuti. Aku akan bagi full "citation" selepas ini. Anggaplah blog aku ni sebagai Harakah versi Adelaide. 

Yang tidak takut,

Abu Fedora al-Turkistani