Tuesday, October 30, 2012

Kerajaan Korup Casablanca 1

Minggu lalu aku menulis kisah MASCA di Casablanca. Karya tersebut mendapat sambutan hangat. Menurut laporan CIA. Ramai yang mahu mengaku menjadi warganegara Casablanca di sini. Yang peliknya tiada seorang pun mahu mengaku menjadi watak orang baik, kesemuanya mahu menjadi watak-watak penjahat dalam kisah aku tersebut. Mungkin mereka ialah manusia jahat pada hakikatnya.

Aku sebenarnya bercadang untuk menulis tentang kerajaan Casablanca kelmarin. Tetapi disebabkan temujanji dengan deligasi dari Alaska berakhir begitu lewat, aku gagal menurut perancangan. Manakala semalam pula aku menghadiri persembahan pentoman Ultraman daripada badut-badut sarkas. Oleh itu, hari ini aku akan menceritakan tentang kerajaan Casablanca. Aku tahu, aku punya ramai peminat Casablanca di sini. Maka, kisah kerajaan Casablanca patut aku ketengahkan bagi memanaskan PRU ke-13 di Malaysia.

Kerajaan Casablanca yang aku mahu ceritakan adalah pada era regim 80an. Ya, zaman masih belum wujudnya Facebook dan Twitter. Sekumpulan Barbarian daripada berbilang suku kaum telah menaiki takhta kerajaan Casablanca tanpa mengikut perlembagaan Casablanca. Majoriti mereka mewarisi idealisma pemimpin korup terdahulu. Sebagaimana Hosni Mubarak menggantikan Anwar Sadat di Mesir, begitulah juga regim 80an. Mereka menjadi benteng dan pemadam korupsi kerajaan sebelum mereka.

Casablanca adalah sebuah negara Islam, majoriti penduduknya beragama Islam, majoriti menteri-menteri juga beragama Islam. Menteri-menteri kerajaan korup regim 80an juga beragama Islam. Islam bagaimana? Dapat dinilai daripada apa yang mereka lakukan untuk Islam melalui kuasa dan mandat yang mereka ada. Mungkin Islam Liberal, Islam itu dan Islam ini. Hakikatnya mereka tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada mereka sebagai penguasa. Oh ya, mereka regim korup. Masakan mereka mahu menunaikan amanah Allah.

Perdana Menteri (PM) berasal daripada suku orang berada. Orang kaya yang memandang rendah rakyat marhaen. Jika tidak punya kabel sebesar kabel elektrik bawah tanah. Maka kamu tidak akan dipandang olehnya. Orangnya sombong, ego dan bongkak. Hanya mencari agama ketika tenat menghadapi tekanan. Hanya menggunakan agama untuk mempertahankan keegoannya. Dia seorang ketua yang lemah, pengecut dan bacol. Jahil agama dan tiada komunikasi yang baik. Tiada suara di dalam kabinetnya. Hanya menjadi boneka kepada kabinet jelmaan PM terdahulu.

Timbalan Perdana Menteri (TPM) pula seorang yang aku hormati pada awalnya. Mempunyai pengetahuan agama yang baik. Minat untuk belajar agama. Mungkin kerana dia bersahabat dengan ramai orang jahat, dia akhirnya menjadi jahat. Seperti maksud hadis Nabi, orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi, akan berbau wangi, berkawan dengan tukang besi akan berbau besi. Itulah yang terjadi kepada TPM. Persis seperti DSAI ketika dalam UMNO. TPM lah yang menjadi benteng utama korupsi PM terdahulu. Bahkan di akhir-akhir pemerintahannya, dia bertindak biadap dan kurang ajar terhadap Ketua Dewan Ulamak Casablanca. Aku mengharapkan dia bertaubat dan menzahirkan taubatnya menurut kaedah Islam yang mulia. Jika tidak, jawablah di hadapan Allah kelak.

Menteri Penerangan (MP) adalah jawatan yang paling penting dalam mana-mana kerajaan. MP adalah menteri yang sepatutnya mempunyai kecerdasan mental yang baik, teknik komunikasi yang matang dan keberanian berdepan dengan soalan-soalan yang dituju kepada kerajaan. Tetapi disebabkan kerajaan adalah kerajaan korup. Maka kroni dilantik menjadi MP. Ciri-ciri yang patut ada pada seorang MP langsung tidak dimilikinya. Yang ada padanya hanyalah ciri-ciri seorang penonton WWE. Hanya tahu terpekik terlolong ketika sesi dialog terbuka dan debat di parleman. Aku tidak tahu apa yang dia lakukan sebagai MP. Sepatutnya dialah manusia yang harus ke depan, menjawab isu-isu yang berbangkit, menjadi pengerusi majlis-majlis rasmi kerajaan. Tetapi dia hanyalah seorang "keyboard warrior" yang suka menyalak-nyalak dalam channel mIRC #twitter dan #facebook di server irc.casablanca.org. Tahun 80an hanya ada mIRC saja. Dia juga orang yang bencikan Islam tertegak di bumi Casablanca. Bahkan soalan yang dikemukakan kepadanya, "apa yang kamu mahu lakukan untuk Islam" tidak dijawab hingga hari ini. Yang dia suka hanyalah membebel macam orang kena sawan di mIRC #twitter dan #facebook. Dek kerana status menterinya, dia ialah IRCOP di server tersebut. Aku katakan Shabery Cheek (SB) 1 juta kali lebih baik daripada MP Casablanca terbabit kerana sekurang-kurangnya SB berani berdialog dengan DSAI secara terbuka. MP Casablanca tersebut? Hanya tahu berkaroke, makan tido, dan mencaci maki orang. Apa kerja sabagai MP yang dia lakukan? Entahlah. Nak tengok dia berdialog? koh koh koh..

Di Casablanca mempunyai jawatan Menteri Makanan (MM). Aku tidak tahu apa signifikan MM ini. Tetapi menterinya aku kenali sebelum dia menjadi menteri. Dia seorang imigran daripada kepulauan Madagascar. Setibanya dia di Casablanca, dia mengampu mantan PM kuno Casablanca untuk menjadi terkenal dan membina pengaruh. Dia sanggup menjadi balaci mantan PM kuno. Dikutuk, dihina dan dimarahi ketika itu. Menjadi pecacai najis di mahligai PM kuno. Dia juga orang yang terlalu jahil agama. Sehingga tidak tahu membezakan yang halal dan yang haram. Membawa pulang wanita ke rumah pun dia tidak tahu halal atau haram menurut Islam. Tetapi sering menyibuk tentang perbahasan ilmiah mengenai agama hanya bermodal A+ ketika SPM (Sijil Pengajian Madagascar). Aku tidak tahu apa yang dia lakukan sebagai MM. Ketika memenangi pilihan raya, sibuk mahu meletak jawatan kerana tidak suka kepada PM. Tapi ketika hendak melepaskan kuasa, lagaknya lebih daripada PM. Yang aku pasti, dia malas bekerja kerana punya perniagaan di luar. Dia hanya akan hadir untuk menyibuk dan melondehkan individu yang dia tidak suka. Dia adalah tokoh politik londeh melondeh di Casablanca. Dia juga sering lewat membayar balik wang caruman peniaga-peniaga di tapak pasar malam Casablanca. Mungkin untuk mendapatkan riba bagi menampung kehilangan duit USD18b yang dirompak oleh sahabatnya, mantan PM Casablanca sebelum ini.

Bersambung..