Selepas aku menulis tentang Ahmad Sayuti bin Bashiron. Ramai yang menghubungi aku. Di Australia dan di Malaysia. Semuanya memuji dan menyokong aku. Ada yang meminta izin untuk menggunakan tulisan aku untuk membuat laporan kepada pihak-pihak tertentu. Haiya, orang politik dengan permainan politik. UMNO atau PAS, adik beradik saja permainan mereka. Tiada beza. Di sini aku tegaskan, aku bukan orang UMNO ataupun PAS (group Dr. Hassan Ali) tetapi aku taat kepada pemerintah semasa hanya pada perkara makruf seperti yang dijelaskan oleh Nabi SAW dalam banyak hadis-hadis yang sahih. Setakat ini, aku bersama UMNO hanya sekali, iaitu bersama iLMU. Itu saja..
Sahabatku di Malaysia, beliau juga pernah belajar di Adelaide tidak ketinggalan menghubungi aku. Menceritakan apa yang dia tahu mengenai Sayuti. Huhu. Beliau bersumberkan sahabatnya seorang penganalisis politik di Shah Alam. Aku hanya mengiyakan sebab aku tidak berminat politik Sayuti di Malaysia. Cuma beliau juga menyatakan Sayuti punya tabiat merakam. Yang menarik perhatian aku adalah, beliau memberikan aku 1 bukti. Bro, aku rasa kes mufti Perak tu memang sah Sayuti yang buat.. Nah! Sebuah blog pro-pembangkang..
Maaf, tunggang langgang susunan dia. Quick Update kan..
Setelah aku baca, aku dapati ia ditulis dengan begitu jelas dan teliti. Nama pena Sayuti juga sudah jelas kelihatan di situ. Ia suatu bukti. Seolah-olah setiap point tidak tertinggal. Itu tidak menjadi masalah. Sayuti juga terlibat merakam ceramah pada malam itu. Untuk pengetahuan semua, tahun 2009 juga mufti Perak memberi ceramah yang tidak kurang dan tidak lebih dengan ceramahnya pada tahun 2010. Pada tahun 2009, ceramah beliau dihadiri oleh pelajar Cina juga. Tetapi tidak pula menjadi masalah. Beberapa sahabat aku pergi menemui pelajar Cina terbabit dan menjelaskan kepada beliau. Pelajar Cina itu tiada motif rasanya. Mungkin kita boleh merujuk pakar psikologi Adelaide tentang hal ini.
Mufti Perak datang ke Adelaide untuk menziarahi anak,menantu dan cucu-cucunya. Tiada niat untuk memberi ceramah. Tetapi, biasalah.. Bila dah jadi mufti, mestilah orang minta beliau memberi ceramah. Ceramah kali ini (2010) dianjurkan oleh MYPSA, dihadiri oleh Melayu dan Muslim saja. Program tertutup. Sepatutnya hal ini tidak perlulah bawa keluar. Aku juga tidak berpuas hati dengan tuduhan terhadap kaum muda. Ramai orang tahu pertembungan antara kaum muda dan kaum tua. Tetapi tidak pula aku terniat untuk mengambil kesempatan dengan kelemahan ceramahnya. Oh ya, aku tiada motif.
Bila aku mengkritik, ada orang cuba mengajar aku hukum namimah (adu domba). Ingin aku bertanya, siapakah yang bergaduh disebabkan kritikan aku? Di manakah namimah ini terjadi. Yang aku perasan, ada sepasang suami isteri melontarkan status-status teraniaya di Facebook akibat namimah yang dilakukan. Yang jelas perbuatan membawa keluar hal di dalam Islamic Dakwah Center, Adelaide ke Malaysia telah mengundang namimah dan fitnah terhadap mufti Perak. Mufti Perak digelar anjing UMNO, Haramsani, Ulamak sesat dan lain-lain. Mengundang kebencian ramai orang terhadap Mufti Perak. Ini barulah namimah sheikh!!! Motif pun motif politik. Mana sama dengan tujuan aku mengkritik. huh~
Bila aku mengkritik dia, pantas dia kata dia tak redha dan keluarganya juga tidak redha. Bila hang buat camtu kat mufti Perak, hang tak fikir pulak keluarga dia redha ke tak? Ada orang suruh aku bagi chance kat Sayuti sebab dia lagi tua, bercakap soal hormat disebabkan umur (aku tidak menerima pandangan ini), beza mufti Perak dengan Sayuti lebih banyak lagi jika dibandingkan beza umur aku dengan Sayuti. Aku tidak kisah soal umur, orang yang aku selalu berdepan dalam hidup aku adalah lebih tua dari orang-orang tua di Adelaide, iaitu ibu dan bapa aku. Adakah bila depa tua, depa boleh buat sesukati hati. Orang yang lebih muda kena diam? Bagi aku kebenaran di atas segala-galanya. Alhamdulillah, ibu bapaku tunduk kepada kebenaran. Mana ada family gua mana buat tahlil, baca yasin malam Jumaat, yasin 3x nisfu Syaaban, dan majlis doa selamat. Kalau orang tua aku pun boleh berubah, inikan pula yang lebih muda dari orang tua aku. Oh, orang tua aku juga hanya punya SPM saja, tinggal juga di kawasan yang penuh dengan adat2 yang karut marut.
Sebelum ini, aku hanya mengatakan aku syak penglibatan Sayuti dengan kes mufti Perak. Setelah ditunjukkan bukti ini. Berapa % syak menghampiri kepastian? Kalian boleh meletakkan sendiri. Rasanya semua perkara syak yang aku tulis sudah bertukar kepada hampir pasti.
Kebenaran itu pasti terbukti. Sekarang buktikan pula aku yang tersilap.
Abu Olen Al-Turkistani