Monday, June 25, 2012

Warkah terbuka buat kekanda Dr. Kamarul Ariffin Khalid

Bismillah..

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan, politik dan orang politik..

Assalamualaikum kekanda Dr. Kamarul Ariffin Khalid yang dimuliakan kerana Allah,

Saya berharap Dr. Kamarul sedang berada dalam keadaan sihat dan dilimpahi rahmat Allah. Warkah terbuka ini saya tujukan kepada Dr. Kamarul dan mereka yang menyokong Dr. Kamarul sebagai respon perselisihan antara kita. Tiada niat buruk atau jahat. Warkah ini hanya untuk menegakkan yang hak dan memusnahkan yang batil.

Saya menulis warkah ini dalam keadaan serba salah. Mungkin saya patut tulis lebih awal dulu ketika saya mengkritik Ahmad Sayuti Bashiron tahun lalu kerana Dr. Kamarul jelas sudah mengambil "side" ketika masalah "itu" berlaku. Tetapi kerana saya masih mengharapkan Dr. Kamarul akan berubah dan bertaubat, saya tangguhkan dulu niat tersebut.

Tujuan saya menulis warkah terbuka ini adalah bagi menjawab beberapa persoalan tentang 2 isu yang berlaku diantara kita. Jawapan saya adalah dalam bentuk soalan sahaja. Mengapa ia ditulis terbuka? Kerana saya mengharapkan penyokong2 Dr. Kamarul juga menjawab soalan2 yang akan saya ajukan kepada Dr. Kamarul jika mereka berdiri di atas garisan kebenaran. Saya akan terus fokus kepada 2 isu tersebut tanpa perlu bermain taktik ahli politik yang suka memutar belitkan isu.

Sebelum saya mengutarakan soalan2 saya. Eloklah saya mengingatkan diri tentang kebaikan Dr. Kamarul kepada saya. Dr. Kamarul ialah orang pertama yang menziarahi saya ketika isteri pertama saya dimasukkan ke ICU. Dr. Kamarul juga orang yang mengecop surat PTPTpu saya walaupun akhirnya ia tidak digunakan. Dr. Kamarul juga orang yang menaja 7 hari penginapan saya di hotel ketika saya di Malaysia. Dr. Kamarul juga tempat saya mengadu ketika masalah "itu" berlaku walaupun Dr. Kamarul ketika itu sudah memihak kepada beliau.

Kita sepakat dalam mengkritik ISMA. Mungkin itu pertemuan kita. Tetapi dasar kita berbeza. Saya mengkritik dengan prinsip bukan sentimen. Sebab itu saya juga mengkritik IKRAM yang dibela Dr. Kamarul kerana beliau. Apa boleh buat, saya mengkritik tanpa mengira bulu, rakan atau mahupun saudara. Sehingga kini, jika Dr. Kamarul sedar. Saya hanya menggunakan kata ganti nama "saya" hanya kepada Dr. Kamarul dan beliau. Tanda penghormatan saya kepada kalian.

Dr. Kamarul yang saya hormati kerana Allah,

Baru2 ini saya telah meraikan kegembiraan saya di wall Facebook MYPSA dengan pujian kepada AJK baru dan kritikan kepada AJK lama. Pepatah Melayu mengatakan, siapa makan cili dia rasa pedas. Hairan mengapa Dr. Kamarul mahu merespon kritikan saya. Adakah Dr. Kamarul yang termakan cili itu?

Respon Dr. Kamarul seoalah2 menuduh saya membuat tuduhan. Maka saya terpaksa mempertahankan fakta yang saya ada dengan bertanya kembali. Malangnya Dr. Kamarul hanya mendiamkan diri. Adakah ini sikap orang yang matang? Hanya tahu membaling batu kemudian sembunyi tangan. Amat tidak wajar ia dilakukan oleh seorang yang punya gelaran prof. madya.

Saya tidak kisah jika Dr. Kamarul ingin mengatakan saya menuduh. Tetapi datangkanlah buktinya. Tidak perlu Dr. Kamarul menggeliatkan jari jemari mengkomen di wall orang lain. Amat naif perbuatan tersebut. Ingin saya mengajar kaedah yang diajar Nabi SAW, sebuah hadis yang dijadikan usul dalam menegakkan kebenaran. Ia diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dari Ibnu Abbas rha.


"Seadainya manusia itu diberi apa saja yang mereka tuntut, pasti mereka akan menuntut harta dan darah sesuatu kaum. Tetapi, pihak yang menuntut/menuduh mesti menunjukkan bukti dan pihak yang menafikannya mesti bersumpah."


Oleh itu, di sini saya menunaikan hak dengan bersumpah dan menuntutkan Dr. Kamarul membuktikan bahawa saya berdusta terhadap dakwaan saya.

Demi Allah, tuduhan Dr. Kamarul terhadap saya, iaitu saya menuduh adalah dusta lagi mungkar. Bahkan yang pasti saya telah dizalimi oleh manusia yang berada dalam AJK lalu yang secara jelas menyalahgunakan KUASA. Saya sudah bentangkan hujah saya di Facebook tetapi saya akan menulisnya juga di sini.

Dr. Kamarul yang saya kasihi kerana kebenaran,

Kita berselisih pada 2 isu saja. Isu yang pertama tentang kritikan saya terhadap tindakan beliau yang mewakili IKRAM telah melakukan fitnah terhadap dakwah Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab rah. (SMAW) dan anak2 muridnya di hadapan penggerak2 IKRAM tahun lalu sempena kehadiran Ustaz Fathul Bari tahun lalu. Isu kedua adalah kritikan saya terhadap AJK MYPSA lalu yang telah menyalahgunakan KUASA.

Tentang isu pertama. Saya tidak perlu ulas panjang lebar. Mungkin saya akan ulas bila saya punya kelapangan. Tetapi saya pernah mencabar fitnah ini dibentangkan secara terbuka. Saya berani untuk menjawabnya. Syarat saya mudah, ia mesti dibuat terbuka dan public, dirakam dan disebarkan. Itupun jika mereka yakin mereka benar dan mereka berani.

Di sini, saya hanya ingin bertanya kepada Dr. Kamarul dan penyokong2 Dr. Kamarul.

1. Adakah kalian menguasai manhaj talaqqi ASWJ?
2. Adakah kalian menguasai manhaj istidlal ASWJ?

3. Adakah kalian mengenali siapa SMAW?

4. Adakah kalian sudah membaca sendiri kitab2 tulisan SMAW?

5. Adakah kalian sudah membaca sendiri sumber rujukan beliau ketika memfitnah SMAW?

6. Adakah kalian tahu apakah manhaj penulis sumber tersebut?

7. Adakah kalian pernah tabaiyun dan tasabbut tentang hal ini?

8. Adakah kalian pernah memanggil saya untuk iqamatul hujah?

9. Adakah kalian tahu kesimpulan yang saya buat setelah bertemu beliau?
10. Adakah kalian pernah atau sedang bergiat aktif dengan gerakan2 hizbi Islami?
11. Adakah kalian memahami asas2 ilmu al-Jarh wa Ta'dil?

Nah, sila jawab. Jika hanya ada 1 soalan kalian menjawab tidak. Maka kalian tidak layak mencampuri urusan saya yang mengkritik perbuatan beliau. Kerana kalian jelas tidak berlaku adil, bahkan terlalu jahil dalam bidang ini dan tidak bertindak dengan adil dan ilmiah, tetapi hanya bertindak secara dangkal dan bebal. Disebabkan isu pertama ini, Dr. Kamarul menyerang saya secara membabi buta walaupun Dr. Kamarul sangat jahil dan tidak tahu apa2 tentang hal ini. Hanya kerana beliau rakan sejawatan, prinsip2 menegakkan kebenaran ditinggalkan. Begitu juga si ahlul bidaah Ahmad Sayuti Bashiron mengambil kesempatan ini untuk menyerang saya bagi mendapatkan tempat politiknya di mata Dr. Kamarul dan beliau. Si Sayuti ni tak payah ceritalah, memang itu darah daging dia.

Dr. Kamarul yang saya sanjungi kerana keadilan,

Tentang isu kedua pula, saya sudah menceritakan kronologi kejadian di awal warkah ini. Oleh itu saya teruskan kepada penghujahan saya dengan persoalan2 yang akan saya lontarkan untuk dijawab oleh Dr. Kamarul dan penyokong2 Dr. Kamarul.

1. Saya telah dibuang dari group Facebook MYPSA tahun lalu. Mantan presiden sudah menafikan beliau terlibat bahkan memohon maaf. Saya hanya ingin bertanya, kenapa saya dibuang tahun lalu?

2. Jika dengan alasan saya pernah buat onar di group itu tahun lalu, datangkan buktinya. Ingat bukti atas dakwaan! Jangan jadi macam si munafik Ahmad Sayuti Bashiron yang hanya tahu menuduh tanpa bukti. 

3. Siapa yang menyalahgunakan KUASA admin di group tersebut?
4. Mengapa iklan saya didelete tetapi iklan lain dibiarkan? 
5. Atas dasar apa iklan saya didelete?
6. Siapa yang delete?

Sekali lagi saya minta Dr. Kamarul menjawab soalan2 saya di atas. Soalan2 di atas adalah bukti kepada dakwaan saya. Kepada penyokong2 Dr. Kamarul yang menuduh aku bukan2, semoga Allah melaknat jari jemari kalian dan lidah kalian.

Dr. Kamarul yang saya khilafi kerana Allah,

Saya tidak takut dan malu untuk memohon maaf secara terbuka jika Dr. Kamarul berjaya membuktikan sayalah yang bersalah. Bahkan saya berani untuk berdepan dengan Dr. Kamarul dengan syarat ia dilakukan secara terbuka, dirakamkan dan disebarkan. Kalau Dr. Kamarul dipihak yang benar, apa perlu Dr. Kamarul takut. Bukankah Dr. Kamarul seorang yang berani. Dr. Kamarul pernah menghentam budak2 ISMA pada majlis iftar anjuran ISMA dahulu. Apa sangatlah berdepan dengan saya yang hanya berseorangan ini.

Mungkin saya boleh kongsikan kepada Dr. Kamarul tentang hak orang yang dizalimi. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada menyebut., Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguhnya diantara dia dan Allah tiada hijab."

Ada orang menuntut saya memberi kemaafan, kononnya ia lebih takwa, maka saya kongsikan kisah dari Sahih Muslim dan Bukhari ini. Adakah kalian rasa tindakan 2 sahabat besar ini tiada takwa?

Hayati kisah Said ibn Zaid ra. seorang sahabat besar Nabi SAW telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam.

Said bin Zaid berdoa dengan menyebut: 



Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. 

Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Saad bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi SAW yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah Umar mengambil tindakan menggantikan Saad bin Abi Waqqas dengan Ammar bin Yasir.

Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Saad, kecuali di Masjid Bani Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Saad tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”.

Saad menjawab: 

“Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. 

Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

Dr. Kamarul yang saya sayangi kerana Allah,

Jika Dr. Kamarul gagal membuktikan kesilapan dakwaan saya tetapi masih tegar mahu mengatakan saya membuat tuduhan. Allah S.W.T ada menunjukkan 1 kaedah lain iaitu mubahalah. Kepada Dr. Nita Sabari, Ir. Suhaimi Sulong, dan Sayuti, kalian juga dijemput untuk bermubahalah dengan saya jika kalian yakin kalian di pihak yang benar.

Firman Allah,

“Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka jadilah ia. Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi di kalangan mereka yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”. (Surah Ali ‘Imran 59-61)

Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w pernah mencabar puak Kristian daripada Najran agar melakukan mubahalah ini dengan baginda tentang Nabi Isa dan kebenaran ajaran Islam, namun mereka takut dan enggan melakukannya. 

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H): 

“Mubahalah itu adalah sunnah bagi sesiapa yang keras kepala di kalangan puak kebatilan. Bahawa menjadi sunnah dalam berdebat dengan ahli kebatilan, apabila telah ditegakkan hujah namun mereka enggan kembali kepada kebenaran sebaliknya terus berdegil, maka diseru mereka agar bermubahalah. Allah telah memerintahkan rasul-Nya berbuat demikian. Tanpa Allah menyatakan ini bukan untuk umatmu selepas ini. Sepupu baginda Abdullah bin Abbas juga pernah mengajak mereka yang membantah dalam beberapa perkara furu’ untuk bermubahalah dengannya. Tiada seorang sahabat Nabi SAW yang membantah tindakan itu. Juga al-Auza‘i pernah mengajak Sufyan al-Thauri bermubahalah dalam masalah ‘mengangkat tangan’ tanpa ada yang membantah tindakannya. Ini adalah hujah yang kuat” (Ibn Qayyim, Zad al-Ma‘ad 3/562-563)

Bahkan Imam Ibn Hajar al-Asqalani juga pernah bermubahalah dengan para pengikut Ibn Arabi as-Sufi.
"Pada zaman Ibn Hajar al-Asqalani, terdapat para pencinta Ibn Arabi ini. Apabila al-Hafiz Ibn Hajar mempertikaikan Ibn Arabi, mereka cuba mendapatkan campur tangan sultan ketika itu dan menuduh al-Hafiz Ibn Hajar menghina orang soleh. Sehingga akhirnya Ibn Hajar bermubahalah dengan sheikh mereka. Kata Ibn Hajar: Sebutlah “Ya Allah, jika Ibn Arabi di atas kesesatan, maka laknatilah aku”. Lalu dia menyahutnya."
Ibn Hajar pula menyebut: “Ya Allah, jika Ibn Arabi berada atas petunjuk, maka laknatilah aku”. Lalu mereka bersurai. Mubahalah itu dalam bulan Ramadan. Pada bulan Zulqaedah, pengikut Ibn Arabi itu menjadi buta lalu ditimpa kematian. (al-Qaul al-Munbi An Tarjamati Ibn Arabi )
Di zaman Harun al-Rasyid juga ada yang menerima hukuman Allah setelah bermubahalah. Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab (SMAW) (tokoh yang dituduh membawa ajaran Wahhabi) pernah mencabar mereka yang menyanggahinya bermubahalah, namun penentangnya enggan.
Saya percaya Dr. Kamarul orang yang beriman dan takut akan azab dan laknat Allah. Dr. Kamarul juga beriman dengan kalam2 Allah dan hukum hakam di dalamnya. Ayuh Dr. Kamarul dan penyokong2nya kita bermubahalah! Jika kalian berada di atas kebenaran yang kalian yakini. Selepas kita mubahalah, saya akan tutup kes ini. Sama2 kita nantikan laknat Allah diturunkan ke atas si pendusta, pembawa kebatilan, pengkhianat dan penyalahguna KUASA. Jangan banyak memberi alasan jika kalian yakin kalianlah yang benar. Saya bersedia untuk bermubahalah dengan kalian tanpa syak dan ragu2!
Dr. Kamarul yang saya kasihani,
Ingin saya kongsikan serangkap pujangga arab yang amat terkenal kepada Dr. Kamarul. Pujangga ini saya jadikan sebagai slogan saya bila saya berdepan dengan Dr. Kamarul dan penyokong2nya.

"Dia yang pukul aku, dia yang menangis.. Dia yang menzalimi aku, dia yang mengadu.."

Moga Allah memberi petunjuk kepada kita menuju kebenaran dan memberi kekuatan untuk kita menegakkan kebenaran.
Sekian, pendusta itu pengecut, pengecut itu pendusta..
Ikhlas dan berani daripada,
Abu Fedora al-Turkistani

p/s : sila hubungi saya jika kalian tidak bacol dan berada dalam bimbingan kebenaran..