Showing posts with label MYPSA. Show all posts
Showing posts with label MYPSA. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Semoga Allah selamatkan aku

Bismillah..

Semoga Allah selamatkan aku daripada bersubahat dan bersekongkol dalam menutupi pengkhianatan dan kezaliman ISMA. Maaf aku menyambung sedikit lewat kerana kekangan masa. Berdasarkan statistik, jumlah pembaca siri pertama dan kedua sama ramai. Bermakna, mereka ialah kelompok yang sama.

Figura sebenar setelah kos sebenar dewan diketahui


Selepas diketahui pengkhianatan ISMA yang tidak memberikan resit, menggunakan dewan untuk program rahsia mereka dan tidak mengisytihar tentang penggunaan tersebut. Semua dikalangan rakan kongsi tidak mengetahui tentang hal tersebut sehinggalah diberitahu oleh budak-budak ISMA yang ke program tersebut.


Maka menurut aku, selain daripada pihak ISMA mesti meminta maaf kerana pengkhianatan tersebut pihak ISMA hendaklah menanggung kos sewa dewan yang digunakan oleh mereka.

Kos majlis tersebut sepatutnya adalah:

1. sewa dewan $160 (separuh lagi mesti ditanggung oleh ISMA)
2. makan minum $1680
3. duit zakat $160

Kos terbaru sebenarnya adalah :

$160 + $1680 - $160 = $1680

$1680/4 = $420

KIA sudah membayar $400, maka KIA berhutang dengan MYPSA $20.
UCSA telah membayar $480, maka MYPSA berhutang dengan UCSA sebanyak $60.
ISMA dianggap telah membayar $160, maka ISMA berhutang dengan  MYPSA sebanyak $260.

Berdasarkan keterangan MYPSA ketika AGM, sudah jelas MYPSA mahu menanggung bahagian ISMA sebanyak $260 demi menutup dan mendiamkan pengkhianatan ISMA. Apa jua alasan, wang $260 milik ahli-ahli MYPSA amat tidak wajar disalahgunakan untuk menutup sebuah korupsi.

Ini adalah kali ke-2 ISMA melakukan pengkhianatan terhadap rakan kongsi. Ketika era Dr. Kamarul sebagai presiden MYPSA, berlaku juga kes pengkhianatan ISMA terhadap MYPSA dan MASCA.

Katakanlah..

Katakanlan jika kita menggunakan pandangan peribadi presiden MYPSA untuk mengambil $800 tersebut untuk digunakan bersama oleh MYPSA, KIA, UCSA dan ISMA kemudian bakinya dibahagi 4. MYPSA tetap menggunakan duit amanah daripada kerajaan dan yuran ahli-ahli untuk menampung $160 (separuh hari yang digunakan oleh ISMA). Itu hanya katakanlah..



Yang pasti, apa jua alasan yang cuba dicipta, sudah sahih ISMA telah berbohong dan mengkhianati rakan kongsinya, MYPSA cuba menutupinya. Adakah ini amanah?


"Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya" (HR Muslim)

Aku boleh faham orang berbohong untuk menutup aib diri atau masalah diri, tapi aku tidak faham orang berbohong untuk merembat hak orang lain. Begitu juga aku tidak faham orang berbohong untuk membenarkan hak orang lain dirembat.

Kita bukan berkira tentang duit, apa yang kita mahukan adalah sebuah kejujuran dan ketelusan dalam bekerjasama. Lagipun duit yang diuruskan bukan milik peribadi, tetapi milik awam. Bukankah itu akhlak Islami yang patut dan wajar dijadikan sebuah prinsip dalam bekerjasama? ISMA membelasah PAS kerana bertahaluf siayasi dengan DAP dan PKR, mengapa ISMA sendiri tidak bercakap serupa bikin?


Jawapan Cliche


Ketika aku bangkitkan isu tersebut di dalam AGM MYPSA, Umar Faruq cuba mencelah. Aku tak berminat nak  melayan dia kerana aku mempersoalkan tindakan komiti MYPSA yang mahu menanggung program ISMA. Si Umar Faruq patut menjawab kenapa dia menempah dewan tersebut di atas nama MASCA kenapa tidak dengan nama ISMA. Aku berani berkata, program-program ISMA yang melibatkan sewa dewan, Umar Faruq akan menempahnya di atas nama MASCA. Hisham Sharif yang mengaku tidak releven dan hanya tahu 2-3% juga menyampuk. Pelik, orang yang tidak releven dan hanya tahu 2-3% tiba-tiba mahu bersuara?


Pihak ISMA berhujah dengan mengatakan harga sewa dewan itu ada 2 rates.
1. Hourly rates - $80/hour
2. Daily rates - $320/day

Jadi atas timbangan bijak Umar Faruq, dia memilih untuk menyewa sehari kerana kalau $80 x 4 = $320. Ya, mana-mana orang bijak akan memilih daily rates. Aku juga akan memilih daily rates jika hal itu ditawarkan. Ia ibarat tawaran Air Asia 1 way ke Melbourne-KL $700, return juga $700. Tetapi adakah tiket KL-Melbourne milik ISMA?


Soalan kita, berapa ISMA belanja kos sewa dewan untuk program rahsia tersebut? Jawapannya "zero". Bermakna, ISMA dapat menganjur program rahsia mereka dengan menggunakan dewan yang penuh kemudahan secara percuma! Adilkah tindakan ini kepada rakan-rakan kongsi yang lain? Sudahlah program itu rahsia, hanya diajak dan dijemput para pentaksub ISMA saja. Walhal Ustaz Fauzi yang dihantar MSD sedang bersyarah di dewan universiti. Aku tak berminat nak panjangkan tentang adab dan akhlak kita terhadap orang alim dan ilmu. Fikirlah sendiri siapa lagi prioritas menurut logik akal. Jika dikumpulkan seluruh dalil, jelas ia milik si alim, bukan milik abang-abang usrah yang masih tanpa ragu-ragu menyebarkan pendustaan ke atas Nabi kita.

Disebabkan kaum-kaum usrah suka bermain dengan analogi, maka aku juga akan menggunakan 2 analogi.


1. Umar Faruq diamanahkan MYPSA untuk membeli sebuah kereta Kancil. Tiba di showroom Perodua, dia ditawarkan beli Kancil percuma Myvi. Umar Faruq menerima tawaran tersebut. Dia beri Kancil kepada MYPSA, dia ambil Myvi tersebut. Resit yang tertera pakej beli Kancil dapat Myvi tidak diberikan kepada MYPSA.

2. Hisham Sharif diamanahkan MYPSA untuk membeli ubat gigi Najwa. Tiba di Thuan Phat, ubat gigi Najwa dibalut sekali dengan cawan Corelle. Bermakna beli ubat gigi Najwa percuma cawan Corelle. Dia beli ubat gigi tersebut. Sebelum menghantar ke MYPSA ubat gigi tersebut, dia buka ikatan cawan dan mengambil cawan. Resit yang tertera beli ubat gigi Najwa percuma cawan Corelle tidak diberikan kepada MYPSA.


Adakah tindakan Umar Faruq dan Hisham Sharif dikira amanah menurut logik akal tanpa perlu aku longgokkan dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah?


Mereka menjawab

ISMA menjawab kita gunakan kemudahan dewan itu untuk program iftar itu juga. Kami masak dan rewang di situ. Aku katakan :

Jika KIA tahu dewan itu disewa 1 hari, program dengan Ustaz Fauzi pada sesi pagi juga boleh dibuat di dewan itu. Tidak perlu sahabat-sahabat yang hadir membayar parkir di bandar. Mereka juga boleh menggoreng karipap lagend di sana. Jimat elektrik dan gas.

Jika UCSA tahu dewan itu disewa 1 hari, mereka juga boleh merewang dan memasak di dewan tersebut dengan selesa bersama penggunaan heater yang percuma. 


Jika MYPSA tahu dewan itu disewa 1 hari, mereka juga boleh menggoreng kuih, merewang dan apa-apa saja di dewan tersebut tanpa perlu kelam kabut memikul dan mengangkat barang dari jauh. Mungkin boleh meminta juak-juak Dr. Kamarul untuk memasak di sana, mungkin dapat diskaun 10sen 1bungkus nasi kerana penggunaan elektrik dan gas percuma.


Sekarang ini siapa yang untung? Adakah ini adil?

Usaha yang telah dibuat

Setelah kesemua jenis cara dibuat untuk menyelesaikan kemelut ini. Termasuklah berjumpa presiden MYPSA banyak kali, mesyuarat post-mortem, email, panggilan telefon dan sms ke pihak ISMA dibuat. Mereka terus kekal bermain-main dengan kami. Aku sendiri menghubungi ayatolla ISMA iaitu Hisham Sharif. Sesudah ketiadaan Zaki dan Nizam, aku percaya Hisham Sharif ialah ayatollah ISMA di Adelaide. Malangnya dia mendiamkan diri juga. Aku mahu mendengar 2-3% dari lidah dia kerana ketika AGM dia seakan-akan mahu berkata sesuatu. Malangnya, dia seorang yang bacol. Hanya lebat menulis di FB dan blognya. Rupanya seorang yang daiyus untuk menegakkan hujah.

Aku membuat langkah progresif dengan menghubungi Nizam melalui FB. Ini jawapan dia :





Daripada jawapan dia, aku simpulkan :

1. Hisham Sharif telah diamanahkan untuk "clarify" masalah ini. Tetapi memilih untuk berbohong. Tak releven? 2-3%?

2. Nizam sama seperti Hisham juga, menjadikan presiden MYPSA sebagai benteng.

3. Umar Faruq? Aku pun tak tau sama ada dia ni betul ke tak. Dia pula minta bukti kat kita, padahal dia tak kasi resit sewa dewan. Rujuk respon dia di Kelab Peminat Rafizi Ramli



Oleh itu, aku menghubungi sahabat aku, orang ISMA yang aku kenali sebagai seorang yang sangat progresif. Aku minta beliau setkan meeting aku dengan Hisham. Malangnya kata beliau, Hisham taknak terlibat dan taknak ambil tahu pasal hal tersebut. Adakah Nizam menipu atau Hisham yang menipu? Oh ya, presiden MYPSA juga menyuruh aku berjumpa sendiri dengan pihak ISMA. Tetapi orang yang paling bertanggungjawab sudah membuat pengakuan dia tidak releven dan hanya 2-3% saja. Kepada siapa perkara ini hendak dibawa runding. Akhirnya aku dicadangkan oleh sahabat aku menghubungi ketua ISMA yang baru.

Pada mulanya beliau juga macam tidak mahu. Aku pun tahu beliau tidak wajar dipertanggungjawabkan. Akan tetapi disebabkan Hisham Sharif tidak mahu bertanggungjawab, ketua baru terpaksalah mencuci najis-najis yang ditinggalkan oleh kepimpinan lalu. Beliau juga cuba nak menjadikan MYPSA terutama presidennya sebagai benteng juga. Setelah aku menyatakan resolusi komplot aku. Maka beliau sudi untuk berunding. Ya, aku meletakkan resolusi berbau ugutan. Jika ISMA tidak mahu respon, kami (KIA dan UCSA) akan mengeluarkan kenyataan rasmi yang ISMA telah melakukan korupsi dengan pengkhianatan terhadap kelab-kelab lain dan membuat laporan rasmi seperti Dr. Kamarul pernah lakukan dulu.

Perbincangan kami bermula dengan senda gurau juga diakhiri dengan gelak tawa. Sungguh harmonis. Walaupun aku tetap bertegas dengan mereka kerana kami sudah terlalu penat untuk mengejar ISMA. Ketua ISMA yang baru juga sangat progresif. Beliau memahami dan mengakui kesilapan mereka. Aku dengan tegas menuntut 3 perkara :

1. ISMA mesti memohon maaf secara rasmi kerana telah mengkhianati kami.
2. ISMA mesti menjelaskan kenapa resit tidak diberi daripada awal lagi.
3. ISMA mesti mejelaskan kenapa ISMA masih klaim jumlah penuh 1hari walhal mereka mengguna separuh.

Surat itu mesti dihantar dalam masa 3 hari bermula malam itu. Malangnya surat itu lewat tiba. Maka sepatutnya kami boleh buat apa yang kami katakan.Tetapi kami menepati janji kami tidak membuat kenyataan rasmi dan laporan kepada pihak berkuasa.



Setelah surat ini diberikan kepada aku, aku menganggap ia permohonan maaf daripada Ketua ISMA yang baru saja. Kerana tiada "letter-head", maka ia tidak rasmi. Tak apalah. Tindakan ketua ISMA yang baru ini wajar dipuji. Beliau berani dan mengambil bertanggungjawab mencuci najis-najis yang lalu. Sebagaimana Kevin Rudd memohon maaf di atas tindakan kerajaan-kerajaan terdahulu yang menzalimi orang aborigin di Australia. Walaupun jumlah ganti rugi itu tidak aku setujui, tetapi permohonan maaf jelas membuktikan mereka mengakui kesilapan mereka. Kerja aku sudah selesai. Bukti aku dah bentangkan, hujah sudah aku tegakkan. Permohonan maaf sudah aku dapatkan.


Kepada ahli-ahli MYPSA, berbahagialah kalian. Wang kalian akan dipulangkan. Sila pastikan pihak ISMA melalui ketuanya yang baru membayar balik hak kalian. Aku teringat seorang sahabat dari MYPSA berkata kepada aku, buat sesuatu yang menguntungkan persatuan dan ahli-ahlinya. Nah, kalian sudah tidak rugi lagi. bahkan untung kerana tidak perlu berperang dengan ISMA macam Dr. Kamarul.
Siapa sebenarnya yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Hisham Sharif? Nizam Zakaria? Umar faruq? atau Presiden MYPSA? Atau ISMA saja?

bersambung..

Friday, June 14, 2013

Presiden MYPSA yang aku cintai, tetapi kebenaran lebih aku cintai

Bismillah..

Meeting 2

Meeting 2 adalah post-mortem. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Hanya wakil MYPSA, UCSA dan KIA sahaja yang hadir. Presiden MYPSA telah membentangkan total kos majlis iftar perdana tersebut. Jumlah yang dikemukakan adalah $2035. Kemudian presiden MYPSA kata MYPSA akan tanggung $35 tersebut. KIA kekal dengan pendirian total kos mesti dibahagi sama rata. Oleh itu kos yang disepakati adalah $2000. Kita boleh anggap :

1. sewa dewan $320 (dinyatakan oleh ISMA)
2. makan minum $1680 (dinyatakan oleh MYPSA)
3. duit zakat $160

Maka kos sebenar adalah $1680 + $320 - $160 = $1840. Dibahagikan 4 = $460. Setiap rakan kongsi akan berkongsi sebanyak $460.

Maka, keputusan post-mortem tersebut adalah :

1. Semua yang hadir faham situasi dan masalah sebenar.
2. Semua faham duit daripada MSD hanyalah untuk kelab-kelab yang berdaftar dengan MSD.
3. Semua bersetuju dengan jumlah yang patut dibayar dengan ANGGAPAN $320 adalah harga sewa dewan yang kita pakai sahaja.
4. Presiden UCSA menyarankan kita menuntut resit daripada ISMA. Semua bersetuju.
5. Panggilan telefon dibuat terus ke Hisham Sharif, jawapan "putar alam" yang kami dapat. Dia kata nanti dia akan tanya.
6. KIA kekal dengan perjanjian asal kerana tidak mahu menanggung bahagian pihak ISMA. KIA bayar $460.
7. ISMA hanya bayar $320 (masih dalam siasatan). Lebih $460 - $320 = $140. Jumlah $140 ini terpaksa ditanggung oleh MYPSA dan UCSA kerana ISMA telah melarikan diri.
8. MYPSA menanggung $460 + $120 = $580
9. UCSA menanggung $460 + $20 = $480

(kiraan ini dicatat oleh Bendahari KIA semasa meeting pos-mortem)

Selepas beberapa hari, sahabat kami, Azim telah menghubungi Hisham Sharif sekali lagi, Hisham menjawab, dia sudah SETEL dengan presiden MYPSA. Apa makna ini? Ada komplot? Bukankah majlis itu kerjasama bersama? Adakah ini sikap, adab dan akhlak berkerjasama? Mengapa jawapan "swing" ke presiden MYPSA? "Passing-passing" ni bukan amalan sepatutnya calon Muslim berwibawa dan cara umat beragenda. Ini cara nak meletakkan "pressure" kepada presiden MYPSA yang dilihat lemah dan mudah "dimakan".

Adakah presiden MYPSA telah membentangkan kira-kira ini kepada AJKnya? Wallahu'alam..

(Mereka yang hadir ke Meeting Post-Mortem. Credit : Gambar dirembat dari simpanan mantan presiden KIA)


Berjaya mendapatkan bukti

Sekembalinya aku dari Abu Dhabi, aku ada urusan di Payneham. Maka aku singgah ke pejabat Payneham Council. Aku memberikan tarikh program iftar perdana tersebut untuk medapatkan salinan tempahan. Maka ia sudah jelas, terang dan nyata.. Sahih lagi sarih pengkhianatan ISMA terhadap kami semua.

Jumlah $320.50 adalah bayaran untuk penggunaan dewan dari jam 9am hingga 9pm. Dibuat di atas nama Malaysian Student Council (MASCA) oleh Umar Shamsudin (Umar Faruq), mantan ketua ISMA. Ada 2 masalah di sini tetapi kita fokus kepada masalah 1 sahaja.

1. Khianat dan menipu dari pihak ISMA.
2. Menggunakan nama MASCA untuk membuat tempahan dewan.

Aku snap dokumen tersebut dan kirimkan kepada presiden MYPSA, presiden UCSA dan presiden KIA. Presiden UCSA menjawab untuk menuntut balik hak mereka, begitu juga presiden KIA. Presiden MYPSA hanya mendiamkan diri. Kami berpendapat, amatlah tidak wajar $320 menjadi kos dalam total kos majlis iftar perdana tersebut kerana ISMA menggunakan separuh daripada masa yang ditempah.

(Salinan booking yang berjaya aku dapatkan. Boleh baca sendiri siapa yang tempah, ada nama alamat dan no telefon lagi)

(jelas 9am-9pm)

(menempah menggunakan nama Malaysian Student Council?)


AGM MYPSA 2013

Aku telah meminta "breakdown" perbelanjaan iftar tersebut ketika pembentangan akaun MYPSA kerana jumlah yang dinyatakan berbeza dengan apa yang disebut ketika post-mortem meeting iaitu $2410.00 dan pulangan semula adalah $744.65. Aku tidak tahu macam mana $744.65 boleh terhasil. Bila aku bertanya tentang sewa dewan, maka dijawab tuan presiden $320.  Bermakna MYPSA masih lagi mahu menanggung program rahsia ISMA pada sesi pagi secara tidak langsung. Bagi aku duit yang diamanah oleh kerajaan dan yuran ahli mesti dibelanjakan kepada perkara yang menguntungkan ahli kelab, bukan membela "biawak hidup" yang suka mengambil kesempatan seperti ISMA.

Untuk pengetahuan, $1250 yang dihantar oleh MSD bukan milik MYPSA 100%, $550 daripada jumlah itu adalah milik KIA. Duit yang dijanjikan oleh ustaz MSD kepada KIA bagi menampung kos Ustaz Fauzi di sini. Selebihnya adalah milik kelab-kelab yang berdaftar dengan MSD yang menjayakan program tersebut.. Hal ini sudah dimaklumkan sendiri oleh pengarah MSD. Menurut presiden KIA bahawa pengarah MSD mengulangi lagi kefahaman yang mereka tidak menanggung kelab-kelab yang tidak berdaftar dengan MSD seperti UCSA dan ISMA (presiden MYPSA juga hadir). Inilah jawapan kepada presiden MYPSA yang masih berani berkata ia hanya pendapat KIA. Sudah difahami turun-temurun tentang hal ini dan dengan logik akal yang waras, mana mungkin MSD membiayai program-program atau "portion" perkongsian pihak ISMA.

MYPSA telah mengambil $100 duit zakat bagi mengganti masuk $550 ($450 dari MSD, $100 dari zakat) untuk menampung biaya Ustaz Fauzi. Maka baki $1250-$450 = $800. $800/2 = $400. KIA dapat $400 dan MYPSA dapat $400. Jelas KIA sudah MEMBAYAR $400!

Jelas di sini kenyataan presiden MYPSA, KIA hanya membayar $100 adalah sebuah DUSTA di hadapan ahli-ahli MYPSA. Presiden MYPSA sudah tahu tentang hal ini, tetapi masih memilih untuk berkata seperti itu. Semoga Allah selamatkan lidah beliau dari terus berdusta. Apa tujuan presiden MYPSA berdusta? Untuk membela ISMA yang telah jelas berbohong dan berdusta? Atau nak bagitau yang KIA bayar sikit tapi nak bising lebih? Allah sahaja tahu niat beliau.

Duit dari MSD bukan untuk ISMA dan UCSA.

Duit dari MSD bukan untuk ISMA dan UCSA kerana 2 kelab atau persatuan tersebut tidak berdaftar dengan MSD. Seperti yang telah aku sebutkan di atas. Aku sendiri juga telah bertanya kepada pengarah MSD dan pegawai di MSD sendiri. Orang lama MASCA juga menyatakan tentang perkara ini. Jelas ini bukan pendapat KIA.

Ketika meeting post mortem, semua telah bersetuju dengan duit $800 adalah milik MYPSA dan KIA. Pengiraan ketika itu adalah menurut perjanjian asal. Bahagi sama rata. UCSA boleh menerimanya, siapa pula ISMA untuk menuntut duit tersebut? Apa hak presiden MYPSA untuk membawa duit itu untuk disedekahkan kepada ISMA? Apa beza UCSA dan ISMA, kedua-duanya parti politik. Bezanya ISMA lebih kayalah, hilang keseluruhan wang pertaruhan judi PRU13 tetapi masih tersenyum riang. Manakala UCSA kelihatan jauh lebih berwibawa dan tidak korup. Presiden UCSA juga pernah menyatakan bersedia untuk melakukan "external audit" jika dicabar. Alhamdulillah, beliaulah calon muslim berwibawa yang telus, berani dan amanah.

Kenyataan presiden MYPSA semua pihak telah bersetuju adalah DUSTA.
1. kerana tiada meeting bersama, bagaimana boleh disimpul setuju?
2. kerana KIA jelas tidak bersetuju jika hak mereka sebagai kelab berdaftar diberikan kepada orang lain.
3. jika UCSA dan ISMA bersetuju pun adalah kerana sikap presiden MYPSA sendiri yang buat "deal" peribadi dengan mereka.
4. mestilah mereka akan bersetuju, kerana orang nak kasi duit free. Mestilah KIA bantah, sebab KIA tau sebahagian ia adalah hak KIA dan KIA telah bertanya langsung dengan pihak MSD tentang hal ini.

Apa pun, keputusan meeting post mortem telah ada. Maka, sepatutnya sudah jelas tentang kedudukan wang dari MSD dan sudah sepakati pembahagian sama rata tanpa melibatkan duit dari MSD. ISMA saja yang tidak mahu hadir. Kenapa presiden MYPSA masih membawa pandangan peribadinya yang lama dengan menyembunyikan keputusan terbaru? Wallahu'alam..

Mengira sumbangan

Inilah hujah paling dangkal pernah aku dengar tentang kolaborasi. Bagaimana kita hendak mengira sumbangan. 1 kepala berapa? 1 jam berapa? Hujah dangkal begini amat memalukan. Walhal, task distribution dikeluarkan oleh MYPSA sendiri. Mengapa tiba-tiba hendak bercakap tentang sumbangan? Jika begitu UCSA pun berhak bayar kurang, sebab AJK mereka juga ramai yang menolong. Jawapan pihak KIA pula, sebab ahli mereka sikit, maka yang makan pun sikit, yang buat sepah pun sikit. Cukuplah sekadar seorang sahaja yang tinggal untuk mengemas. Ahli-ahli UCSA, MYPSA dan ISMA ramai, maka amat wajarlah mereka yang kena berkemas lebih, mereka juga makan lebih. Majlis tersebut adalah kerjasama, bukan anjuran MYPSA disokong oleh kelab-kelab lain sebagai penganjur bersama. Kalau nak kira macam ni, memang tak habisla. Lagi pun, mana ada orang kira macam ni. Argumentasi terdesak kalau berhujah begini.

Dari diskusi di rumah aku lagi, sudah difahami KIA tiada "man power". Pembahagian kos tetap dibahagi sama rata. Presiden KIA ketika itu telah bersama-sama mengemas dewan selepas program tamat walaupun tiada dalam "task distribution". Berapakah harga sumbangan tersebut? Disebabkan KIA sedar kurang menyumbang keringat tenaga, KIA telah menempah "karipap lagend" dan disumbangkan kepada majlis tersebut yang akhirnya licin sebelum habis program. Ketika mengemas, presiden KIA dimaki oleh Umar Faruq.

Mengapa sumbangan tiba-tiba menjadi kiraan bila pembohongan, penipuan dan pengkhianatan ISMA dibongkarkan. Mengapa? Mengapa ketika post-mortem dengan UCSA dan KIA presiden MYPSA tidak berani berhujah sedemikian rupa? Wallahu'alam..

Program berjaya, duit tergadai.

Apa guna berjaya membina KLCC, Putrajaya, dan KLIA tetapi di dalam pembinaannya penuh dengan korupsi?

Apa guna berjaya membina Taj Mahal yang indah jika banyak nyawa tergadai?

Apa guna berjaya program iftar itu berjaya jika ada khianat dan zalim di belakangnya?

Kejayaan bukan hujah untuk menutup pengkhianatan.

Adakah kejayaan al-Hajjaj bin Yusuf mengembangkan Islam kita boleh menutup kezaliman dia terhadap para sahabat Nabi?

Adakah sumbangan besar Syiah menyebarkan Islam ke Nusantara kita kena diamkan kesesatan mereka?

Mengapa kejayaan Tun M menaikkan nama Malaysia ke seantero dunia tidak mampu menutup mulut-mulut penyokong PR yang masih menyebut tentang skandal MISC dan Perwaja?

Mengapa kejayaan DSAI menaikkan UMNO tidak mampu menutup salahlaku beliau di sini UMNO?

Ya, masing-masing berhujah kerana kebenaran, pengkhianatan tidak boleh dilepaskan. Mengapa "double-standard" bila ada di kalangan kawan-kawan kita telah jelas telah melakukan korupsi dengan penipuan, tetapi ada kawan-kawan kita yang sudi menutupi kes itu dengan duit persatuan dan sendiri? Oh, alangkah lucunya negeri ini!

Mengapa aku bangkitkan ketika AGM MYPSA?

Setelah bukti dokumen sewa dewan telah kami dapatkan. Presiden KIA telah menghantar SMS kepada Hisham Sharif. Tetapi sehingga hari ini tidak dijawab. Aku juga ada menghubungi beliau, tetapi tidak dijawab. Kami bercadang untuk menyelesaikan masalah ini di belakang tabir sebenarnya. Dalam masa yang sama, aku teringat atsar Bilal ra. yang membantah Umar ra. kerana tidak memberikan harta rampasan perang. Begitu juga aku inginkan kebaikan kepada pemimpin kecil aku ini. Sebuah hadis daripada Aisyah rha menyebut:

"Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi seseorang pemimpin, akan diadakan untuknya wazir yang bersifat benar. Sekiranya dia lupa akan diingatkannya dan sekiranya dia ingat akan dibantunya. Sekiranya diinginkan Allah sebaliknya, maka diadakan untuknya wazir yang jahat. Sekiranya dia lupa tidak diingatkannya dan sekiranya dia ingat, tidak dibantunya." (HR Abu Daud dan An-Nasaii, hadis ini hasan)

Disebabkan hanya ketika itu saja aku dapat berjumpa mereka, maka aku sebutkan di situ. Semoga di hadapan Allah kelak dikira aku sudah cuba untuk membantah kezaliman mereka. Aku pun malas nk "argue" panjang-panjang kerana akan mengganggu perjalanan AGM nanti. Aku pun faham ramai orang tak "give a shit" pun pasal salahguna duit yang depan mata. Mereka nak setelkan AGM cepat-cepat, makan dan balik. Ramai lebih suka bising korupsi yang di seberang laut. Yang melibatkan lembu-lembu, besi-besi, kapal selam dan stadium. Yang depan mata, yang kawan-kawan mereka buat, mereka condong untuk diamkan dan menutupinya ataupun taknak ambil tahu.

Setelah aku faham pendirian presiden MYPSA yang mahu membela dan menutup korupsi yang dilakukan ISMA. Aku terfikir, mungkin inilah yang berlaku kepada Pak Lah dan DS Najib apabila beberapa menteri-menteri mereka dikaitkan dan dibuktikan dengan korupsi. Mereka juga diam dan cuba menutupinya. Semuanya kerana kawan-kawan. Oh, inilah punca korupsi berlaku. Kawan-kawan aku sendiri cuba menutup korupsi yang dilakukan oleh kawan-kawan kita. Begitu juga kepada para pemimpin negara. Bagi aku pula, kalau menguruskan $10 kita tidak mampu amanah, inikan pula $10b nanti. 1sen yang dibelanjakan dengan tidak amanah tetap aku bantah, 1sen  korupsi yang ditutup tetap aku tegah. Aku tidak ingin dimasukkan ke dalam kelompok yang mendiamkan pengkhianatan dan kezaliman. Yang salah mesti diambil tindakan, yang salah mesti mengakui kesalahan dan mengembalikan hak mereka yang dizalimi.

"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)." (HR Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani)

Aku terpaksa buat pilihan terakhir dengan kadar kemampuan yang aku ada. Apa boleh buat, aku tidak mahu bersubahat dan mendiamkan kezaliman yang berlaku ke atas presiden MYPSA, UCSA, KIA dan ahli-ahli MYPSA. Sebab itulah aku terpaksa membuat pendedahan ini selepas beberapa percubaan untuk selesaikan dengan baik menemui jalan buntu. Kata Nabi dalam sebuah hadis yang mahsyur.


"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." (HR Muslim)


Presiden MYPSA amat aku cintai, tapi kebenaran lebih aku cintai. Tindakan beliau yang mahu menutup pengkhianatan ISMA aku bantah sekeras-kerasnya. Aku tak sanggup untuk mendiamkan kemungkaran yang sudah aku ketahui dan berbukti.

Presiden MYPSA bukanlah seorang yang jahat, bahkan beliau seorang yang sangat baik. Tetapi disebabkan "terlalu baik"lah ISMA mengambil kesempatan ke atas dirinya. Adakah wajar persoalan tentang ISMA dijawab oleh presiden MYPSA? Apa yang dituntut oleh aku, KIA dan UCSA adalah sebuah jawapan dan justifikasi daripada ISMA. Semoga Allah memuliakan presiden MYPSA kerana kebaikannya dan mengampunkannya kerana kelemahannya.

bersambung..

Tuesday, June 11, 2013

MYPSA "bailout" ISMA di Casablanca

Bismillah..

Baru-baru ini aku pergi ke AGM MYPSA, tujuan aku hanya 1. Untuk menyemak dan menyelamatkan duit MYPSA yang datang dari ahli-ahli dan amanah dari kerajaan tidak disalahgunakan, tidak dibelajanjakan pada tempat yang salah. Aku dan isteri pertama aku membayar yuran, juga aku tolong berkempen kepada kawan-kawan aku untuk bayar. Alhamdulillah, ada yang bayar. Aku faham semua program memerlukan duit. Tapi duit MYPSA bukan untuk menanggung parti politik Melayu Islam.

Intro

Iftar perdana 2012 adalah program yang baik dan program yang berjaya. Baik kerana tiada maksiat, berjaya kerana berjaya memulihkan imej MYPSA kepada pelajar muda yang sebelum ini tercalar dek kerana ketua-ketua sebelum ini terlalu berlagak.

(Poster rasmi yang dikeluarkan, lihat ada tak logo mana-mana kelab lagi besar dari yang lain)

Meeting 1

Presiden MYPSA bercadang untuk mengadakan iftar perdana, beliau berhajat untuk berkolaborasi dengan dengan MASCA, UCSA dan KIA. Meminta aku untuk memanggil ketua-ketua kelab bagi mengadakan berbincangan dengan MYPSA. MYPSA biasa mengadakan iftar perdana di kalangan ahli-ahlinya setiap tahum, UCSA juga. KIA hanya kelab kecil yang boleh tolong topup duit saja. MASCA menolak pelawaan kerana pendirian MASCA ketika itu adalah mereka merupakan council bukan kelab.

Bagi aku ia suatu cadangan yang baik. Boleh menjimatkan perbelanjaan. Daripada MYPSA keluarkan $2000, lebih baik hanya $700 jika kongsi bertiga. Banyak program lain boleh dijalankan jika kita berjimat. Diskusi itu berlaku di rumah aku. Rumah aku sebagai "neutral ground". Aku memberi khidmat sebaik mungkin. Air dihulur dan yang paling penting "karipap lagend" menjadi juadah. Habis licin!

Presiden MYPSA membawa setiausahanya dan bendaharinya (tetapi kelihatan bendaharinya sangat sibuk ketika itu, beliau keluar dan masuk dalam perbincangan). Presiden UCSA membawa biro agamanya. Presiden KIA datang seorang diri. Apabila Presiden MYPSA menyuarakan hasrat beliau, semua bersetuju. Tiba-tiba, setiausaha MYPSA "bertukar wajah". Daripada wajah setiasausaha MYPSA menjadi wajah ayatolla ISMA menyatakan minat untuk berkolaborasi.

Aku memang dah tau perangai puak-puak ISMA sebelum ni suka mengambil kesempatan. Kes memakai "letter head" MASCA tanpa izin dan memakai logo MYPSA tanpa izin masih bermain di benak kepala aku ketika itu. Tapi aku diamkan membiarkan mereka sendiri yang memilih. Biasalah, orang Melayu susah nak kata tidak. Antara sebab lain aku rasakan takkan ada apa-apa masalah adalah kerana ISMA juga biasa mengadakan majlis iftar perdana secara bersendirian.

Lagipun ISMA sangat kaya, dipayungi oleh doktor-doktor yang tidak pulang ke Malaysia dan juga wang infak bulanan daripada pengikut-pengikut fanatiknya. Duit mereka hangus kerana kalah berjudi pada PRU13 pun tidak menjadi apa-apa masalah. Yang paling penting, aku percaya mereka semua calon Muslim berwibawa yang berARUS BARU. Mereka umat beragenda yang menyeru kepada "Melayu Sepakat Islam berdaulat". Mana mungkin mereka akan buat khianat.

"Orang beriman itu berpegang kepada syarat-syaratnya." (HR Abu Daud)

Bagi aku tak perlu tulis isi perbincangan pun tiada apa masalah. Kita tidak pernah nyatakan ia meeting yang formal seperti AGM. Ramai yang mendengar, persaksian itu lebih penting. Setelah pihak MYPSA, KIA dan UCSA bersetuju dengan kemasukan ISMA, dibincang tentang anggaran bajet. Anggaran bajet adalah $2000. Telah dipersetujui setiap kelab akan mengeluarkan $500. Ya, $500 bermaksud 25% daripada $2000. Bermakna ia perkongsia sama-rata yang adil.

Promosi yang dilakukan juga sama rata. Logo setiap kelab sama besar dan tiada satu pun yang tertinggal. Oh ya, UCSA sampai dimarahi oleh Umar Faruq, mantan ketua ISMA SA kerana terlupa meletakkan nama ISMA di dalam poster UMNO. Itu memang sikap ISMA yang hanya mahu kredit dan logo mereka diangkat. Sebab itu mereka pernah bergaduh dengan IKRAM hanya kerana berebut plak di Palestin.

(poster daripada pihak UMNO yang tidak meletakkan ISMA di dalamnya kerana ISMA pada mulanya tidak dijemput, tambahan pula poster ini bukan dibuat oleh UCSA. Poster ini juga menjadi bukti ISMA yang menyelinap masuk ke program ini)


(Lihat : Umar Faruq terus memerli, 2 likes yang dia dapat adalah daripada pengikut-pengikut parti ISMA)


(lantas presiden UCSA dengan "gentleman" memohon maaf dan memperbetulkan kesilapan walaupun ia bukan datang daripada beliau)


(Betapa "osem"nya Kelab UMNO yang memberikan kepada ISMA hak mereka yang sepatutnya)



Bagaimana orang normal membahagikan kos?

Ketika berusia 8 tahun. Aku mahu membeli sebiji bola. Tapi disebabkan aku miskin. Aku mengajak 4 orang rakan-rakan sepermainan aku untuk berkongsi membeli sebiji bola getah dan kon. Harga bola getah tersebut RM10, manakala harga kon RM5. Bagaimana kami membahagikan kos? RM10 + RM5 = RM15. Disebabkan kami 5 orang, RM15/5 = RM3. Setiap orang daripada kami perlu membayar RM3.

Begitu juga dengan kes kolaborasi MYPSA, KIA, UCSA dan ISMA. Kita perlu mengira keseluruhan kos, kemudian dibahagi 4. Mudah saja. Kos iftar tersebut hanya melibatkan 2 kos saja.

1. kos sewa dewan
2. kos makan minum

Selepas kedua-dua kos ini dicampur, barulah boleh dibahagikan 4. MYPSA telah membawa kos makan minum. Walaupun aku tau ada isu antara MYPSA dengan kontraktor makanan mereka iaitu juak-juak Dr. Kamarul. Pada mulanya mereka kata harga lain, bila hari mengambil makanan yang ditempah, mereka minta harga lain yang lebih mahal. Tapi itu masalah komiti MYPSA lah untuk melayan juak-juak tersebut. Dan semua orang akan faham bila ditenderkan kepada dapur-dapur rumah, maka tiadalah resit rasmi.

Tetapi, ISMA yang mengambil tanggungjawab menempah dewan tidak mahu memberi resit. Mereka hanya menyebut $320 sahaja. Disebabkan ISMA gagal membawa resit. Maka pembahagian tidak berlaku secara muktamad. Pembahagian masih tidak muktamad sehingga hari ini, kerana ISMA telah menggunakan dewan tersebut pada sesi siang untuk program rahsia mereka. Ya, program rahsia. Mereka yang tiada tatoo ISMA tidak dijemput dan diajak. Ia telah menimbulkan syak bahawa jumlah $320 mungkin bukan untuk majlis iftar tersebut sahaja, tetapi dengan program rahsia ISMA pada sesi siang. Maknanya, ISMA telah "hijack" dewan tersebut untuk kegunaan mereka secara percuma. Sebab itu aku menganggap hal ini sebagai PENGKHIANATAN dan KEZALIMAN. Untuk pengetahuan, majlis itu berlangsung hanya dari jam 4.30pm hingga 9.00pm menurut tentatif program.

“Dan janganlah kamu jadikan perjanjian yang kamu sertai di antara kamu (sebagai bahan mainan). Akan tergelincir kaki setelah berdiri teguh. Dan akan kamu dilemparkan dengan kehinaan kerana kamu menjadi penghalang kepada jalan Allah (dengan perangai buruk kamu) dan di akhirat akan kamu menerima azab yang dahsyat.” (An-Nahl 94)

Punca sebenar masalah

Aku perpandangan punca sebenar masalah adalah ketidakjujuran ISMA terhadap rakan kongsi. Bila tiada resit, maka tercabutlah kepercayaan. Ditambah dengan program rahsia yang berjalan di dewan tersebut pada sesi siangnya. Kalau ISMA tak menipu, masalah takkan berlaku.

Kemudian, tiada post-mortem sejurus selesai majlis tersebut. Presiden MYPSA hanya mengambil jalan "meeting 1 per 1". Beliau jumpa ISMA secara berasingan, beliau jumpa UCSA secara berasingan dan berjumpa KIA secara berasingan. Maka, tiada ruang perbincangan yang sihat berlaku seperti yang berlaku di rumah aku. Keputusan yang dibuat adalah keputusan MYPSA, bukan keputusan bersama. Persetujuan yang Presiden MYPSA katakan adalah persetujuan mungkar!

(pertanyaan presiden KIA tidak dijawab)


Selepas AGM KIA, mantan presiden KIA telah memanggil kesemua rakan kongsi untuk melakukan post-mortem bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kesemuanya wakil hadir kecuali wakil ISMA. Surat jemputan dibalas oleh Hisham Sharif dengan kenyataan penglibatan beliau hanya sekadar 2-3% sahaja. Kami berpendapat Hisham Sharif ialah orang yang paling bertanggungjawab bagi pihak ISMA kerana :

1. beliau yang mencuri masuk meeting MYPSA-UCSA-KIA sebagai wakil ISMA secara tiba-tiba.
2. beliau ialah timbalan Ketua ISMA SA ketika itu dan kini. Dr. Nizam sudah balik, siapa lagi yang patut dipertanggungjawabkan?
3. beliau juga setiausaha MYPSA, mana mungkin individu yang menjadi "double agent" hanya tahu sekitar 2-3% sahaja.
4. membuatkan "deal" bagi pihak ISMA sudah 90% menurut kami.

(jawapan double-agent ISMA &  MYPSA. Hisham Sharif merupakan timbalan ketua ISMA ketika itu dan setiausaha MYPSA)

Tapi itulah jawapan Hisham Sharif. Sebab itu Hisham Sharif dan ISMA yang sampai hari ini tidak mahu faham kerana mereka mengambil sikap melarikan diri. Aku juga dapati komiti MYPSA juga tidak memahami dengan baik. Kefahaman mereka hanyalah daripada penjelasan tuan presiden saja, kalau tuan presiden menipu, komiti pun tertipulah. Selain itu, sifat terlalu baik dan taknak bising-bising presiden MYPSA telah membenarkan ISMA mengambil kesempatan. Bila ditanya beliau mana resit, jawapan beliau mudah saja, "ISMA taknak kasi."

Masalah lain aku perasan adalah presiden MYPSA berkawan baik dengan Dr. Nizam, ketua ISMA ketika itu. Di dalam komiti MYPSA juga mempunyai pengikut-pengikut ISMA. Ia telah mewujudkan "conflict of interest" yang menghasilkan sikap lunak terhadap ISMA walaupun sudah jelas lagi nyata pengkhianatan ISMA terhadap MYPSA dan rakan-rakan kongsi yang lain. Dalam hal berdepan dengan perangai ISMA, Dr. Kamarul jauh lebih baik walaupun sedikit "ghuluw". Presiden MYPSA juga takut untuk menuntut resit daripada ISMA. ISMA tak bagi resit, presiden MYPSA pun angguk saja. Walhal presiden MYPSA seorang akauntan, mengapa hal yang melibatkan integriti seperti ini didiamkan sahaja? Bagaimana audit yang mereka buat tanpa resit?

"Persoalan, mengapa ISMA takut hendak memberikan resit sewa dewan? Takut untuk datang post-mortem? Kalau tak salah, kenapa perlu sembunyikan resit?" 

bersambung..

Monday, April 15, 2013

Punca sebenar - Nota Facebook

Bismillah..

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan, politik, orang politik dan ahli bidaah..

Hari ini aku keluarkan kembali nota yang aku "hide" daripada facebook ke dalam blog ini. Biar semua orang menilai dengan adil. Si ahlul bidaah Ahmad Sayuti bin Basiron (mantan ketua pemuda PAS Shah Alam) mengambil kredit bila aku "hide" konon-konon dia berjaya menasihati aku. Dr. Kamarul Ariffin bin Khalid (Prof. madya UIAM) pula membuat fitnah kata aku berjanji dengan Dr. Azarisman Shah bin Mohd. Shah (Prof. madya UIAM) untuk "remove" note aku tersebut. Walhal, aku tidak pernah berjanji apa-apa pun dengan dia. Boleh tanya dia sendiri, aku ada 2 saksi dan seorang telah membuat rakaman audio. Boleh tanya dia sendiri di mana aku berjanji. Aku dengan dia ada "deal" tersendiri. Aku dah buat bagi pihak aku. Dia belum buat lagi bagi pihak dia.

Sebenarnya, selepas aku membuat pertemuan dengan Dr. Azarisman (Risman), aku mendapati dia tidak memahami manhaj salaf dengan baik walaupun dia mengaku dia salafi juga. Bagi aku, dia masih keliru dan celaru, mungkin hanya syok sendiri. Sebab itu dia menjadi "abuya" IKRAM di Adelaide walaupun dia tak mengaku. Tetapi kini, jika ditanya siapa "abuya" IKRAM kepada budak-budak IKRAM, jawabnya Dr. Azaeisman. Dalam pertemuan itu, aku menyimpulkan dia bersalah. Dia taknak mengaku, itu hak dia. Tetapi kami berdamai. Kami sudah "berpeluk cium". Dia berlunak dengan aku. Aku berlunak dengan dia. Dia jangan kacau aku, perjuangan aku, manhaj aku, tokoh-tokoh aku, guru-guru aku dan rakan-rakan seperjuangan aku, aku takkan usik dia. Itulah pendirian aku ketika itu. Sebab itu selepas perjumpaan tersebut aku diamkan saja. Aku tak tulis apa-apa tentang malam itu. Selepas itu pun, dia melayan aku dengan baik. Alhamdulillah..

Aku ingat hal itu sudah selesai selepas aku buat komen terakhir iaitu aku menarik balik kritikan tersebut. Aku tak "hide" sebab Risman tidak suruh walaupun aku sendiri bertanya kepada dia. Aku sengaja tinggalkan supaya bila orang membaca, diorang akan tau aku sudah menarik balik. Tetapi rupanya Dr. Kamarul (Kamarul) mengambil kesempatan menyerang aku. Dia mahu mengatakan aku bersalah. Celaka sungguh sikap dia. Dia tak tau apa-apa tetapi menyibuk saja. Sebab itu aku meminta dia untuk mejawab soalan-soalan aku dalam surat terbuka aku kepada dia. Si ahlul bidaah, Sayuti bila melihat Kamarul menyerang aku, dia yang suka mengampu dan mengambil kesempatan juga turut menyerang aku. Maka aku membalas balik serangan ahlul bidaah ini dengan kritikan terbuka kepada dia. Disusuli dengan kritikan kedua, bukti, dan bukti lagi.

Kamarul dan Sayuti ialah punca semua pergolakan selepas itu. Pada pandangan aku, jika Sayuti berjaya menghapuskan aku, mudahlah kerja dia menyebar fahaman-fahaman bidaah PAS menurut nafsu dia sendiri. Sebab awal-awal masa dia datang, ramai yang menganggap dia ustaz. Mencantas aku adalah menyelamatkan diri. Manakala Kamarul kerana ego dan kejahilan. Risman pula gagal mengawal atau membiarkan 2 orang pengampu dia ni terus menerus menyerang aku. Risman membiarkan Kamarul membuang aku daripada MYPSA. Membiarkan saja penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Kamarul bersama-sama Sayuti. Ketika itu, kepada siapa aku hendak membuat pengaduan tentang MYPSA sedang ia dikuasai oleh mereka. Aku bukan seperti Kamarul yang suka "cc" email hingga ke Dato' Salman. Aku juga bukan jenis pengampu muka tak malu macam Sayuti.

Oleh itu, pada hari ini aku akan keluarkan balik nota yang aku pernah tulis dulu. Tanda aku tidak bersalah, tanda aku tidak tunduk pada tekanan Sayuti dan Kamarul, tanda aku tak pernah berjanji dengan Risman. Tanda nota ini bukan mencela MYPSA tetapi mencela sikap puak-puak usrah yang ketakutan kerana kehadiran Ustaz Fathul Bari. Perlu aku jelaskan di sini. Aku "hide" ketika itu kerana ayat Risman yang agak "power". Dalam ayat dia menyebut, "... I'm a senior government servant.." Ia masih segar dalam ingatan aku. Aku faham dia hendak menjaga nama dia. Tapi sayang, dia membiarkan sahabat-sahabat dia (Sayuti & Kamarul) mempopularkan nama aku hingga ke Sydney dan Canberra.

Aku mengubah nama rekaan kepada nama betul mereka yang terlibat.

Beberapa dalil mengapa aku syak MEREKA punya agenda.. (ini hanya cerita bohong pada kalian)


by Abu Fedora Al Turkistani on Saturday, 13 August 2011 at 23:45 ·


1) Ahmad Ridhuan tiba2 menghubungi aku bertanya tentang program UFB kerana :   
    a) Dr. Azarisman, presiden MYPSA menghubungi Adam Usamah presiden MASCA mengenai kehadiran UFB yang dibawa khas oleh Al-Turkistiano (dia jual nama aku tu!).
    b) Aku pelik bagaimana Dr. Azarisman boleh mengetahui hal ini sedangkan surat jemputan ke MYPSA masih belum diajukan.
    c) Aku dengar dari anak2 murid dia, dia ngaku sebagai boneka dalam MYPSA, timbalan MYPSA yg control semua. Tiba2 dia  jadi penyibuk.

2) Aku ke rumah Dr. Kamarul. Dia bagitau aku Dr. Azarisman telah tertanya2nya pasal hal ini lebih seminggu yang lalu. Sah, Dr. Azarisman ada something nak buat. Kenapa dia sibuk2?

3) Miu, Pengarah program UFB memberitahu aku Afiq, presiden UMNO SA telah meeting dengan Dr. Azarisman dan Adam. Hasilnya ada 2 iftar dalam masa 4 hari. 1 iftar akan ada talk dari Dr. Hafidzi. Aku tertanya2 siapa mamat ni. Kertas kerja ke MSD dibuat oleh Dr. Azarisman. Aku berasa pelik.

4) Aku segera mengkaji siapa itu Dr. Hafidzi. Haha. Sah! Dr. Hafiz dan Dr. Azarisman dari guru yang sama iaitu Aqsa Syarif dari aliran usrah JIM (kini IKRAM). Inilah game sebenar. Afiq telah termasuk perangkap orang2 tua. Adam mungkin sanggup melakukan apa saja asalkan ia bertentangan dengan sunnah, mesti lebih berminat mendengar kata Sheikh Zoology dari Sheikh Hadis.

5) Seorang anak usrah Dr. Azarisman bertanya pada aku tentang salafiyah wahabiyah. Benarkah dakwaan Dr. Azarisman bahawa Sheikh Muhammad bin Abd Wahab seorang militan? Aku terus push, tanya apa lagi dia cakap? Bla3.. Cis, aku simpulkan yang buruk semuanya fitnah belaka terhadap Sheikh dan pengikutnya yg sudah berada dalam kubur. Tetapi mengapa program khas ini dibuat? Pelik bukan? Aku dulu usrah aliran JIM juga. Topik ini tiada dalam silibus. Rupanya brainwash untuk anak2 buah sebagai persediaan menghadapi hujah ilmiah dari UFB. Dasar usrah!

6) Semasa meraikan bakal arwah2 Adelaide. Orang kaya Adelaide, Azam (bukan nama sebenar) datang bertanya dengan aku. Adakah UFB tak suka aliran usrah ini. Aku jawab YES. UFB beraliran salaf, mana mungkin dia boleh terima sistem usrah yang penuh dengan perkara2 ganjil. Azam berkata, sebab tula ISMA (kelab pemberontak usrah JIM) taknak bekerjasama menjalankan program dgn UFB. Bla3.. Aku simpulkan ISMA goyang dengan UFB.

7) Selepas dengar cerita dari Azam, pulang saja ke rumah. Aku terus check event UFB. Sah! hanya Umair dan Fikri saja yg attend. Yang lain semua maybe dan tak respond. Haha. Ayatollah ISMA sudah mengeluarkan "perintah".

8) Anak usrah Dr. Azarisman lagi seorang datang mencerita kisah malam program khas itu. Kali ini ada tambahan sedikit. Beliau memberitahu, Dr. Azarisman bagitahu memang dia saja ajak UFB ke rumahnya untuk "control" UFB.

9) Aku add Dr. Azarisman dalam FB, tapi dia xapprove. Aku msg dia, pasal program UFB dengan posgrad. Dia reply dlm English, maklumla aku ni fluent Mandarin dengan Urdu je.

"It is a small gathering amongst MyPSA committee members and we hope sahibul samahah could provide us with a short tazkirah (family related) should the time allow it. We will then proceed to al-Khalil mosque for Tarawih. Ma'assalama.." 

Kalau setakat buang masa mcm ni, baik takyah panggil, berapa banyak manfaat kita boleh dapat dalam masa lepas iftar ke Isyak? Baik aku buat daurah hadis! Aku ingat dia jenis yang cinta ilmu dan nak ambil manfaat dari ilmuan. Tetapi tidak sama sekali. Adakah ini maksud "control" itu? Hanya assumption aku yang diluahkan.

10)  Aku berjumpa dengan Azam,beliau rapat dengan Dr. Zaki, Ayatollah ISMA dan Dr. Azarisman, Ayatollah IKRAM. Dia bagitau aku kedua2nya takut pengikut2 diorang ada rasa "doubt" bila mendengar hujah2 UFB. haha. Memang dasar aliran usrah yang pengecut dan bacul. Aku makin nak muntah dengan sikap ini. Mereka menuduh aku yang membawa UFB untuk menghapuskan aliran usrah di Adelaide. Hahaha. Bulan2 puasa korang tuduh aku camni ek. Thanks la wahai ayatollah2 sekalian!Daripada aku hapuskan usrah baik aku hapuskan Ahbash! Bukan orang lain ke pernah cuba nak hapuskan aliran usrah sebelum ini? haha.

- Semua ini menjadi fakta sekiranya anak2 usrah Dr. Azarisman thiqah dan tidak berbohong.

- Semua ini menjadi kebenaran sekiranya Azam juga thiqah dan tidak berbohong.

- Kebenaran : aliran usrah memang takut dengan aliran salaf. Fakta! Sebab usrah tidak punya hujah untuk berlawan dengan salaf. Salaf punya teori yang kuat dan benar. Usrah lebih pada syok sniri sebab tu cuak lebih!* Apa itu salaf? Salaf adalah kefahaman 3 generasi selepas Nabi s.a.w yg mendapat stamp "cemerlang".  “Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi sesudahnya kemudian generasi sesudahnya lagi.” (HR. Bukhari)

11) Kenapa semua orang2 dakwah "goyang"? Semua cuak? Macam2 persepsi dibuat. Macam2 spekulasi ditabur. Takut pembohongan terbongkar? Takut kebenaran dizahirkan? haha. Aku juga ada tidak setuju dengan UFB. Tetapi tidak pula aku goyang. Siap menjadi orang tengah untuk menjemput UFB. Aku tau, UFB akan mengkritik aku nanti. Ada aku kisah? Ada aku cuak? Ada aku goyang? Mungkin sebab aku takda kelab yang punya logo dan lagu rasmi.

Inilah nota yang aku tulis di Facebook aku ketika itu untuk mengkritik dan menyindir perbuatan Dr. Azarisman, IKRAM dan ISMA. Aku sudah menyemak fakta dengan berjumpa sendiri dengan Dr. Zaki, Safwan IKRAM dan menyemak uji fakta daripada Dr. Azarisman kembali untuk memastikan tahap konsistensi dia. Pertemuan yang dibuat oleh MYPSA juga telah menunjukkan arah sebenar punca Dr. Azarisman dan IKRAM membuat program mencela dan memfitnah al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab yang menyebabkan aku mengkritik Dr. Azarisman dan IKRAM secara sindiran. Seterusnya, Dr. Kamarul yang jahil sibuk untuk masuk campur. Puncanya adalah :

Fitnah Ahmad Sayuti bin Basiron 

Aku yang tidak pandai mengampu dan menjilat manusia berpangkat Prof. Madya,
Abu Fedora al-Turkistani

Monday, June 25, 2012

Warkah terbuka buat kekanda Dr. Kamarul Ariffin Khalid

Bismillah..

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan, politik dan orang politik..

Assalamualaikum kekanda Dr. Kamarul Ariffin Khalid yang dimuliakan kerana Allah,

Saya berharap Dr. Kamarul sedang berada dalam keadaan sihat dan dilimpahi rahmat Allah. Warkah terbuka ini saya tujukan kepada Dr. Kamarul dan mereka yang menyokong Dr. Kamarul sebagai respon perselisihan antara kita. Tiada niat buruk atau jahat. Warkah ini hanya untuk menegakkan yang hak dan memusnahkan yang batil.

Saya menulis warkah ini dalam keadaan serba salah. Mungkin saya patut tulis lebih awal dulu ketika saya mengkritik Ahmad Sayuti Bashiron tahun lalu kerana Dr. Kamarul jelas sudah mengambil "side" ketika masalah "itu" berlaku. Tetapi kerana saya masih mengharapkan Dr. Kamarul akan berubah dan bertaubat, saya tangguhkan dulu niat tersebut.

Tujuan saya menulis warkah terbuka ini adalah bagi menjawab beberapa persoalan tentang 2 isu yang berlaku diantara kita. Jawapan saya adalah dalam bentuk soalan sahaja. Mengapa ia ditulis terbuka? Kerana saya mengharapkan penyokong2 Dr. Kamarul juga menjawab soalan2 yang akan saya ajukan kepada Dr. Kamarul jika mereka berdiri di atas garisan kebenaran. Saya akan terus fokus kepada 2 isu tersebut tanpa perlu bermain taktik ahli politik yang suka memutar belitkan isu.

Sebelum saya mengutarakan soalan2 saya. Eloklah saya mengingatkan diri tentang kebaikan Dr. Kamarul kepada saya. Dr. Kamarul ialah orang pertama yang menziarahi saya ketika isteri pertama saya dimasukkan ke ICU. Dr. Kamarul juga orang yang mengecop surat PTPTpu saya walaupun akhirnya ia tidak digunakan. Dr. Kamarul juga orang yang menaja 7 hari penginapan saya di hotel ketika saya di Malaysia. Dr. Kamarul juga tempat saya mengadu ketika masalah "itu" berlaku walaupun Dr. Kamarul ketika itu sudah memihak kepada beliau.

Kita sepakat dalam mengkritik ISMA. Mungkin itu pertemuan kita. Tetapi dasar kita berbeza. Saya mengkritik dengan prinsip bukan sentimen. Sebab itu saya juga mengkritik IKRAM yang dibela Dr. Kamarul kerana beliau. Apa boleh buat, saya mengkritik tanpa mengira bulu, rakan atau mahupun saudara. Sehingga kini, jika Dr. Kamarul sedar. Saya hanya menggunakan kata ganti nama "saya" hanya kepada Dr. Kamarul dan beliau. Tanda penghormatan saya kepada kalian.

Dr. Kamarul yang saya hormati kerana Allah,

Baru2 ini saya telah meraikan kegembiraan saya di wall Facebook MYPSA dengan pujian kepada AJK baru dan kritikan kepada AJK lama. Pepatah Melayu mengatakan, siapa makan cili dia rasa pedas. Hairan mengapa Dr. Kamarul mahu merespon kritikan saya. Adakah Dr. Kamarul yang termakan cili itu?

Respon Dr. Kamarul seoalah2 menuduh saya membuat tuduhan. Maka saya terpaksa mempertahankan fakta yang saya ada dengan bertanya kembali. Malangnya Dr. Kamarul hanya mendiamkan diri. Adakah ini sikap orang yang matang? Hanya tahu membaling batu kemudian sembunyi tangan. Amat tidak wajar ia dilakukan oleh seorang yang punya gelaran prof. madya.

Saya tidak kisah jika Dr. Kamarul ingin mengatakan saya menuduh. Tetapi datangkanlah buktinya. Tidak perlu Dr. Kamarul menggeliatkan jari jemari mengkomen di wall orang lain. Amat naif perbuatan tersebut. Ingin saya mengajar kaedah yang diajar Nabi SAW, sebuah hadis yang dijadikan usul dalam menegakkan kebenaran. Ia diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dari Ibnu Abbas rha.


"Seadainya manusia itu diberi apa saja yang mereka tuntut, pasti mereka akan menuntut harta dan darah sesuatu kaum. Tetapi, pihak yang menuntut/menuduh mesti menunjukkan bukti dan pihak yang menafikannya mesti bersumpah."


Oleh itu, di sini saya menunaikan hak dengan bersumpah dan menuntutkan Dr. Kamarul membuktikan bahawa saya berdusta terhadap dakwaan saya.

Demi Allah, tuduhan Dr. Kamarul terhadap saya, iaitu saya menuduh adalah dusta lagi mungkar. Bahkan yang pasti saya telah dizalimi oleh manusia yang berada dalam AJK lalu yang secara jelas menyalahgunakan KUASA. Saya sudah bentangkan hujah saya di Facebook tetapi saya akan menulisnya juga di sini.

Dr. Kamarul yang saya kasihi kerana kebenaran,

Kita berselisih pada 2 isu saja. Isu yang pertama tentang kritikan saya terhadap tindakan beliau yang mewakili IKRAM telah melakukan fitnah terhadap dakwah Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab rah. (SMAW) dan anak2 muridnya di hadapan penggerak2 IKRAM tahun lalu sempena kehadiran Ustaz Fathul Bari tahun lalu. Isu kedua adalah kritikan saya terhadap AJK MYPSA lalu yang telah menyalahgunakan KUASA.

Tentang isu pertama. Saya tidak perlu ulas panjang lebar. Mungkin saya akan ulas bila saya punya kelapangan. Tetapi saya pernah mencabar fitnah ini dibentangkan secara terbuka. Saya berani untuk menjawabnya. Syarat saya mudah, ia mesti dibuat terbuka dan public, dirakam dan disebarkan. Itupun jika mereka yakin mereka benar dan mereka berani.

Di sini, saya hanya ingin bertanya kepada Dr. Kamarul dan penyokong2 Dr. Kamarul.

1. Adakah kalian menguasai manhaj talaqqi ASWJ?
2. Adakah kalian menguasai manhaj istidlal ASWJ?

3. Adakah kalian mengenali siapa SMAW?

4. Adakah kalian sudah membaca sendiri kitab2 tulisan SMAW?

5. Adakah kalian sudah membaca sendiri sumber rujukan beliau ketika memfitnah SMAW?

6. Adakah kalian tahu apakah manhaj penulis sumber tersebut?

7. Adakah kalian pernah tabaiyun dan tasabbut tentang hal ini?

8. Adakah kalian pernah memanggil saya untuk iqamatul hujah?

9. Adakah kalian tahu kesimpulan yang saya buat setelah bertemu beliau?
10. Adakah kalian pernah atau sedang bergiat aktif dengan gerakan2 hizbi Islami?
11. Adakah kalian memahami asas2 ilmu al-Jarh wa Ta'dil?

Nah, sila jawab. Jika hanya ada 1 soalan kalian menjawab tidak. Maka kalian tidak layak mencampuri urusan saya yang mengkritik perbuatan beliau. Kerana kalian jelas tidak berlaku adil, bahkan terlalu jahil dalam bidang ini dan tidak bertindak dengan adil dan ilmiah, tetapi hanya bertindak secara dangkal dan bebal. Disebabkan isu pertama ini, Dr. Kamarul menyerang saya secara membabi buta walaupun Dr. Kamarul sangat jahil dan tidak tahu apa2 tentang hal ini. Hanya kerana beliau rakan sejawatan, prinsip2 menegakkan kebenaran ditinggalkan. Begitu juga si ahlul bidaah Ahmad Sayuti Bashiron mengambil kesempatan ini untuk menyerang saya bagi mendapatkan tempat politiknya di mata Dr. Kamarul dan beliau. Si Sayuti ni tak payah ceritalah, memang itu darah daging dia.

Dr. Kamarul yang saya sanjungi kerana keadilan,

Tentang isu kedua pula, saya sudah menceritakan kronologi kejadian di awal warkah ini. Oleh itu saya teruskan kepada penghujahan saya dengan persoalan2 yang akan saya lontarkan untuk dijawab oleh Dr. Kamarul dan penyokong2 Dr. Kamarul.

1. Saya telah dibuang dari group Facebook MYPSA tahun lalu. Mantan presiden sudah menafikan beliau terlibat bahkan memohon maaf. Saya hanya ingin bertanya, kenapa saya dibuang tahun lalu?

2. Jika dengan alasan saya pernah buat onar di group itu tahun lalu, datangkan buktinya. Ingat bukti atas dakwaan! Jangan jadi macam si munafik Ahmad Sayuti Bashiron yang hanya tahu menuduh tanpa bukti. 

3. Siapa yang menyalahgunakan KUASA admin di group tersebut?
4. Mengapa iklan saya didelete tetapi iklan lain dibiarkan? 
5. Atas dasar apa iklan saya didelete?
6. Siapa yang delete?

Sekali lagi saya minta Dr. Kamarul menjawab soalan2 saya di atas. Soalan2 di atas adalah bukti kepada dakwaan saya. Kepada penyokong2 Dr. Kamarul yang menuduh aku bukan2, semoga Allah melaknat jari jemari kalian dan lidah kalian.

Dr. Kamarul yang saya khilafi kerana Allah,

Saya tidak takut dan malu untuk memohon maaf secara terbuka jika Dr. Kamarul berjaya membuktikan sayalah yang bersalah. Bahkan saya berani untuk berdepan dengan Dr. Kamarul dengan syarat ia dilakukan secara terbuka, dirakamkan dan disebarkan. Kalau Dr. Kamarul dipihak yang benar, apa perlu Dr. Kamarul takut. Bukankah Dr. Kamarul seorang yang berani. Dr. Kamarul pernah menghentam budak2 ISMA pada majlis iftar anjuran ISMA dahulu. Apa sangatlah berdepan dengan saya yang hanya berseorangan ini.

Mungkin saya boleh kongsikan kepada Dr. Kamarul tentang hak orang yang dizalimi. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada menyebut., Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguhnya diantara dia dan Allah tiada hijab."

Ada orang menuntut saya memberi kemaafan, kononnya ia lebih takwa, maka saya kongsikan kisah dari Sahih Muslim dan Bukhari ini. Adakah kalian rasa tindakan 2 sahabat besar ini tiada takwa?

Hayati kisah Said ibn Zaid ra. seorang sahabat besar Nabi SAW telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam.

Said bin Zaid berdoa dengan menyebut: 



Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. 

Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Saad bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi SAW yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah Umar mengambil tindakan menggantikan Saad bin Abi Waqqas dengan Ammar bin Yasir.

Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Saad, kecuali di Masjid Bani Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Saad tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”.

Saad menjawab: 

“Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. 

Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

Dr. Kamarul yang saya sayangi kerana Allah,

Jika Dr. Kamarul gagal membuktikan kesilapan dakwaan saya tetapi masih tegar mahu mengatakan saya membuat tuduhan. Allah S.W.T ada menunjukkan 1 kaedah lain iaitu mubahalah. Kepada Dr. Nita Sabari, Ir. Suhaimi Sulong, dan Sayuti, kalian juga dijemput untuk bermubahalah dengan saya jika kalian yakin kalian di pihak yang benar.

Firman Allah,

“Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka jadilah ia. Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi di kalangan mereka yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”. (Surah Ali ‘Imran 59-61)

Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w pernah mencabar puak Kristian daripada Najran agar melakukan mubahalah ini dengan baginda tentang Nabi Isa dan kebenaran ajaran Islam, namun mereka takut dan enggan melakukannya. 

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H): 

“Mubahalah itu adalah sunnah bagi sesiapa yang keras kepala di kalangan puak kebatilan. Bahawa menjadi sunnah dalam berdebat dengan ahli kebatilan, apabila telah ditegakkan hujah namun mereka enggan kembali kepada kebenaran sebaliknya terus berdegil, maka diseru mereka agar bermubahalah. Allah telah memerintahkan rasul-Nya berbuat demikian. Tanpa Allah menyatakan ini bukan untuk umatmu selepas ini. Sepupu baginda Abdullah bin Abbas juga pernah mengajak mereka yang membantah dalam beberapa perkara furu’ untuk bermubahalah dengannya. Tiada seorang sahabat Nabi SAW yang membantah tindakan itu. Juga al-Auza‘i pernah mengajak Sufyan al-Thauri bermubahalah dalam masalah ‘mengangkat tangan’ tanpa ada yang membantah tindakannya. Ini adalah hujah yang kuat” (Ibn Qayyim, Zad al-Ma‘ad 3/562-563)

Bahkan Imam Ibn Hajar al-Asqalani juga pernah bermubahalah dengan para pengikut Ibn Arabi as-Sufi.
"Pada zaman Ibn Hajar al-Asqalani, terdapat para pencinta Ibn Arabi ini. Apabila al-Hafiz Ibn Hajar mempertikaikan Ibn Arabi, mereka cuba mendapatkan campur tangan sultan ketika itu dan menuduh al-Hafiz Ibn Hajar menghina orang soleh. Sehingga akhirnya Ibn Hajar bermubahalah dengan sheikh mereka. Kata Ibn Hajar: Sebutlah “Ya Allah, jika Ibn Arabi di atas kesesatan, maka laknatilah aku”. Lalu dia menyahutnya."
Ibn Hajar pula menyebut: “Ya Allah, jika Ibn Arabi berada atas petunjuk, maka laknatilah aku”. Lalu mereka bersurai. Mubahalah itu dalam bulan Ramadan. Pada bulan Zulqaedah, pengikut Ibn Arabi itu menjadi buta lalu ditimpa kematian. (al-Qaul al-Munbi An Tarjamati Ibn Arabi )
Di zaman Harun al-Rasyid juga ada yang menerima hukuman Allah setelah bermubahalah. Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab (SMAW) (tokoh yang dituduh membawa ajaran Wahhabi) pernah mencabar mereka yang menyanggahinya bermubahalah, namun penentangnya enggan.
Saya percaya Dr. Kamarul orang yang beriman dan takut akan azab dan laknat Allah. Dr. Kamarul juga beriman dengan kalam2 Allah dan hukum hakam di dalamnya. Ayuh Dr. Kamarul dan penyokong2nya kita bermubahalah! Jika kalian berada di atas kebenaran yang kalian yakini. Selepas kita mubahalah, saya akan tutup kes ini. Sama2 kita nantikan laknat Allah diturunkan ke atas si pendusta, pembawa kebatilan, pengkhianat dan penyalahguna KUASA. Jangan banyak memberi alasan jika kalian yakin kalianlah yang benar. Saya bersedia untuk bermubahalah dengan kalian tanpa syak dan ragu2!
Dr. Kamarul yang saya kasihani,
Ingin saya kongsikan serangkap pujangga arab yang amat terkenal kepada Dr. Kamarul. Pujangga ini saya jadikan sebagai slogan saya bila saya berdepan dengan Dr. Kamarul dan penyokong2nya.

"Dia yang pukul aku, dia yang menangis.. Dia yang menzalimi aku, dia yang mengadu.."

Moga Allah memberi petunjuk kepada kita menuju kebenaran dan memberi kekuatan untuk kita menegakkan kebenaran.
Sekian, pendusta itu pengecut, pengecut itu pendusta..
Ikhlas dan berani daripada,
Abu Fedora al-Turkistani

p/s : sila hubungi saya jika kalian tidak bacol dan berada dalam bimbingan kebenaran..