Friday, February 17, 2012

Bila tiada hujah..

Dulu akulah tekong yasin dan tahlil..

Bila hal ini dikritik, aku melenting..

Aku cuba untuk berdebat..

Namun ternyata hujahku dangkal..

Bila tiada hujah, aku label dia tiada adab..



Dulu akulah Imam solat hajat berjemaah..

Datang kawanku kata ini tidak sunnah..

Aku memberikan hujah kitab kuning..

Dia berikan hadis nabi dan kalam sahabat..

Bila tiada hujah, aku label dia tiada akhlak..



Dulu akulah tekong takbir rumah ke rumah..

Bangkit seorang ustaz muda kata hal ini bidaah..

Aku katakan padanya niat kami baik..

Dia menjelaskan dengan ilmiah tentang bidaah..

Bila tiada hujah, aku label dia wahabi..



Dulu akulah pengkagum kitab Ihya..

Seorang tokoh kata banyak hadis2 palsu di dalamnya..

Aku marah tetapi tak berani cakap banyak..

Aku cuba mencari hujah untuk menafikan dakwaannya tapi gagal..

Bila tiada hujah, aku label dia menghina Imam..



Dulu akulah naqib besar..

Dulu akulah al-Banna junior..

Dulu akulah Syed Qutub kecil..

Dulu akulah ahli PAS seumur hidup..

Dulu akulah juga ahli sufi..



Dulu akulah satu-satunya pelajar sekolah rendah yg membawa harakah ke sekolah dan mengkhatamkan segala isinya..

Dulu akulah satu-satunya pelajar form 1 yg memakai baju "gemilang bersama PAS" di asrama..

Dulu akulah tekong zikir munajat..

Dulu akulah tekong bacaan yasin 3x nisfu syaaban..

Dulu akulah tekong bacaan doa awal tahun dan hujung tahun..



Dulu akulah tekong bacaan mathurat dan pengamalnya..

Dulu akulah pengamal selawat syifa'..

Dulu akulah pembeli kismis jampi..

Dulu akulah peminum air pinggan jampi..

Dulu akulah imam yg sentiasa berzikir dan berdoa mengeraskan suara..



Dulu..Dulu..Dulu..

Bila tiada hujah, aku serang dengan akal..

Tanpa aku sedar, aku jauh tersasar..

Aku hanya ego dan berlagak pandai..

Bila tiada hujah, aku mencari salah peribadi orang..



Tiba-tiba..

Aku terfikir..

Adakah perbuatan aku menolak kalam Allah itu beradab dengan Allah?

Adakah perbuatan aku membelakangkan kalam Allah itu berakhlak dengan Allah?

Bila tiada hujah, aku telah mensyirikkan Allah..



Tiba-tiba..

Aku terfikir..

Adakah perbuatan aku menolak kalam dan perbuatan nabi itu beradab dengan nabi?

Adakah perbuatan aku mendahulukan kalam dan perbuatan manusia itu berakhlak dengan nabi?

Bila tiada hujah, aku telah menafikan kerasulan nabiku..



Tiba-tiba..

Aku terfikir..

Adakah perbuatan aku menolak kebenaran itu beradab?

Adakah perbuatan aku mencari kelemahan peribadi penyampai itu beradab?

Bila tiada hujah, aku sendiri tiada adab..



Tiba-tiba..

Aku terfikir..

Adakah perbuatan aku melabel orang itu berakhlak?

Adakah perbuatan aku menyerang akhlak penyampai itu berakhlak?

Bila tiada hujah, aku sendiri tiada akhlak..



Tiba-tiba..

Aku terfikir..

Adakah aku mengamalkan apa yang nabiku kehendaki?

Adakah aku lebih baik dari dia sedang dia menuruti jejak nabiku?

Bila tiada hujah, aku mula mencari hujah..



Kini..

Aku seperti dia..

Tersenyum melihat mereka menjadi aku yg dulu..

Merasai apa yang dia rasai dulu..

Bila tiada hujah..



Kini..

Aku tidak mahu jadi seperti dulu..

Aku mengatur hujah dengan ilmu..

Jika sudah taknak, macam2 alasan boleh direkacipta..

Bila mereka tiada hujah, salah aku akan dicari..



Kini..

Aku punya prinsip..

Akidah yg sahih..

Manhaj yg benar..

Aku sudah ada hujah..



Kini..

Aku sudah ada hujah..

Aku menuruti sunnah..

Aku menjauhi bidaah..

Aku sangat cintakan sunnah..


Nukilan Jiwa,
Abu Fedora Al-Turkistani

p/s : Teruskan berdiri di atas manhaj yang benar ini. InsyaAllah, suatu hari nanti, mereka akan tersenyum sebagaimana kita tersenyum hari ini.