Sunday, February 5, 2012

MYPSA(SA) dan keDANGKALannya..

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan, politik, orang politik dan orang gila politik..

Disclaimer : Bila aku menyebut MYPSA, ia tidak bermaksud semua ahli MYPSA atau semua AJK MYPSA, tetapi hanya mereka yang terlibat saja. Siapa makan cili, dia terasa pedas.

Sekapur Sirih

Aku memang dah lama nak ulas dan kritik pasal MYPSA. Tetapi disebabkan beberapa faktor yang menghalang telah melengahkan jari jemari aku untuk menulis. Antaranya keterikatan aku pada MYPSA dan kekurangan masa. Keterikatan aku pada MYPSA adalah kerana aku di bawah naungan persatuan itu. So, menjadi kewajipan aku untuk taat pada makruf, menegur dan mengkritik secara sirr. Setelah aku dibuang secara pondan oleh si "pemilik" MYPSA atau bahasa saintifiknya PENYALAHGUNA KUASA, maka keterikatan aku sudah tiada pada MYPSA. Aku mengkritik sebagai orang luar yang pernah melihat dan sedang melihat KEDANGKALAN MYPSA.

Intro

MYPSA adalah sebuah persatuan untuk pelajar² posgrad dan pasangan mereka secara umum. Aku namakan persatuan ini sebagai persatuan orang tua² Adelaide. Sebab orang muda² takkan boleh survive unless diorang "menjilat" dan "menelan" segala keDANGKALan orang tua² yang menguasai tampuk pemerintahan. MYPSA di Adelaide baru wujud selama 2 tahun secara rasmi. Masih setahun jagung. Tetapi banyak juga kebaikan yang MYPSA pernah buat. Ia patut diakui.

Aku tahu sejarah penubuhan MYPSA, aku kenal baik tokoh² era awal MYPSA yang disingkirkan dan yang berjaya menubuhkan MYPSA. Siapa betul, siapa salah, aku berlepas diri tentang hal itu. Budak² posgrad yang baru sampai, mungkin hanya mendengar cerita sebelah pihak. Tapi aku mendengar kedua-duanya sekali. Oleh itu, aku tahu kisah itu melalui 2 jalan periwayatan.

MYPSA dipenuhi oleh golongan cerdik pandai dan berpengalaman dalam hidup. Hal ini perlu kita sama² menerimanya dengan hati yang terbuka. Kerana kebanyakan mereke sedang berusaha untuk mendapatkan gelaran doktor, ada juga sudah menjadi doktor dan sudah lama berkarier. Tetapi di dalam kecerdikan dan pengalaman yang banyak tidak bermakna setiap perkataan dan tindakan mereka betul. Ya, mereka ialah ahli dalam bidang mereka. Tetapi bila mereka menerjah ke dalam bidang lain, keDANGKALan mereka mula terserlah.

Sejarah MYPSA tidaklah panjang kerana baru 1 presiden berganti sahaja. Tetapi disebabkan ada individu² yang masih kekal di dalam MYPSA, mereka menjadi dinosaur di dalam MYPSA. Mereka wujud dari era 2010-2011 dan 2011-2012 sedangkan rakan² lama mereka sudah pupus di dalam MYPSA. Jika dengan alasan MYPSA 2011-2012 perlukan dinosaur untuk membimbing, jelaslah MYPSA 2011-2012 sangat lemah berbanding MYPSA 2010-2011 yang berdiri di atas kaki sendiri tanpa sokong dinosaur.

Objektif

Objektif tulisan aku kali ini adalah bersifat teguran dan nasihat ikhlas kepada semua pihak umumnya dan kepada MYPSA khususnya yang aku lihat semakin mengarut akhir2 ini. Aku akan fokuskan pada isu kedatangan pelajar² undergrad baru ke Adelaide. Aku akan ulas tentang punca, cara dan kesannya terhadap MYPSA dan pelajar² baru melalui kisah tahun lepas (2011) ketika pelajar² baru tiba di Adelaide. Aku berharap, kejadian yang sama tidak akan berulang lagi supaya kita semua dan MYPSA menjadi lebih relevan dan tidak DANGKAL.

Sejarah mengambilan pelajar² baru undergrad

Sudah menjadi tradisi turun temurun, senior akan bertanggungjawab mengambil dan melayan pelajar² baru.

1. Pelajar² akan disambut di airport, dibawa pulang ke rumah mereka atau rumah yang disediakan juga milik senior.
2. Pelajar² akan menumpang di rumah senior sehingga mereka mendapat rumah sewa. Senior juga yang menolong mereka mencari rumah, membawa mereka pergi inspection, menolong mereka membeli barang² keperluan dan menolong mereka pindah.
3. Pelajar² akan dibawa oleh senior ke uni, buat student ID, buat akaun bank, dan angkat handset baru.
4. Pengalaman dan info² akan dicurahkan oleh senior secara tidak formal semasa mereka menetap dengan senior.
5. Makan minum juga ditanggung oleh senior ketika itu.
6. Banyak lagi yang mungkin aku tidak mampu untuk ingat dan tulis 1 per 1. Tetapi semua ini dilakukan dengan bayaran PERCUMA. Ya, servis ini adalah percuma. Seposen pun tak kena bayar.

Aku juga datang ke sini dengan cara begitu. Aku sangat menghargai effort yang mereka lakukan. Aku puji mereka, aku mengharapkan mereka ikhlas. Aku akan mempertahan kebaikan yang mereka lakukan ini. Mereka adalah kelompok kecil pelajar² yang sanggup mengorbankan masa cuti mereka, pulang awal atau tidak pulang untuk memberi servis kepada pelajar² baru. Regardless apa niat mereka, kita tidak menghukum niat mereka. Allah saja yang tahu niat mereka. Tetapi usaha mereka ini benar² patut dipuji bukan dikeji atau dihalang! Mereka yang cuba menghalang adalah mereka berfikiran DANGKAL!

Siapa mereka ini?

Mereka adalah abang² usrah dan kakak² usrah. Aku rasa ramai yang sudah tahu, aku tidak berapa setuju dengan aliran usrah. Tetapi matematikku masih waras. 10-1 = 9 dan 10-9 = 1. Bukan 10-1= 0 dan 10-9 = -1. Oleh itu, kebaikan mereka patut dipuji, dihargai dan dipertahankan.

Pada masa aku dulu, hanya ada usrah tanpa label. Tetapi ada 2 usrah juga. Usrah city dan usrah suburb. Kini sudah ada 2 label, ISMA dan IKRAM. Tetapi bagi aku 22 ini sama, 22 adalah usrah yang bermanhaj IM. Aku faham dan tau ada kejadian berebut pelajar baru kerana masing² ingin menjadikan pelajar² baru sebagai ahli gerakan mereka. Gerakan tanpa pengggerak, matilah gerakan itu. Ia sudah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Di mana² saja ada gerakan berlabel, pasti akan berlaku kes berebut², tukar address, dan "menculik" pelajar² yang sudah berjanji dengan gerakan lain masuk ke gerakan lain. Tarik² bag dan lain². Hal ini sangat normal bagi gerakan² usrah kerana kebanyakan mereka sudah dibooking dari Malaysia lagi melalui program² gerakan masing².

Apa pun permainan politik diantara mereka, kesanggupan mereka untuk memberi servis kepada pelajar baru amat baik tanpa melihat keDANGKALan mereka berinteraksi berebut ahli. Jika hanya kerana keDANGKALan itu kita perlu menafikan servis mereka, siapa pula yang sanggup dan mampu menguruskan pelajar² baru?

Tradisi itu telah berubah

Kedatangan pelajar² baru 2011 begitu kontroversi. Kerana tradisi telah diubah. Buat pertama kali ia diuruskan oleh MYPSA. Buat pertama kali juga ISMA dan IKRAM bertembung dalam keadaan MYPSA menyibuk menguruskan hal undergrad. Ya, MYPSA menyibuk. MYPSA yang menguruskan kedatangan pelajar² untuk tahun 2011. Aku berani mengatakan MYPSA menyibuk. MYPSA patut mengukur baju di badan dulu sebelum menyibuk masuk ke dalam hal orang muda². Adakah mereka mampu buat seperti yang para senior lakukan dahulu?

Mereka disambut di airport menggunakan bas uni. Dibawa ke Bradford Lodge. Diberi briefing yang membuang masa oleh pegawai² sponser (update : pegawai sponser tiada sebenarnya) dan wakil MYPSA. Isinya tentang perlu belajar bersungguh² dan berhati² kalau senior bagi kitab. Budak² yang datang sini bukannya bodo, hang dulu penah jadi undergrad gak. Kesian depa, penat kot. Baru sampai, jet lag lagi. Senior² yang ingin membantu tidak dibenarkan masuk. Hanya AJK UMNO SA dan MASCA SA saja dibenarkan masuk. Berapa kerat sangatlah AJK UMNO dan MASCA yang tinggal? Mereka diberi makan. Makanan yang sedap. Biasalah, program posgrad tanpa makan² yang sedap² adalah tidak sah. Pelajar² baru yang kelaparan pun balon. Selepas kenyang, duit dikutip. Diulang semula, duit dikutip. Katanya bayaran adalah servis makan² dan penghantaran. Yang kelakarnya, siap jual Lebara. Kah kah kah.. Yang lagi kelakar, khidmat penghantaran hanya menggunakan sebuah Tarago.

Tindakan mengepau duit pelajar² menjadi bualan mulut senior². Ia dikritik dan dipersoalkan. Jawapan dari pihak MYPSA mudah saja. MSD yang mengarahkan MYPSA yang menguruskan dan MSD membenarkan MYPSA mengepau pelajar² baru. Aku faham tentang hal ini. MYPSA memang tidak ada keupayaan dan kesanggupan seperti senior² usrah. MYPSA tak sanggup korbankan duit sendiri seperti senior² usrah. Tetapi sehingga menghalang orang lain yang ingin berbuat baik adalah sangat memalukan. Senior² yang menunggu di luar bersedia memberi khidmat penghantaran secara PERCUMA. Tetapi tidak dibenarkan. Naik Tarago posgrad kena bayar. Naik kereta senior² free of charge. Akhirnya kerana kesuntukan masa, senior² dibenarkan menghantar jua. MYPSA ingin membayar, tetapi ditolak mentah². Lihat, betapa ikhlas senior² itu. Akhirnya, MYPSA terpaksa memulangkan sebahagian dari duit kutipan kepada pelajar² baru.

Mengapa MSD menyuruh MYPSA menguruskan pelajar² baru undergrad?

Setelah berdekad tradisi senior menyambut junior berjalan, tiba² MSD menyuruh MYPSA pula yang menguruskan kali ini. Tidakkah terasa pelik? Hairan bukan? Mengapa?

Semua ini berpunca dari sambutan kemerdekaan dan iftar perdana yang dianjurkan ISMA bersama MYPSA pada tahun 2010. Pada majlis forum tersebut, pihak ISMA telah mengkritik kerajaan Malaysia. Mereka telah menggambarkan betapa buruknya Malaysia. Tindakan itu menyebabkan MYPSA tidak berpuas hati. Dalam masa yang sama, ISMA menggunakan logo MYPSA untuk majlis itu tanpa izin, tidak menjemput wakil MYPSA sebagai ahli panel dalam forum tersebut.

MYPSA kemudian telah membawa kes ini kepada pengetahuan MSD. Pegawai² MSD dengan MYPSA memanglah gang, sama² besar pangkatnya. MSD yang pro-Kerajaan berang dengan hal itu terus datang ke Adelaide. Satu lagi iftar perdana oleh MSD untuk mencuci otak pelajar² kerana takut menjadi pembangkang tegar atau lain². Hairan aku, dalam MYPSA pun penuh pembangkang, siap ada bekas ketua pemuda PAS daerah lagi. Oh lupa pulak, PAS tak suka sangat ISMA kerana dilihat pro-Ketuanan Melayu. Takkan orang PAS nak defend kan. Tidak cukup dengan itu, MASCA juga dibedal oleh MYPSA di MASCA Summit. Kesian budak² muda. Diperkotak katikkan. MSD juga turun ke Adelaide sekali lagi untuk membincangkan isu usrah² ni. Akhirnya pelajar² tidak dibenarkan menyertai kumpulan² yang tidak diiktiraf oleh MSD. Koh koh koh..

Disebabkan MYPSA yang kecoh² dekat MSD, MSD pun menyuruh MYPSA yang menguruskan pelajar² baru supaya pengaruh ISMA kepada pelajar baru dapat dihalang dan disekat. Sebab itulah, MYPSA yang menjadi pengurus menyambut kedatangan pelajar² baru undergrad kini dan entah sampai bila.

Kedangkalan MYPSA

Kebanyakan ahli MYPSA ialah golongan yang tidak tahu apa itu usrah, tidak pernah tahu tentang gerakan² Islam, langsung tak berminat untuk memahi Islam dengan cara yang betul dan tentang kewajipan dakwah. Kerana kebanyakan mereka sudah berasa selesa dengan Islam yang mereka faham dan memahami dakwah dengan gaya mereka tersendiri berdasarkan logik akal masing². Maknanya, asal aku buat baik, tak kacau orang, cukup solat. Aku boleh masuk syurga. Sebab itu mereka hanya menelan bulat² apa² perkataan dari so called ustaz tanpa mampu menapis dan apa² yang disampaikan oleh "ustaz²" MYPSA yg mungkin arif dalam usrah² ni.

Diantara point paling utama MYPSA menolak gerakan² Islam adalah kerana pelajar akan jadi malas belajar, tak grad dan akan dihantar balik berdasarkan beberapa sample yang depa dapat dan sepanjang pengalaman depa. Haha. Ini sangat DANGKAL.

Sia² hangpa buat PHD, kalau ini point hangpa. Aku ingin bertanya adakah benar dakwaan itu? Adakah mereka tidak belajar kerana menyertai gerakan Islam? Pasti atau sangkaan? Orang kalau dah malas, dia masuk kelab makan² posgrad or kelab tengok movie posgrad pun dia sangkut jugak. Berapa ramai pelajar² posgrad yang gagal membawa balik PHD, adakah mereka aktivis usrah? Oh, itu posgrad, tak valid. Berapa ramai pulak abanglong² usrah yang berjaya, kini sudah menjadi abuya atau ayatolla di dalam gerakan² mereka. Semua orang patut tau tentang hal itu. Ada kaki game pun sangkut, kaki mabuk, kaki clubbing, kaki betina, kaki tak buat apa² pun sangkut. Kalau ini pointnya, memanglah sangat DANGKAL.

Point kedua untuk trigger pihak MSD bergerak adalah mengaitkan dengan politik. Kerana dilihat pelajar² akan terpengaruh dengan politik pembangkang.

Ya, aku mungkin agak bersetuju dengan point ini. Tetapi hal ini bukanlah hal yang sangat besar. Aku yang berpegang kepada ketaatan kepada pemerintah semasa kepada yang makruf dan berlepas diri kepada perkara mungkar. Tetapi tidaklah hal ini menjadi masalah kerana semua orang berhak mempunyai pandangan masing² asalkan tidak melampau dan tidak bercanggah dengan syarak. Di dalam MYPSA juga ramai golongan yang pro-pembangkang. Adakah mereka mendapat tarbiyah dari gerakan Islam? Siap ada yang "mendajal" Mufti Perak kerana bercakap seolah² menyokong UMNO. Orang MYPSA jugak. Politik dalaman MYPSA pun jelas serabut, salahguna kuasa berlaku di dalam MYPSA sendiri. Sungguh DANGKAL.

Point ketiga adakah mewujudkan perpecahan. Aku tukar point ini kepada menghalang pelajar² dari bersatu. Kalau cam ni aku setuju, sebab kita tidak pernah bersatu. Macam mana pula boleh berpecah.

MYPSA pun buat hal MYPSA. Bila ada tokoh yang mahu mengajak semua pelajar kepada titik pertemuan kesatuan melalui akidah pun tidak mendapat sokongan penuh dan sambutan MYPSA. koh koh koh. MYPSA hanya tahu cakap banyak, dilantik menjadi sponsorship manager untuk Malaysian Carnival pun gagal. Sposen pun tak dapat. Tak habis² dengan protokol. Nerd betul. At last, budak² muda yang tak pandai protokol lagi berjaya cari sponser. Perlu diingatkan pengurusan pelajar posgrad pun tidaklah sehebat mana, jika tidak, tiadalah cerita menjadi mangsa, berdentam dentum laki bini menyalak² di facebook tahun lepas. Koh koh koh..

MYPSA berjaya menguruskan pelajar² baru undergrad dengan DANGKALnya

Sudah aku ceritakan sedikit pada bab Tradisi Itu Telah Berubah bagaimana MYPSA menguruskan pelajar² baru undergrad dan bagaimana senior² menguruskan pada bab Sejarah mengambilan pelajar² baru undergrad.

Jelas servis yang dibuat oleh MYPSA adalah sangat teruk berbanding dengan servis senior² jika dibandingkan. Jika MYPSA sudah gatal untuk take over tanggungjawab ni, patutnya perlu lakukan dengan lebih baik. Sebagaimana Muawiyah ra. mengambilalih pemerintahan dari Ali ra. Muawiyah melakukan lebih baik dari Ali. Sebab itu Ali tak bising. Sahabat² lain juga redha. Khawarij je tak redha. Tetapi MYPSA jelas gagal. Sudahlah servis tidak sehebat senior², dipownya duit mereka dan akhirnya pelajar² baru tetap diuruskan oleh senior² yang berhati mulia.

Cuba banyangkan, dahla kena bayar kemudian kena tunggu pulak 1 Tarago tu duk menghantar. Bodoh sombong pulak tu. Tak kasi senior² tolong. Akhirnya kasi juga. Boo!!! Bikin malu sama budak² muda saja, macam mana orang tua² nak gain respect dari budak² muda dengan keDANGKALan tindakan sebegitu? Sungguh memalukan.

Oleh kerana MYPSA tidak mampu menyediakan tempat tinggal sementara, akhirnya pelajar² baru tetap tinggal dibawah seliaan dan servis abang² dan akak² senior usrah. Jika benar mahu take over menguruskan pelajar² baru. Take over la semua sekali. Apa mende buat rumah separuh siap dengan bayaran yang mahal pulak tu. Adakah dengan sekali briefing boleh menjadikan mereka seorang kader yang berjaya?

MYPSA patut tau, apa yang mereka dahagakan? Mereka dahagakan agama. Bukan leteran² Joyah dan Mak Dara. Mampukah MYPSA memberi alternative kepada mereka? Jika MYPSA mampu, sudah pasti tiada masalah. MYPSA sendiri keliru dengan kefahaman agama. Bagaimana MYPSA mampu menjaga dan mendidik mereka? Sungguh jelas MYPSA tidak mampu. MYPSA hanya mampu buat makan² saja. Itu je yang paling cemerlang pun..

Ketika zaman MISSA (diiktiraf MSD) pun puak² usrah ni ada gerakan secrecy kerana waqi' depa masih fasa awal Mekah. Koh koh koh. Inikan pula selepas pelajar² tidak dibenarkan terlibat dengan mereka. Lagilah depa suka. Lagi underground lagi banyak mehnah. Macam IM zaman al-Banna. Koh koh koh.

Cadangan dan solusi

Tidak wajar bila mengkritik tanpa memberi cadangan dan solusi. Aku telah mengeluarkan beberapa cadangan dan solusi :

Jika benar MYPSA sebagai proxy MSD yang mahu mengambil tanggungjawab menjaga pelajar² baru undrgrad, lakukanlah dengan lebih baik dari apa yang senior² rasai dahulu. Jika tidak mampu biarkan saja sistem tradisi itu diteruskan. MYPSA pun tak payah buang masa.

MYPSA wajar berpakat dengan MSD memilih ISMA, IKRAM atau mana² gerakan untuk dijadikan sebagai jentera tarbiyah dengan modul dan sistem mereka dipantau oleh pihak MSD sendiri. Seperti di UIA yang mempunyai usrah wajib bagi pelajar² 1st year dan sekolah² yang memilih1 gerakan diantara gerakan² Islam di Malaysia untuk memberi tarbiyah kepada pelajar² sekolah masing².

MYPSA sendiri perlu mempertingkatkan ilmu agama mereka sendiri supaya tidak dilihat DANGKAL oleh orang muda² yang dilihat jauh lebih ketengah dalam memahai agama. MYPSA yang mengaku hebat dan berpengalaman patut dilihat mendahului orang muda² dalam semua hal. Kalau tak, jangan ego mahu bertanya dan berbunyi di belakang saja.

MYPSA perlu anjurkan dan banyakkan program² ilmiah yang terbuka kepada semua. Bukan hanya program makan² dan happy² yang hanya ekslusif kepada kelompok sendiri saja. Anjurkan wacana ilmiah, debat ilmiah, forum ilmiah dan interogation ilmiah yang bersifat terbuka. Hal agama, politik atau sains. Barulah pemikiran ilmiah dapat dipupuk, percambahan ilmu menjadi deras. MYPSA patut menunjukkan sikap ilmiah mereka, barulah orang muda² dapat belajar dan ambil manfaat.

Kesimpulan

Jika kita tidak mampu memikul amanah atau tanggungjawab dengan lebih baik daripada orang terdahulu. Eloklah kita pulangkan kembali amanah atau tanggungjawab itu kepada tempat asalnya.

Aku mengharapkan pengurusan kedatangan pelajar² baru undergrad tahun ini berjalan lancar, tak kena pow dan tidak serabut seperti tahun lalu. Mereka orang baru yang tidak tahu hala tuju lagi, kalian pow mereka, mereka bayar. Jangan menjadikan mereka mangsa kalian untuk mendapatkan keuntungan.

Aku betulkan kembali niat aku supaya ikhlas dalam menegur dan mengkritik. Semoga Allah ampunkan segala kesilapan aku dan membuka pintu hati semua pembaca.

Allahul Musta'an.

Abu Fedora Al-Turkistani