Intro
Dulu bila aku tulis aku syak, hang kata prasangka dan minta aku buktikan.
Lepas aku dah buktikan, hang rosakkan bukti pulak.
Lepas aku dah buktikan, hang rosakkan bukti pulak.
Haih, beginikah cara pejuang Islam? Atau lebih spesifik pejuang PAS?
Awat takut? Awat cuak? Awat kelam kabut? Tak berani tanggung risiko?
Alkisah
Minggu lepas sahabat aku dari Malaysia telah menunjukkan 1 bukti tentang penglibatan Sayuti dalam kes mufti Perak 2010 di sini. Hari ini aku tergerak hati untuk membuka link itu kembali kerana aku menjangkakan Sayuti akan menyuruh blogger itu membuang namanya di situ. Jangkaan aku ternyata tepat. Ia terjadi. Bila pembaca pergi ke link yang aku beri tersebut. Tiada nama Sayuti di situ. Haha. Hal ini lebih membuktikan Sayuti terlibat kerana tiba-tiba saja sudah hilang. Untuk mereka yang membaca post aku yang lepas ketika masih baru, mereka dapat melihat sendiri nama dia di situ. Tetapi sekarang, ia tiba-tiba hilang, seperti ada tangan syaitan yang menghijab mata kasar kita.
Yang Terkini
Sangkaan aku.
Aku rasa dia saja suruh blogger tersebut membuang nama dia supaya bila orang menyemak antara gambar yang aku print screen dengan link yang aku bagi, akan wujud perbezaa. Dia mahu mewujudkan keraguan pembaca terhadap fakta yang aku buktikan. Dia mungkin akan kata aku edit untuk memfitnah dia. Di sini aku tegaskan, demi Allah yang nyawaku berada pada tangannya, tiada perbuatan edit pada gambar print screen yang aku paparkan.
Persoalan:
1) Jika aku edit, tak perlulah aku tunjukkan link yang sebenar. Betul tak?
2) Kenapa artikel yang sudah berumur lebih 1 tahun, tiba-tiba di edit semula oleh blogger terbabit untuk membuang nama Sayuti?
3) Kenapa perlu buang namanya secara tiba-tiba ketika aku membuktikan kebenaran sangkaan aku?
2) Kenapa artikel yang sudah berumur lebih 1 tahun, tiba-tiba di edit semula oleh blogger terbabit untuk membuang nama Sayuti?
3) Kenapa perlu buang namanya secara tiba-tiba ketika aku membuktikan kebenaran sangkaan aku?
Pembaca yang ikhlas, jujur dan mencintai kebenaran akan mampu faham dengan mudah.
Sudahlah Sayuti, tak payahlah hang nak fitnah aku selepas banyak fitnah yang hang dah buat. Hang kan anti-fitnah. Hehe.
Trivia
Kes mufti Perak dilakukan ketika umur Sayuti di Adelaide belum lagi cukup 1 tahun. Ketika berlaku kes tersebut. Ramai di antara kawan-kawan kita syak antara satu sama lain. Ada yang syak Sayuti, ada yang syak blogger handalan Adelaide, ada yang syak budak2 undergrad, ada yang syak budak-budak perempuan undergrad, bermacam-macam syak. Inilah fitnah namanya.
Penganjur program menerima tamparan hebat kerana soalah-olah memerangkap mufti Perak. Warga Melayu Adelaide dilihat tidak amanah dan tidak berfikiran terbuka. Mufti Perak dikecam dengan begitu dahsyat sekali dari pelbagai pihak. Apa tanggapan anak menantu mufti Perak juga adalah kawan-kawan kita di Adelaide ketika itu apabila ayah mereka di"dajal" sebegitu rupa? Aku ada meminta seorang sahabat bertanya khabar tentang Adelaide kepada mufti Perak, ternyata beliau sangat kecewa dengan warga Adelaide. Inilah namanya namimah! Dengan tujuan politik dan membuatkan kebencian manusia kepada mufti Perak. Dosa berjariah sheikh!!!:p
Oleh itu, fitnah yang dilakukan Sayuti bukan hanya melibatkan mufti Perak sahaja, bahkan kepada keluarganya di Adelaide ketika itu, dan warga Adelaide ketika itu.
Permintaan
Diharap Sayuti mengaku saja segala kesilapan-kesilapan dia. Tidak perlulah cuba menutup segala bukti yang ada. Tidak salah dan tidak berdosa pun mengaku kesilapan-kesilapan hang. Hang bercakap soal kebenaran, hang kononnya berjuang kerana Islam, tetapi hang tidak menunjukkan sikap hang sebagai orang yang benar dan tunduk kepada seruan Islam. Mohon saja kemaafan secara terbuka. Kemudian segera bertaubat dari permainan politik lama hang yang menjijikkan.
Aku sudah korbankan diri aku untuk orang lain. Aku pasti hang akan berusaha menjadi baik di mata orang lain kerana hendak membuktikan kritikan aku salah. Tidak mengapa, hang jadi baik aku pun suka. Ia membuktikan impak kritikan aku kepada hang adalah positif. Tetapi jangan cuba berbohong dan berlakon soalah-olah aku mereka cerita tanpa fakta dan bukti.
Aku sudah korbankan diri aku untuk orang lain. Aku pasti hang akan berusaha menjadi baik di mata orang lain kerana hendak membuktikan kritikan aku salah. Tidak mengapa, hang jadi baik aku pun suka. Ia membuktikan impak kritikan aku kepada hang adalah positif. Tetapi jangan cuba berbohong dan berlakon soalah-olah aku mereka cerita tanpa fakta dan bukti.
Jangan jadi bacul untuk mengaku kesilapan sendiri. Jangan cuba mengelirukan orang lain dengan ketidakjujuran hang. Berlaku adillah kepada diri sendiri.
Penakut itu pesalah.
Penakut itu pesalah.
Abu Olen Al-Turkistani