Adelaide dilanda musim bunga. Bunga di taman dan bunga di hati. Bunga-bunga di taman menarik perhatian lebah-lebah. Lebah-lebah mengumpul madu dari pelbagai jenis bunga. Hasilnya, madu yang dijanjikan syifa dihasilkan dari gabungan madu-madu dari pelbagai bunga. Begitu juga hati-hati manusia, ia perlu pada gabungan "bunga-bunga" untuk menghasilkan "madu" yang bisa menyembuhkan penyakit-penyakit hati.
Begitulah fitrah manusia. Dikatakan suami itu madu kepada isteri, dan isteri itu madu kepada suami juga. Sama-sama punya kemanisan. Tetapi adakah ia cukup hanya pada 1 jenis madu untuk menghasilkan madu yang menjadi penawar bagi hati? Ia sudah semestinya tidak mencukupi. Ia perlu pada gabungan madu-madu lain juga.
Aku perpendirian, jika seseorang lelaki itu betul maka wanita di bawah tanggungjawabnya juga akan betul. Oleh itu, fokus penulisan aku hanya kepada golongan lelaki. Lagipun, aku ni brutal, gangsta dan "wahabi militancy". Mana mungkin aku jadi seperti ustaz cinta Saiful Islam atau abang-abang usrah yang boleh tergedik-gedik sesama jantan. Jika sesama jantan aku tidak mampu, inikan pula dengan awek-awek yang hot. Auw..
Di sini aku akan senaraikan madu-madu yang perlu dicampur bersama-sama kekasih anda supaya hubungan yang dibina mendapat kerberkatan di dunia dan di akhirat. Mungkin madu-madu ini masih punya kekurangan tetapi bagi aku ia memadailah. Jika mahu lebih sedap, carilah madu yang dicita-citakan oleh semua lelaki tulen. Lelaki tulen saja. Tak tulen tidak akan ada cita-cita tersebut.
Madu no 1 : Persediaan
Manusia yang hatinya penuh dengan keduniaan akan melihat persediaan kepada bentuk material. Gaji sekurang-kurangnya RM3k, sudah berkereta dah berumah (walaupun loan riba je), dan sudah punya sekurang-kurangnya RM 30k untuk persediaan perkahwinan. Jika seseorang lelaki masih tidak punya ciri-ciri yang dinyatakan tadi, masih belum layak menjadi suami menurut sesetengah manusia.
Persediaan yang aku tekankan bukanlah bersifat material. Jika material ukurannya, tidak berkahwinlah mereka yang miskin. Oleh itu, persediaan itu adalah keimanan dan kesolehan. Keimanan itu mecakupi pegangan akidah yang sahih, tauhid yang jelas, dan ilmu-ilmu tentangnya. Manakala kesolehan pula merangkumi kepada asas-asas ilmu kefahaman al-Quran dan as-Sunnah dengan kefahaman salaful ummah, hati yang cintakan sunnah dan kebenaran, dan amalan yang sahih menurut petunjuk Nabi SAW.

Madu no 2 : Kepimpinan
Persediaan terpenting ialah bakal suami perlu mengetahui bahawa dia memiliki tanggungjawab sebagai pemimpin ke atas keluarganya. Allah berfirman:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan. [al-Nisa’ 4:34]
Sebagai pemimpin (suami) dan bakal suami hendaklah memiliki ilmu rumahtangga, akhlak yang menterjemah teori kepada praktikal, disiplin yang tinggi serta wawasan yang luas. Jika anda punya pengalaman menjadi pemimpin menggunakan manhaj demokrasi, jangan sesekali cuba untuk mengaplikasikan demokrasi di dalam rumah. Kebebasan bersuara, demonstrasi, dan segala-gala teori demokrasi akan menghancurkan rumahtangga anda. Kepada pendukung demokrasi, sila cuba demokrasi di dalam rumah anda dulu. Hehe.
Jadilah pemimpin seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Terasa sukar? Jangan bimbang. Lantiklah isteri anda menjadi timbalan pemimpin untuk bersama-sama saling membantu mengemudi bahtera rumahtangga. Selalulah bermusyuarat dan istikharah untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Perlu diingatkan bahawa kepimpinan anda sentiasa akan dicatat markahnya oleh malaikat di bahu kanan dan kiri. Oleh itu berwaspadalah, jangan menjadi pemimpin yang ego dan zalim. Setiap langkah dan keputusan kepimpinan anda akan dipersoalkan semula oleh Allah di hari akhirat kelak.

Madu no 3 : Ketegasan
Tegas bukan bererti garang. Tegas juga tidak bererti kasar. Tegas itu lafaz kebenaran yang dizahirkan. Bukan secara bengis, dan bukan secara menakutkan. Oleh itu ketegasan dalam membimbing adalah sangat diperlukan supaya diri sendiri, isteri dan anak-anak tidak menjadi musuh anda suatu hari nanti.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagikamu;oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka.
Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Taghabun 64:14]
Ketegasan itu hanya pada perkara yang perlu saja seperti akidah, ibadah, aurat dan akhlak. Pada perkara yang ada keluasan, berilah keluasan kepada mereka. Ingat, suami memimpin bukan dipimpin, suami mengawal bukan dikawal. Jika mereka tersalah dan tersilap, maafkan mereka. Jadilah pemimpin bukan pemerintah.
Madu no 4 : Pemelihara dari api neraka
Madu no 4 : Pemelihara dari api neraka
Suami adalah pemelihara dari api neraka. Ia berdasarkan firman Allah swt :
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [al-Tahrim 66:06]
Perlu diingatkan, sebagai suami anda dibebani dengan tanggungjawab yang sangat besar iaitu menjadi penyelamat dari api neraka. Oleh itu, didik dan bimbinglah mereka dengan betul. Bukan hanya melepaskan batuk di tangga. Menyuruh isteri memakai tudung, tetapi bukan menutup aurat. Menyuruh anak-anak solat, tetapi anda sendiri tidak solat,. Berdoa isteri dan anak-anak menjadi solehah dan soleh tetapi membiarkan mereka menyertai AF atau Ustazah Pilihan. Anda perlu buat, didik dan bimbing bukan melepaskan kepada keimanan dan ketakwaan mereka semata-mata.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. [al-Saff 61:2-3]

Madu no 5 : Nafkah
Termasuk persediaan menjadi suami ialah kesedaran bahawa anda merupakan sumber kewangan rumahtangga. Justeru anda bertanggungjawab menyediakan nafkah tempat tinggal, keperluan asas dalam tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman kepada ahli keluarganya. Anda juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan ahli keluarga seandainya mereka jatuh sakit.
Meskipun nafkah rumahtangga berada di atas bahu suami, ini tidaklah bererti suami mesti memiliki pendapat minima yang tertentu jumlahnya. Setiap suami memiliki kemampuan kewangan yang berbeza dan setiap suami berbelanja untuk ahli keluarganya pada kadar kemampuannya. Tidak ada nilai minimum atau maksimum untuk kadar nafkah ini.
Allah berfirman: Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). [al-Thalaq 65:07]
Penutup
Demikianlah beberapa madu yang perlu ada pada seorang lelaki (suami) untuk dia menjadi seorang suami. Perhatikan bahawa madu-madu ini adalah kualiti-kualiti yang tidak ada ukuran minimum dan maksimum atau batasan tertentu bagi menentukan layak atau tidak. Ia adalah kualiti yang nilainya relatif, ia akan bertambah apabila anda berusaha untuk memperbaikinya dan akan berkurang apabila anda mengabaikannya.
Justeru lelaki yang sudah bersedia menjadi suami ialah lelaki yang mengetahui kualiti-kualiti ini, memilikinya dan berazam untuk terus memperbaikinya setelah bergelar suami. Kualiti-kualiti inilah madu yang punya nilai syifa kepada hati-hati insan yang bergelar suami khususnya.