Bismillahirrahmanirrahim..
Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan, politik dan ahli politik..
Aku pernah mengkritik perbuatan seseorang baru-baru ini. Hal ini telah selesai. Aku sudah berjumpa dengan beliau. Aku mendapat lebih kebenaran. Tentang cara aku mengkritik yang dianggap tidak beradab, terpulang kepada individu itu untuk menilai. Aku sudah memohon maaf kepada beliau tentang "ketidakberadaban" aku menurut beliau. Bagi aku, ia sudah cukup lembut tanpa ada perkataan maki hamun. Oh ya, aku berpendirian boleh mengkritik secara terbuka dengan niat yang baik dengan fakta yang benar. Kepada mereka yang berpegang kepada haramnya perbuatan mengkritik secara terbuka, jangan kritik aku balik kerana ia haram untuk mereka.
Sebenarnya, hal tersebut sudah selesai selepas pertemuan dibuat. Aku sendiri yang mahu berjumpa. Tetapi diatur oleh seorang sahabat yang cuba untuk mendamaikan kami. Bahkan kami sudah "berpeluk cium". Aku tidak takut untuk berjumpa walaupun dibuat di rumah beliau. Kami punya "deal" antara kami berdua. Beliau tidak menyuruh aku memadam kritikan tersebut walaupun aku sudah bertanya. Beliau hanya meminta aku menulis "something good". So, aku menulis aku menarik balik segala kritikan aku terhadap beliau. Adakah aku bersalah?
Tidak sama sekali. Aku tidak perlu ulas di sini. Aku anggap hal ini sudah selesai.
Tiba-tiba, seseorang lain memulakan kembali provokasi ke atas aku. Beliau menulis dengan panjang lebar di post FB aku. Secara simpul, beliau menuduh aku melakukan tuduhan tanpa asas (fitnah). Aku tidak faham sama ada beliau tidak baca apa yang aku tulis, atau tidak mendengar apa yang aku cakap. Beliau menyatakan aku mendengar dari sumber yang tiada dalam majlis itu. Untuk pengetahuan semua, aku mendengar dari mereka yang berada dalam majlis itu. Mereka sendiri membenarkan aku mengkritik kerana mereka tiada kemampuan melakukannya. Adakah aku melakukan tuduhan tanpa asas (fitnah)? Tidak mengapa, aku maafkan beliau kerana beliau tersangat jahil tentang hal pertembungan ini. Beliau juga sangat baik kepada aku sebelum ini. Aku juga sudah menjawab setiap tohmahan beliau di dalam FB. Cukuplah..
Ahmad Sayuti bin Bashiron juga tidak mahu ketinggalan dalam masalah ini. Biasalah, orang politik memang suka menjadi hero. Lebih-lebih lagi seseorang dan seseorang lain ialah mereka yang berjawatan besar dalam kerajaan. Dia tidak pernah mendengar dari aku, tidak pernah juga bertanya. Tetapi telah membuat kesimpulan. Kesimpulan yang menuduh dan mentohmah aku. Adakah ini suatu tindakan yang adil? Oh, orang politik. Adil hanya untuk pihak dia saja. Sebab itu artikel ini ditulis untuk dia. Ia umpama "radd" ke atas tindakan dia terhadap aku kerana dia sudah berlebih-lebihan mentohmah aku.
Kenapa sekarang baru aku menjawab? Aku saja menunggu bulan Ramadhan dan Syawal habis. Dalam masa yang sama, aku boleh dengar "update" tentang isu ini. Ramai orang tahu rupanya. Cuma tidak ramai yang berani bertanya. Hehe. Tidak mengapa, aku tidak akan menjelaskan mengapa aku mengkritik seseorang di sini secara terperinci. Artikel ini ditujukan khas kepada Ahmad Sayuti bin Bashiron dan semua yang mengenalinya terutama bagi orang-orang baru di Adelaide.
Siapa Sayuti menurut aku.Dia ialah "ayatolla" usrah PAS di Adelaide. Aku kenal dia dari housemate aku yang berfikrah PAS. Menurut beliau, Sayuti mempunyai jawatan yang besar di dalam Pemuda PAS Selangor iaitu Ketua Pemuda PAS Shah Alam dan Pengarah Pilihan Raya PAS Shah Alam. Hebat tu! Dia berada di Adelaide tidak sampai 2 tahun (baru je). Menemani isterinya yang belajar. Tidak bekerja dan seorang penyibuk (akan diulas). Dia adalah orang yang bertanggungjawab mengenai kehadiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Adelaide tahun lalu (2010). Dia suka membuat rakaman video dan menangkap gambar. Dia juga menggunakan watak seperti orang alim sehingga digelar ustaz. Hehe. Biasalah, orang PAS kan..
Manhaj Sayuti dalam beragama menurut aku.Dia tidak pernah menyatakan pendiriannya dalam akidah. Samada dia sedang "bertaqiyyah", tidak punya pendirian atau masih bercelaru. Biasalah, orang politik.. Cuba menjadi iguana yang berubah-berubah warnanya. Yang pasti dia berliran politik PAS. Dia juga seorang
ahli inovasi dalam agama(akan diulas).
Masalah-masalah di Adelaide yang melibatkan Sayuti (syak) dan dilakukan Sayuti (pasti).
1) Kes S.S Mufti Perak tahun lalu (2010).
Mufti Perak pernah datang ke Adelaide pada tahun 2009 juga. Beliau menjadi panelis pada majlis sambutan hari kemerdekaan. Perkataan yang disampaikan pada tahun 2009 dan 2010 tidak jauh berbeza. Tetapi tidak terjadi hal seperti tahun 2010 mungkin kerana Sayuti belum lagi berada di Adelaide pada waktu itu.
Kes Mufti Perak 2010 terjadi kerana ada "mangkuk" telah memberi rakaman ceramah Mufti Perak kepada parti-parti politik di Malaysia. Hal itu menyebabkan Mufti Perak dikecam hebat oleh parti-parti pembangkang dan juga penyokong-penyokong pembangkang di Malaysia. Parti Islam dan bukan Islam turut bersama-sama menghentam tindakan beliau yang dikatakan rasis. Ia turut disiarkan di media elektronik dan media cetak. Tetapi, media elektronik Malaysian Insider yang paling awal menyiarkan berita ini melalui Pemuda PAS Perak yang mendapat berita siap dengan tarikh dan tempat kejadian (9 Jun 2010, Islamic Dakwah Center SA). Sehingga kini beliau (Mufti Perak) masih berasa kecewa dengan sikap orang-orang di Adelaide yang dirasakan mengkhianati beliau.
Aku syak Sayuti yang melakukan perkara ini.
a) Dia orang kuat PAS yang ada hubungan dengan dengan PAS di Malaysia.
b) Hanya orang PAS saja yang panas bontot dengan krtikan Mufti Perak terhadap PAS.
c) Dia juga membuat rakaman video.
d) Tahun 2009 dia tak ada, tahun 2010 dia ada.
e) Dia mempunyai kes dengan Dato' Dr Hasan Ali mengenai hal merakam ucapan juga.
Oleh itu, aku simpulkan dia ada motif dan keupayaan untuk melakukan kes Mufti Perak 2010. Aku hanya syak sahaja. Aku ulang sekali lagi, aku hanya syak bukan membuat tuduhan. Jika Sayuti sanggup bersumpah laknat menafikan hal tersebut, gugurla syak aku ke atasnya.
2) Kes Unimap tahun lalu (2010).
Adelaide pernah didatangi oleh rombongan kepimpinan pelajar Unimap bersama VCnya, Raja Muda Perlis, isterinya dan beberapa pegawai-pegawai kerajaan. Kes ini menjadi besar dan Adelaide dilanda gelora seketika. Bagi mereka yang tahu, paling penting yang terlibat dalam kes ini akan faham tetang hal ini. Aku tidak akan mengulas apa yang terjadi di sini. Yang aku mahu ketengahkan adalah penglibatan Sayuti dalam kes ini.
Ketika kejadian itu berlaku, hanya 2 orang saja yang merakam video. Seorang daripadanya merakam menggunakan kamera handphone saja. Aku kenal dia. Dia meng'upload' video itu di FB. Ia tidak menjadi isu ketika itu. Lagi seorang yang merakam ialah Sayuti, menggunakan videocam. Di Adelaide, ada seorang blogger yang handal. Blogger itu tidak hadir pada majlis itu. Tetapi beliau memiliki video-video pada majlis itu dan gambar ketika kami bersolat Jumaat. Semua orang tau, blogger itu berkemampuan memanaskan isu yang pada kita biasa saja. Ramai yang menyalahkan blogger, tetapi tidak aku. Aku tahu blogger tersebut tidak akan mampu menulis apa-apa jika tiada bukti. Memberi kepada beliau bahan-bahan bukti merupakan 1 tindakan yang tidak wajar. Si pemberi patut tahu.
Aku syak Sayuti yang memberikan video-video dan gambar-gambar kejadian ini.
a) Dia membuat rakaman video.
b) Gambar kami sedang bersolat itu diambil oleh isteri Sayuti. Ya, aku terlihat isteri dia menangkap gambar kami. Aku ni jenis sensitif dengan kamera. (aku tak khusyuk? ;p)
c) Blogger juga orang PAS.
Untuk kes Unimap 2010 ini, syak aku menghampiri kepastian adalah 80% iaitu Sayuti yang memberi bahan-bahan bukti kepada blogger terbabit. Tetapi ia masih lagi berstatus syak. Jika Sayuti berani bersumpah laknat menafikan penglibatan dia, gugurlah syak aku ke atasnya.
3) Kes sampai menyampai dengan menjual nama orang lain.
Kes yang ni adalah bertaraf pasti. Ada 3 kes yang dilakukan oleh dia (setakat yang aku tahu & pasti). Aku tidak perlu memperincikan 1 per 1 kerana ia melibatkan orang lain. Mereka yang tahu pasti akan tersenyum. Dia suka menyampaikan perkara-perkara yang tak sepatutnya dia sampaikan. Lebih parah dia suka "cite" nama orang lain. Dia telah mengakibat orang lain bergolak disebabkan mulut dia yang tidak tahu diam. Kesannya orang yang di"cite" namanya tidak lagi dipercayai dan orang lain dipandang serong dek kerna perbuatannya. Mereka yang disampaikan itu mungkin menganggap Sayuti la hero kerana memberitahu kebenaran yang patut mereka tahu. Gegak gempitalah FB dan twitter di Adelaide disebabkan tabiat telefon buruk yang dibuat Sayuti. Apa Sayuti buat lepas tu? Dia buat tak tau jela. Mungkin nama aku juga pernah dia lelong. Siapa tahu kan?
Untuk kes 3 ini, tak perlulah untuk ditegakkan hujah. Aku sudah memastikannya. 2 daripadanya dibuat kepada kawan-kawan yang hampir dengan aku. 1 lagi di depan aku. Aku boleh "cite" nama mangsa-mangsanya tapi aku bukan macam Sayuti. Cukuplah..
4) Kes dia dengan aku.
Setelah aku melihat 3 kes di atas, aku mula rasa sangsi dengan Sayuti. Aku tidak percaya pada dia. Aku sangat berhati-hati dengan dia. Mungkin orang akan perasan aku bersikap keras dengan dia. Well, aku benci ahli politik yang mengamalkan sikap berpolitik dalam kehidupan seharian. 3 kes di atas menunjukkan dia mempunyai sikap ahli politik yang keji. Cukup-cukuplah berpolitik dalam dunia politik saja.
Sayuti pernah dengan "slumber" mengeluarkan statement, "hang kalau asal cakap je nak gaduh.." Hang itu merujuk kepada aku. 2 kali dia cakap pada aku pada 1 hari yang sama. Kurang ajar betul dia. Bila masa aku bergaduh selama ni? Especially dengan golongan-golongan tua di Adelaide? Bila? Buktikan jika ada. Bila masa aku mengkritik mereka? Perbuatan-perbuatan mereka? Aku lebih cenderung mengkritik generasi muda dalam hal agama. Ya, aku terkenal bab mengkritik sistem usrah, perbuatan bidaah yang dilakukan mereka dan menegur sikap mereka yang ghuluw dan taksub. Bukan usrah saja, syiah, extremist mazhab, orang politik, sufi, dan extremist Asyairah (ahbash).
Baru-baru ini Sayuti telah menuduh aku melakukan fitnah. Dia ialah orang luar dalam pertembungan aku dengan seseorang. Dia tidak tahu apa-apa tentang hal ini. Tetapi dia telah menghukum aku salah. Dia menuduh aku melakukan fitnah. Aku tidak tahu dari sumber mana dia telah dengar. Jika dia sudah dengar daripada 1 pihak, dia patut tanya pihak aku. Namun dia tidak pernah bertanya kepada aku. Bahkan terus menghukum. Huhu.. Dasar orang politik beridealogi neo-khawarij betul. Sepatutnya bila 2 orang berselisih, kita perlu damaikan, bukan mengambil side. Inilah masalah bila faham Islam versi PAS. Teringat peristiwa bila Tuan Guru kata Allah samseng, semua orang PAS jadi ahli takwil, bila Tuan Guru kata Allah duduk atas arasy, semua orang PAS jadi "wahabi". hehe. Bila Islam versi PAS dijadikan pegangan, beginilah jadinya. Prinsip Islam dipakai untuk kepentingan peribadi saja.
Dia menulis dan menuduh di wall FB aku, aku rilex je jawab balik. Aku tak delete pun. Ada aku kisah. Kebenaran di pihak aku. Aku add dia dalam FB pun sebab dia duduk kata apa-apa function pasal agama jemput dia. Aku invite selalu melalui FB. Sekarang ni aku dah delete dia, tapi page aku memang aku biarkan open. Tarak takutla.. If lu mau update info pasal gua, add la gua.. Gua approve punya! Oh, dia juga menulis di post aku. Aku jawab mudah saja, jangan sibuk lu taktau apa-apa. Elok pegi cari punca kes 1,2 dan 3 di atas.
Tidak cukup di FB, dia hantar email pula. Huhu. Untuk menjadi hero, dia forward teguran dia kepada seseorang dan seseorang lain. Konon-konon dialah menegur aku. Dengan kes 1,2 dan 3 yang aku sudah lihat, mana mungkin aku terima teguran dia. Dalam masa yang sama disebabkan dia menuduh aku tanpa meminta penjelasan aku. Seperti biasa, aku reply menjawab dengan gaya bahasa aku yang santai membidas balik tuduhan-tuduhan keji dan jahat dia terhadap aku. Oh, dia juga sudah menghukum aku berdosa. Bagaimana dia tahu aku sudah berdoasa? Mungkin dia sudah dilantik oleh Allah s.w.t untuk menjadi "PA Allah". hehe. Well, orang PAS kan.. Dah biasa menghukum orang kan. Sampai terbawak-bawak ke dunia nyata.
Semasa aku ingin membersihkan spam mail aku. Aku terjumpa email seseorang. Dia meminta aku menurunkan post aku. Sorry la, email lu masuk spam. Mana gua perasan. Kalau nak diikutkan hati, aku tidak mahu menurunkan post itu sebab semasa membuat deal, beliau tidak menyuruh aku menurunkannya. Tetapi di dalam email tersebut mempunyai ayat yang membuatkan aku berasa betapa penting untuk aku turunkan. Ditambah pula, dia melayan aku dengan baik selepas kami berjumpa. Oleh itu, aku dengan rela hati menurunkan post tersebut.
Selepas Sayuti mengetahui aku sudah menurunkan post tersebut, segera dia email aku lagi. Seolah-olah dialah yang berjaya membuatkan aku menurunkan post aku sambil meng"forward" email kepada orang lain. Kali ini BCC. Haha. Memang keji betul dia ni. Mengambil kesempatan untuk mendapatkan nama. Memang dasar ahli politik. Katanya nak emailkan kepada mereka yang terlibat. Dia dengan tak malunya menyibuk dalam hal aku yang sudah selesai, dia ingin menjadi hero kan. Biasalah, orang PAS, komunis pun hero. hehe. Padahal aku sudah sms seseorang menyatakan aku sudah turunkan.
Baru-baru ini beberapa orang bertanya kepada aku tentang hal ini. Rupanya sudah tersebar luas. Tetapi fakta daripada sebelah pihak saja, lebih kepada tuduhan saja. Mereka yang mengetahui, tidak ada yang mengatakan fakta aku salah. Mereka kata, hang keras sangat. Yes, aku keras.. So what?! Ambil saja isinya bukan kulitnya. Macam durian ler. Kalau lembek, nak pegang pun geli apa.
Perangai-perangai pelik Sayuti menurut aku.
Sayuti pernah bercerita tentang adab dan akhlak menurut dialah. Biasalah, orang tiada hujah biasanya akan "twist" kepada kelemahan yang ada pada semua orang. Orang yang bercakap tentang orang lain tidak beradab dan berakhlak, adakah mereka yang bercakap itu benar-benar berakhlak dan beradab? Pada aku Sayuti adalah orang yang paling tidak beradab dan tidak berakhlak sekali. Aku akan buktikan.
1) Sayuti ialah ahli inovasi dalam beragama.
Aku tidak pernah mendengar dia menyebut tentang kepentingan akidah, mahu memperjuangkan kefahaman berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Dia yang konon-kononnya ustaz di kalangan orang-orang tua tidak pernah menekankan hal ini. Bahkan menjadi tekong pada majlis-majlis inovasi agama (eg. tekong solat hajat berjemaah, tekong bacaan yasin, tekong bacaan doa di majlis-majlis rasmi) Dia pernah bersembang dengan aku seolah-olah dia tahu tentang prinsip-prinsip asas dalam ibadah. Tetapi dia sendiri menjadi tekong. Apa kes? Adakah dia beradab dan berkahlak dengan Allah dan rasulnya? Dengan menyalahi perintah dan larangan Allah dan rasulnya, seolah-olah berbohong di atas nama agama. Agama itu milik Allah dan diturunkan melalui rasulnya. Jika tidak mampu menghalang, wajarkah untuk menjadi tekong? Sudah tahu tapi melakukannya, apakah hukumnya. "PA Allah" boleh jawab kot.. Kisah-kisahnya akan muncul di point-point yang lain.
2) Sayuti pandai berlakon.
Syarat untuk menjadi ahli politik, mesti pandai berlakon. Samada jadi atau tidak itu belakang kira. Semua orang tahu manhaj PAS, ISMA dan IKRAM tidaklah jauh berbeza. Semuanya menggunakan ideologi Ikhwanul Muslimin. Tahun lepas (2010), presiden ISMA Australia (2010) telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang berbaur politik. Ia telah menyebabkan perselisihan antara MYPSA (2010) dan ISMA (2010). Diikuti dengan MSD (2010) dan beberapa orang yang lain. Sepatutnya sebagai orang PAS kenyataan itu adalah tidak kurang dan tidak lebih daripada kenyataan yang diajar oleh orang-orang PAS sendiri. Mungkin disebabkan ISMA tidak menunjukkan kecenderungan berpihak kepada PAS, ramai juga yang orang PAS yang tidak berpuas hati dengan ISMA. Sayuti patut tahu, semasa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berada di Adelaide, orang - orang ISMA juga pergi berjumpa beliau secara sulit. Ini menunjukkan apa? hehe.
Tetapi semasa perselisihan antara MYPSA (2010) dengan ISMA (2010), Sayuti telah memainkan peranan dengan baik sekali. Apa dia buat? Dia menceritakan tentang asal usul ISMA dan JIM, tentang bergolakan mereka kepada golongan-golongan tua yang tidak pernah kenal, tidak pernah tahu apa itu sistem usrah. Orang-orang tua yang anti-usrah ni lagi syok la dengar bila tahu tentang "kebenaran" itu. Makin bersemangat la mereka menghentam usrah-usrah ni. Aku? Aku kan ex-usrah. Aku kan pengkritik tetap usrah. Semua usrah yang tidak menggunakan manhaj ASWJ akan dikritik jika mereka menonjolkan kesilapan mereka. Disebabkan kejadian itu diperbesarkan sehingga sampai ke MSD, sehingga disuruh hal ehwal agama diletakkan dibawah biro kebudayaan MASCA.
Sayuti juga berlakon baik punya di hadapan pegawai-pegawai MSD. Tidak cukup dengan itu, jika terdengar ada orang-orang kuat UMNO di Adelaide, kelam kabutlah dia ingin berjumpa. Begitulah ketika Ustaz Fathul Bari (UFB) datang ke Adelaide. Dia sendiri yang memanggil UFB ke rumanya. Bukan UFB yang menziarahi dia. Dia yang mendesak untuk UFB ke rumahnya. Dia menelefon aku berkali-kali dengan ayat-ayat mendesak. Walhal UFB ketika itu sudah penat. Tapi beliau gagahkan diri akibat rasa didesak. Tiba di rumahnya, dia membebel dulu. Ketika aku memberi signal ingin pulang, baru dia bertanya soalan cepu emas dia kepada UFB tentang penerimaan orang UMNO kepada dakwah UFB. hehe. Ketika aku berselisih dengan seseorang, dia mengambil "side" dengan terus menghentam aku tanpa usul periksa. Huhu. Kenapa ek? Sebab aku bukan orang besar, seseorang ialah orang besar. Aku tiada kepentingan pun bagi dia, sebab aku sudah awal-awal lagi declare PAS bukan manhaj Islam tetapi hanya parti politik yang mempolitikkan agama. Hanya Quran & Sunnah manhaj yang benar dalam Islam!
Baru-baru ini, dia sms sahabat aku menegur tentang nyanyian oleh wanita semasa rumah terbuka UMNO-MASCA. Aku rasa dia pun tahu sahabat aku ini sudah tidak suka kepada dia. Sahabat aku ni sama aliran dengan aku dan lebih senior di Adelaide juga berbanding Sayuti yang baru setahun jagung. Ya, ia satu teguran yang baik. Tetapi mengapa disampaikan kepada sahabat aku? Mengapa dia tidak terus menegur presiden-presiden atau pengarah program? Atau menegur terus kepada penyanyi-penyanyi (melalui suami jika sudah berkahwin) tersebut. Mungkin boleh fire di FB dan email seperti dia buat kepada aku. Mungkin takda kepentingan di situ, bila kes aku, walaupun dia sendiri tidak tahu, tapi dia sanggup menyibuk. Apapun dia sudah berjaya mendapat kepercayaan seseorang dan seseorang lain. Dikatakan tsiqah lagi. hehe. Pandai tak dia berlakon? Aku ada kisah-kisah lain juga. Tetapi tidak perlulah aku tulis. Panjang dah ni. Mungkin orang lain lebih banyak tahu dari aku tentang lakonan-lakonan Sayuti.
3) Sayuti seorang yang penyibuk.
Syarat lain untuk menjadi ahli politik adalah menjadi penyibuk. Sudah jelas dia penyibuk dalam hal aku dengan seseorang. Sudah dinyatakan pada point no 1 yang Sayuti ialah ahli inovasi dalam agama. Keahlian dia dalam menginovasikan agama lebih terserlah dengan kesibukan tentang hal inovasi agama yang berlaku di kalangan orang-orang muda pula.
Ramai orang sudah tahu Nabi s.a.w tidak pernah melakukan solat hajat secara berjemaah. Aku ada menulisnya di
sini. Yang tak tau aku bagitau. Tentang kewujudan solat hajat pun masih dipertikaikan dan tidak jelas terutama tentang hal berjemaah. Pendek kata perkara itu tidak sunnah. Ramai para ilmuan sudah menyatakan hal ini dengan memberikan pendalilan yang cukup jelas. Oh, Nabi s.a.w tidak pernah ajak para sahabat r.hum untuk bersolat hajat berjemaah sebelum pergi perang Badar dan lain-lain perang. Exam dengan perang? hehe.
Teguran aku dan rakan-rakan aku tentang hal ini telah lama, sebelum Sayuti sampai di Adelaide lagi. Untuk program yang terbaru ini, pengarah program anjuran UMNO-MASCA-ISSUA menerima teguran aku. Tiada solat hajat untuk program itu kata pengarah program. Program itu dibuat sekali dengan ISSUA. Oh ya, aku yang mencadangkan seseorang untuk memberi talk pada hari tersebut. Pada hari tersebut, Sayuti datang berjumpa pengarah program dan memberitahu dia mahu cakap sesuatu. Pengarah program tidak membenarkan. Tetapi dia sendiri datang mengambil mic dan berkata "solat hajat tidak salah menurut ulamak-ulamak nusantara dalam bahasa Melayu.." Kemudian dia terus mengimamkan solat hajat. huhu. Lebih kurang macam tulah ceritanya. Aku rasa Sayuti mahu menafikan kebenaran yang aku sampaikan. Sebab itu dari awal dia dah cakap mahu cakap sesuatu.
Tak cukup Sayuti mengajar dan menjadi tekong inovasi-inovasi dalam agama pada majlis orang-orang tua, dia juga mahu orang-orang muda juga tersasar dari sunnah. Adakah dia beradab dan berakhlak dengan majlis tersebut. Perlu diketahui, majlis tersebut dihadiri oleh bukan Melayu juga kerana anjuran bersama ISSUA. Beradabkah berbahasa Melayu pada majlis tersebut? Jika tidak tahu tentang hal itu, tidak reti ke beradab dengan pengarah program? Slumber je ambil mic cakap then lead sesuatu yang tidak disuruh. Oh, lupa plak.. Kata ahli inovasi dalam agama, kalau Allah dan rasul pun dia langgar, inikan pulak budak-budak muda. Sudah terserlah kesibukan si Sayuti ni kan? Hal orang-orang muda pun dia nak sibuk. Nak menyesatkan orang plak tu. haih..
4) Sayuti biadab di majlis orang.
Kebiadaban Sayuti pada majlis anjuran UMNO-MASCA-ISSUA sudah aku nyatakan dalam point ke 3. Namun aku kategorikan sebagai penyibuk. Kebiadaban yang paling jelas dilakukan Sayuti adalah pada program kuliah Subuh UFB yang terakhir. Untuk pengetahuan semua, kuliah subuh UFB adalah di bawah seliaan aku. Ketika UFB membuka soalan, Sayuti mensyarah kuliah UFB dengan panjang lebar. Sebenarnya dia mahu "fire" aku. Dia mencuri masa kami selama lebih kurang 10minit dengan omongan-omongan sampah. Tidak menghormati guru di hadapan itu satu hal, tidak menghormati masa orang lain yang terhad dua hal, tidak menghormati penganjur itu sesuatu yang amat biadab. Orang suruh tanya soalan, bukan tolong syarah. Takda seorang pun nak dengar ceramah dari ahli inovasi agama yang beraliran politik. Kami orang muda tidak bodoh. huhu. Kalau nak fire aku pun, mehla berdepan, ada aku takut? Kacau majlis aku apesal? Tulis email dan facebook je ke berani? Dasar orang politik.. Macam ni ke cara nak tegakkan Islam versi PAS? Lu sendiri pun adalah produk PAS yang gagal! hehe.
5) Sayuti mengurangkan fakta dan membuat tafsiran yang salah tentang perkataan UFB.
Di dalam email yang diforwardkan, Sayuti menyatakan kalau dia tahu kes aku dengan seseorang awal lagi, dia akan memberitahu UFB tentang hal tersebut. Haha. Kalau lu bagitau UFB pasal tu time tu, dan UFB tegur aku time tu aku akan diam? Dengan hang skali gua sapu time tu jugak. Tak payah nak tunjuk hero la Sayuti. Sebelum lu tau UFB dah tau. Aku dah cerita dulu lebih awal dari lu. Kalau yer pun UFB tegur, dia sudah tegur secara umum. Lu je yang tak reti faham atau taknak faham. Kalau dah hati tepu dengan daki-daki politik memang akan sentiasa "bias". Sayuti menulis seolah-olah UFB sudah menegur aku tetapi aku yang degil. Sayuti telah mengurangkan fakta. UFB sebenarnya bercakap secara umum, menyatakan tentang Nabi s.a.w berada diantara sahabat-sahabat r.a yang bermacam-macam jenis. Ada yang keras, ada yang lembut. Tapi tidak menyuruh semua orang jadi lembut. Auww..
Pada malam iftar perdana, UFB telah menyebutkan beberapa perkara tentang keperluan memastikan sesuatu fakta tetapi dalam konteks amalan agama (ibadat). UFB juga ada menyebutkan kisah Umar r.a melilit leher sahabat yang lain disebabkan tidak pernah mendengar ayat yang dibaca oleh sahabat terbabit dan juga kisah Umar mencekik leher Amru bin Al-Asr r.a yang boleh dikategorikan sebagai tindakan keras. Begitu juga pada kuliah subuh, UFB menceritakan kisah Umar r.a yang mengugut seorang wanita Mekah untuk dibogelkan jika tidak menyerahkan surat yang dibawanya kepada Umar. Sekarang ni, apa yang Sayuti faham? Dia sendiri tekong majlis-majlis inovasi agama. Mana mungkin dia faham dengan baik tentang sunnah. Dia tak faham kisah-kisah Umar tu kan? Meh, sini aku bagitau.. Umar ialah manusia yang jenis keras dan tegas. Manusia jenis keras juga diiktiraf dalam Islam. Bukan yang lembik-lembik je yang diiktiraf Islam seperti dalam sesetengah group usrah. Apakah? hehe. Faham tak? Aku ni jenis Umar, keras dan tegas.. Faham? Oh, orang PAS pulak, keras boleh dengan UMNO je. Tu yang boleh sokong demonstrasi Ambiga. Perbuatan demonstrasi ni tak keras? Kenapa tak guna cara lembut je? Tengok ISMA, depa bantah cara PAS. Depa bantah demonstrasi. Depa tau ada cara lembut sebab ISMA kan lembut.Auww..
Tujuan aku menulis.
Tujuan aku menulis adalah sebagai kritikan kepada Sayuti kerana dia telah menuduh aku melakukan fitnah sedangkan dia sendiri tidak mengetahui apa-apa. Aku juga ingin membuktikan Sayuti ialah orang yang sangat berbahaya dan kenapa aku tidak mempercayainya. Selain itu, kisah fitnah terhadap aku juga telah tersebar dan sudah kembali sampai ke telinga aku. Oleh itu aku rasa, wajarlah aku menjawab dan mengkritik semua tindakan Sayuti kepada aku. Memang aku tulis untuk bagi dia terasa. Keras? Aku memang keras! hehe.
Oh, aku sudah dibuang dari group MYPSA sedangkan isteri aku posgrad yang berdaftar dengan MYPSA. Bayar tau! Bukan datang makan free bak kata seorang sahabat pasal ada posgrad bayar yuran taknak, tapi time makan datang. Hehe. Ada tangan-tangan yang menyalah gunakan kuasa telah membuang aku dari group tersebut. Aku juga diberitahu ada tangan-tangan yang akan medelete komen-komen yang tidak disenangi. Sayuti pula hanya menggunakan teknik pengecut untuk berdepan dengan aku seperti yang aku tulis di atas. Berdialog? Berkungfu? MMA? Silat Olahraga? Set saja apa-apa rule pun, gua berani berdepan dengan lu! haha.
Diharap Sayuti segera bertaubat manakala orang-orang yang baru mengenalinya diharap berhati-hati dengan dia. Yang sudah mengenalinya diharap agar lebih berhati-hati. Aku tidak suruh semua orang percaya apa yang aku tulis, nilai dahulu pembuktian-pembuktian yang aku sudah buat dan lakukan analisa. Tidak aku tulis perkara bohong di sini melainkan benar menurut aku. Yang aku syak, aku nyatakan syak. Yang pasti, aku nyatakan kepastiannya.
Kesimpulan.
Setelah dibentangkan tentang syubhat-syubhat yang dibawa oleh Sayuti terutama tentang kejahatan dia memfitnah aku tanpa asas. Aku simpulkan :
1) Sayuti harus segera bertaubat dari perbuatan-perbuatan bidaah (inovasi agama) dan dari sikap buruk ahli politik yang aku sudah jelaskan di atas.
2) Aku menyeru supaya Sayuti bertakwa kepada Allah dan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah dengan kefahaman generasi salaf sebagai pegangan dalam beragama bukan kefahaman PAS sebagai pegangan agama.
3) Tidak diambil daripada Sayuti pandangan tentang hal-hal agama melainkan setelah dianalisa dan disemak pandangannya berdasarkan prinsip-prinsip dan kaedah ASWJ.
4) Tidak memberitahu tentang hal-hal rahsia dan hal-hal yang melibatkan orang lain kepada Sayuti.
5) Tidak terus mempercayai apa-apa perkataan Sayuti melainkan telah dipastikan kebenarannya.
Diharap Sayuti dapat terima kritikan ini dengan hati yang terbuka. Tidak ada niat jahat, bahkan ia sebagai muhasabah untuk diri sendiri juga. Jika sekarang Sayuti marah. Sayuti tenangkan fikiran dulu. Orang politik sepatutnya sudah kebal dengan kritikan kan? hehe. Kemudian baca balik. Semoga ada petunjuk kebenaran dan menjadi "starting point" untuk Sayuti berubah menjadi lebih baik. Tanggungjawab aku untuk memberitahu tentang betapa bahayanya Sayuti di Adelaide telah selesai. Aku berlepas diri daripada apa-apa yang sudah berlaku. Sekali lagi, memang tujuan aku menulis untuk memberitahu betapa bahayanya Sayuti dan untuk menyedarkan Sayuti sendiri. Agak keras? Memang aku keras dan memang hendak bagi Sayuti terasa. Segala salah silap dan terkasar bahasa, aku mohon maaf. Peace, No Bidaah!
Wallahua'alam..
Abu Olen Al-Turkistani
*bukan semua orang PAS jimbit macam Sayuti, ada je yang baik seperti sahabat aku di Malaysia, Ammar. Bila aku teringat dia, aku terasa nak undi PAS. Undi sebab Ammar. Bila teringat Sayuti? Ada rasa nak undi PAS tak? Wallahu wa ni'mal wakil..