Sunday, December 5, 2010

Mengkritik itu tiada salahnya

Ketika aku belajar hadis 40 Imam Nawawi di rumah guru aku yang amat aku hormati. Guruku menerangkan beberapa usul dalam dunia hadis. Antara yang menarik perhatian aku pada waktu itu adalah ilmu Jahr Wa Ta'dil (kritik dan adili/puji). Guruku ini major dalam hadis dari Al-Azhar. Beliau adalah guru yang membawa aku ke dunia tasawwuf waktu dulu. Sehingga kini, aku masih lagi menghubungi beliau.

Dalam dunia hadis, selepas memastikan matan (teks) sesuatu hadis itu sahih, ulamak hadis akan melihat setiap perawi sesuatu hadis. Pada waktu itu, ilmu Jahr Wa Ta'dil akan diaplikasikan. Sebagai contoh, sesuatu hadis yang walaupun dari sudut matannya amat baik tetapi bila perawinya dinilai melalui Jahr Wa Ta'dil perawi ialah dhaif. Maka hadis itu jatuh ke taraf dhaif. Macam tula lebih kurang.

Pada waktu itu, ilmu kesufian aku terlalu tinggi. Aku rasa tidak puas hati. Kerana antara terma2 yang digunakan oleh ulamak2 Jahr Wa Ta'dil adalah "perawi seorang yang dhaif", "perawi lemah ingatan", "perawi itu pendusta", "perawi ahli maksiat" dan "perawi tidak boleh dipercayai". Nama2 mereka tercatat dan tertulis di dalam kitab2, dibaca hingga hari ini.

Aku bertanya kepada guruku," Tidakkah tindakan mereka itu mengaibkan mereka yang dikritik? Bukankah itu suatu tindakan yang menyalahi sunnah?"

Guruku menjawab,"Mengkritik itu dibenarkan dalam Islam, ia sebahagian dari Islam seperti mengadu kepada qadi. Yang haram hanyalah mengumpat."

Beliau tau aku takkan puas hati dengan jawapan kosong semata-mata. Beliau membawa beberapa contoh dari antara sahabat r.hum.

1. Aisyah ra. mengkritik Huzaifah r.hu yang menyatakan nabi pernah kencing berdiri dengan mengarahkan jangan kamu percaya. Dalam maksud lain, penipu, pendusta, tidak boleh dipercayai.

2. Ummu Salamah ra. mengkritik Ibnu Umar r.hu dengan kata2 sindiran ketika masalah melepaskan rambut dalam mandi janabah bagi wanita. Beliau menyuruh wanita mencukur saja kepala sehingga gondol jika mahu mengikut fatwa Ibnu Umar ra.

3. Aisyah ra. mengkritik pemerintahan Ali ra. sehingga memimpin tentera dari Mekah ke Madinah ketika perang Jamal. Kritikan ini disertai oleh beberapa sahabat r.hum.

4. Muawiyah ra. mengkritik pemerintahan Ali ra. sehinnga tercetus peperangan Siffin.

Pada kurun salaf pula, kritikan2 terus berlaku antara ulamak dengan ulamak dan ulamak dengan pemerintah.

1. Imam Malik rah. mengkritik Ibnu Ishak sehingga beliau menghalau beliau dari Madinah dan menggelar beliau sebagai dajjal.

2. Imam Auza'i rah. mengkritik Imam Abu Hanifah rah. Imam Shafii mengkritik kebanyakan para Imam sebelumnya. Imam2 sesudah itu meneruskan tradisi kritik mengkritik.

Secara umumnya kritik-mengkritik adalah lazim dalam dunia Islam. Mengkritik dibenarkan dalam Islam kerana mengkritik itu ada matlamatnya, ada tujuan yang baik, dan ada manfaat yang sangat baik dari kritikan itu. Manakala, mengumpat hanyalah untuk mengaibkan orang, tanpa tujuan/matlamat, dan tidak memberi solusi. Ia seperti kaedah mengelak mudarat yang lebih besar dari mudarat kecil.

Begitu juga dalam dunia politik. Ulamak2 PAS juga menyatakan tindakan mereka bukan mengaibkan orang atau mengumpat tetapi menegur dan mengkritik. Aku tidak mahu bersuara soal politik di sini. Nanti aku akan bicara soal politik. Dari sudut orang bukan ahli politik.

Oleh itu, jika aku mengkritik janganlah marah, janganlah mengamuk, jangan diam2 tin karat dan janganlah merajuk dengan aku. Aku akan terus mengkritik sehingga benda yang aku kritik itu berubah atau aku tiada lagi. Jika kau rasa kritikan aku salah, kemukan hujah kau. Demi Allah, aku akan tunduk dengan hujah yang menepati sunnah. Biasanya bila aku mengkritik, aku akan kemukakan solusinya. Sama ada kau mahu terima atau tidak, terpulanglah.

Aku akan mengkritik dalam beberapa perkara yang aku rasa aku mahir.
1. berkaitan dengan agama. Aku minat pada kesarjanaan dan keilmuan Islam.
2. berkaitan engineering esp mekanikal. Aku orang mekanikal.
3. berkaitan "martial arts". Aku memang gila benda ni.
4. berkaitan seni suara. Aku "lead" nasyid sekolah aku dulu.

p/s : Kepada mereka yang memegang fatwa harammnya mengkritik. Janganlah kritik balik aku. Sebab berdosa untuk kau!