Hari ini hampir masuk 1 Muharram mengikut kalendar Hijrah Islam. Bermakna sudah masuk 1432 tahun hijrah Nabi s.a.w tinggalkan kita. Setiap kali masuk tahun baru ini, negara Islam Malaysia memberi cuti kepada penduduknya. Ceramah2,program2, dan acara2 mengenai hijrah nabi s.a.w akan berkumandang, dijalankan, dan diraikan. Oh, tokoh maal hijrah juga akan diumumkan. Itu di negara Islam Malaysia yang masih cacat dan tempang Islamnya seperti juga negara2 Islam lain. Masih adakah negara Islam yang sempurna? Apakah definisi negara Islam yang sebenarnya?
Ketika zaman muda remaja ku, 1 Muharram disambut dengan meriah. Ada perarakan, ada nasyid, ada kuliah2 istimewa yang dibayar mahal dan yang paling penting kenduri! Pada waktu itu, aku hanya faham makna hijrah sebagai cerita di dalam buku cerita 1001 malam. Ada katak/biawak yang menjilat bekas tapak kaki nabi s.a.w, burung merpati membuat sarang dan bertelur, labah2 yang membuat sarang, cicak yang menggangu dan kisah Ali r.hu yang berani menggantikan tempat tidur Nabi s.a.w.
Ia seperti kisah dongeng rakyat. Tapi waktu itu, aku tidak mampu menapis kisah2 dongeng yang dimuntahkan oleh orang ramai. Termasuklah dari golongan yang berijazah dari negara padang pasir. Aku menelan apa yang dimuntahkan, menjadi si bodo keldai yang mengikut saja lobak yang ditayangkan di depan mata. Tapi takpalah, aku masih muda remaja.
Kisah labah2 dalam hijrah nabi s.a.w adalah 1 kisah yang besar bagi orang Malaysia. Apa tidaknya sehingga logo hijrah berdasarkan sarang labah2. Haha. Teringat aku pada seorang pensyarah aku di Penang dulu. Dia juga seorang pengkritik, pengkritik filem. Dia tak suka mengajar, dia suka bersembang dan meluahkan pandangan dan kritikan dia pada setiap benda yang dia lalui, nampak, alami dan hadapi. Dia seorang yang berpengalaman dalam hidup.
Dia cakap, " Orang Melayu kalau nak buat filem "superhero", mesti makan atau minum benda2 kotor.." Merujuk kepada filem CicakMan.
"Siapa superhero orang Melayu dulu?"
"Badang, KeluangMan, Sang Wira, Chempiang..." jawab seorang demi seorang student2.
"Ha Badang! Badang je yang keluar "movie", yang lain tak kira lagi. hehehe." dia terangkan.
"Hangpa tengok, Badang nak dapat "power" macam mana? Makan muntah kan? Tak pengotor ka?"
"Lani CicakMan pulak. Minum cicak. 2x5 saja. Pengotor!"
"Hangpa tengok Hollywood buat "movie" "superhero" mana ada kotor camni.."
"Depa buat SpiderMan, kita buat CicakMan. Depa sayang labah2, kita sayang cicak. Padahal labah2 yang tolong nabi, cicak kacau nabi.."
Betapa hebatnya penangan labah2 hijrah ini sehingga ia dimasukkan dalam kritikan terhadap filem CicakMan oleh salah seorang pensyarah aku. Apa pun suka aku tegaskan di sini, kisah labah2,burung merpati, cicak, biawak/katak adalah hanya cerita dongeng saja. Ia langsung tidak sabit dengan hadis dari nabi. Cerita2 tersebut bertaraf palsu!
Manakala kisah Ali r.hu mengganti tempat tidur nabi s.a.w adalah riwayat Ibnu Ishak (ahli sejarah) dari orang2 syiah untuk memperlihatkan kehebatan Ali r.hu.
Disebabkan aku tidak percaya kepada ahli sejarah, dan riwayat syiah, yang paling penting aku seorang yang pro-Bukhari. Aku akan menulis kisah Hijrah menurut Imam No1 hadis, Imam Muhammad bin Ismail Al-Bukhari rah.
1. Hijrah ke Madinah berlaku dari rumah Abu Bakar ra. pada waktu tengahari bukannya pada waktu malam. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. mendapat perintah supaya berhijrah, Baginda s.a.w. terus ke rumah Abu Bakar pada waktu tengahari, iaitu suatu waktu yang tidak biasa Rasulullah s.a.w. pergi ke rumah Abu Bakar.
2. Di dalam riwayat Bukhari ini, tidak pun disebutkan Ali ra. diminta supaya tidur di atas tempat tidur Nabi saw dan tidak juga disebutkan Nabi saw keluar dari rumahnya dalam keadaan rumahnya dikepung oleh musuh- musuh baginda saw sambil baginda saw menaburkan tanah atau pasir di atas kepala musuh-musuh yang mengepung rumah itu.
3. A’ishah ra. bersama Asma’ ra. menyiapkan bekal untuk perjalanan Rasulullah saw dengan cepat-cepat kerana permulaan hijrah berlaku pada masa itu juga.
4. Boleh dikatakan semua anggota keluarga Abu Bakar memainkan peranan dalam menjayakan langkah-langkah hijrah yang berlaku pada saat yang sangat genting itu. Abdullah Bin Abu Bakar selama 3 malam berturut- turut menemani Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar di Gua Thur. Pada waktu siang pula beliau bersama dengan masyarakat mengintip sesuatu yang mungkin mengancam mereka berdua. Amir Bin Fuhairah hamba bebasan Abu Bakar menghalau kambingnya ke kawasan sekitar bukit itu dengan maksud menyediakan susu untuk Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar pada waktu malamnya. Semuanya berlaku dalam keadaan yang tidak disangka atau diragui oleh sesiapapun.
5. Menurut Bukhari juga, tiada syaitan yang datang menyamar sebagai orang tua kaum Najd yang menghadiri mesyuarat musyrikin Mekah. Jika ia benar, siapa pula di kalangan ahli mesyuarat yang menyampaikan cerita ini?
Siapa anda mahu percaya? Imam Bukhari si raja hadis atau Ibnu Ishak si ahli sejarah syiah? Tepuk dada tanya iman.
p/s : Aku sengaja tidak meletakkan citation tentang fakta2 yang aku keluarkan. Sebab aku tulis untuk aku. Aku tahu ia benar dan ia hak.