Sebenarnya ada cerita di sebalik nama samaran atau nama pena yang aku pakai. Lebih-lebih lagi, di kalangan bangsa Melayu di sini akulah "Melayu" yang paling mengenali bangsa yang hebat ini. Aku juga orang "Melayu" pertama yang mengenali bangsa hebat ini di kalangan mereka yang se-batch dan ada yang lebih senior. Ada bantahan?
Aku pernah bekerja dengan bangsa hebat ini. Aku juga pernah bermuamalat dengan bangsa hebat ini. Aku pernah bermusafir bersama bangsa hebat ini. Aku telah banyak kali menghadiri dan dijemput ke majlis-majlis mereka. Aku pernah tidur di rumah mereka. Pernah ditawarkan untuk mengahwini anak perempuan mereka. Aku juga pernah membantu mereka dalam majlis-majlis mereka. Ada bantahan lagi?
Cerita aku bermula pada hari Jumaat pertama aku di sini. Aku terlihat bangsa hebat itu. Agak pelik rupa mereka. Macam Cina, macam Rusia, macam Pakistan, macam Uzbek dan yang macam Melayu pun ada. Aku bertanya kepada yang lebih senior. Bangsa apa tu? Tak perlulah aku kasi tau siapa orang-orang yang aku tanya tu. Ada yang jawab orang Cina, ada yang jawab Tibet, Monggol, Tatar, Uzbek dan tak tau.
Uikz, ada individu yang aku tanya sudah lebih 4 tahun di sini, juga tidak mengetahui. Apa jadah kau duduk sini lama-lama kalau tak kenal orang local di sini? Racist! Asabiyah!
Sekarang ni siapa yang tak tau kedai Uyghur? Siapa yang kenalkan kedai Uyghur dekat Melayu?
Haha. Sebab tula aku jadikan nama bangsa hebat ini sebagai nama samaran aku. Sebab aku tau banyak pasal mereka.
"Wahai manusia Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berpuak-puak supaya kamu berkenalan. Sesungguhnya kemuliaan kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa." (Surah Al-Hujuraat, ayat 13)