Monday, January 21, 2013

Mencari calon isteri

Alhamdulillah, aku berlindung dengan Allah dari syaitan, politik dan orang politik. Aku masih belum menghabiskan perkara-perkara yang patut aku catatkan di sini. Aku sangat sibuk. Aku ada 2 isteri, seorang anak kecil. Aku juga bekerja. Aku bukan duduk kangkang memakan elaun isteri atau menjual barang-barang rosak kepada pelajar-pelajar yang baru sampai di sini.

Kali ini aku terpaksa menulis kerana ia dibayar. Selepas kejayaan karya Masca di Casablanca yang mencecah "view box-office", seorang teman dari Casablanca telah menghubungi aku. Beliau mahu aku mengiklankan diri beliau bagi mencari calon isteri. Ya, mungkin kerana orang yang tinggal di Australia amat meminati kisah di Casablanca. Sehingga ramai yang mengaku sebagai watak-watak orang Casablanca di sini. Oh ya, sebelum aku terlupa, bayaran untuk iklan di ruangan aku ini berharga AUD 1853.63 di atas nama Adelaide City Council.

Disebabkan beliau berbicara menggunakan bahasa Casablanca, tetapi bahasa pengantar di ruangan ini adalah Bahasa Melayu Sepakat Islam Berdaulat. Aku akan cuba menterjemahkan sebaik mungkin. Ia mungkin gagal untuk memahamkan 100% para pembaca. Usah risau, kita sudah tinggal di era globalisasi, Google dan Bing sebagai solusi.

Kiteria calon isteri yang beliau mahukan adalah :

1. Boleh dipacak lambung.
2. Mempunyai ketinggan 160cm hingga 170cm.
3. Pandai memasak.
4. Punya Gred C dan ke atas.
5. Tidak rabun siang dan malam
6. Mempunyai sekurang-kurangnya sekeping ijazah. (Ijazah sufi gelek kepala dari habib-habib Yaman tidak dikira)
7. Tidak mempunyai sejarah masalah Psikologi.
8. Cantik.
9. Sukakan aktiviti lasak.
10. Jujur dengan diri sendiri.
11. Mempunyai lesen memandu kereta dan motosikal.
12. Suka pada haiwan dan tahu masalah-masalah haiwan.
13. Bersedia meneguk madu jika ditakdirkan.

Jika anda berjaya memenuhi kesemua 13 kriteria di atas. Atau anda punya teman, kawan, makcik, dan saudara yang memenuhi kriteria di atas. Jangan segan silu untuk mengenali beliau pula.

Berikut adalah kriteria tentang diri beliau yang beliau sendiri tulis :

1. Mampu memacak lambung.
2. Tinggi 167cm.
3. Pandai memasak.
4. Pandai bermain alat muzik.
5. Suka aktiviti lasak.
6. Tidak rabun.
8. Seorang pendengar yang setia.
9. Mudah bergaul.
10. Menguasai 3 bahasa utama dunia.
11. Pembela kebenaran.
12. Sangat jujur dengan diri sendiri.
13. Perpandangan jauh dan sangat berwawasan.
14. Tidak panas baran. (Tiada kes menampar bekas kekasih kerana ingin memutuskan hubungan, tidak juga punya kes menangis macam pondan mengadu di hadapan kawan-kawan akibat ditinggalkan kekasih)
15. Sukakan kedamaian.

Beliau juga dengan jujurnya menyenaraikan perkara negatif tentang diri beliau.

1. Orang kebanyakan. (Rakyan marhaen, bukan elitis atau pun bajet elitis)
2. Membenci filem hindustan tetapi meminati heroin-heroin hindustan.
3. Benci kPop.
4. Suka "troll" orang.
5. Tidak suka budak-budak yang belum mencecah umur 5 tahun.
6. Tak suka makanan manis.

Komen dari aku pula :

1. Beliau bukan kelompok korup di Casablanca.
2. Beliau juga bukan si pencuri duit MASCA di Casablanca ataupun kelompok yang bersubahat mendiamkan kecurian tersebut.
3. Beliau bukan orang politik.
4. Beliau bukan dari kelompok suka buat bidaah, kurafat dan syirik.
5. Beliau juga tidak makan rasuah.

Sekian saja ruangan iklan kali ini. Jika anda mahu memiliki suami, menantu, abang ipar atau adik ipar sehebat beliau. Sila hantarkan email anda ke aliph.alturkistani@gmail.com. Perhatian, jika anda benar-benar mahu mengiklankan apa-apa saja di ruangan aku ini, sila pastikan anda tidak atau berpura-pura membayar ke akaun diri sendiri tetapi menulis Adelaide City Council sebagai penerima.

Sekian, terima kasih.