Aku ingin menulis suatu kisah. Kisah ketika aku tinggal di Casablanca. Kisah tentang MASCA. Apa itu MASCA? MASCA itu Morrocan-Asian Council of Africa. Kisah itu berlaku pada tahun 80an. Aku gagal mengingati tahun sebenar. Mungkin aku sudah tua.
Aku mahu cerita tentang komiti MASCA ketika itu. Ketuanya seorang pembohong. Penolongnya I don't know what to say. Komitinya ada yang kaki buat personal attack, ada yang kaki joget, ada yang kaki ngumpat di twitter, ada tambi kaki putar belit, ada awek tak cun tak faham agama, yang paling lawak mat gedebe jadi liaison officer, ada juga budak saiko yang housematenya sentiasa lari keluar rumah, ada juga yang ok dan baik.
Daripada zaman 20an sampai 70an aku tinggal di Casablanca. AGM MASCA hanya sekali saja setahun. Tetapi pada tahun 80an, AGM MASCA sampai 3 kali. Kenapa 3 kali? Kononnya diorang ikut perlembagaan adat pepatih Casablanca. Ketika dipertikaikan, dengan angkuh dan konfiden Sang Ketua katakan ada dalam perlembagaan adat pepatih Casablanca. Siap datang jumpa aku kata ada.
Sekali tiba-tiba sampai telegram daripada Sang Ketua tentang permohonan maaf. Rupanya Sang Ketua telah berdusta. Dasar komiti yang korup. Sanggup berbohong demi kepentingan diri. Aku sudah tinggal di Casablanca sejak zaman 20an. Tidak pernah aku berjumpa AGM sebegitu. Tidak pernah aku berjumpa lagi AGM sampai 3 kali. Tidak pernah aku tengok kebodohan sebegitu.
Sang Ketua sebenarnya memenangi pilihan raya kerana undi pos. Si lawannya don't know what to say. So, undi pos pergi kepada Sang Ketua. Tetapi Sang Ketua berasal daripada tribe Berus. Ya, komiti dia juga memanggil dia berus di belakang dia. Walaupun dia menjawat jawatan sebagai Ketua, tetapi dia tiada kuasa. Biasalah, politik kaum Casablanca yang berketurunan Melayu memang begitu. Depan Sang Ketua kata lain, belakang kata lain. Komiti yang berkuasa.
Sang Ketua seorang yang gila kuasa. Dia juga memegang banyak jawatan di persatuan-persatuan lain seperti ISMA, IKRAM dan PAS. Penolongnya pula adalah designated ketua oleh ketua terdahulu. Ramai dalam komiti ialah anak-anak buah ketua terdahulu. Sebab itu mereka anti kepada Sang Ketua. Banyak agenda Sang Ketua dibantah oleh anak-anak buah ketua terdahulu. Sehingga komiti boleh buat meeting sebelum meeting sebenar. Sebab itu program2 yang dianjurkan sama saja dari zaman 20an. Ia turun temurun yang membosankan.
Sebab itulah MASCA zaman 80an sangat teruk. Sangat memalukan.Aku sudah jumpa ramai Ketua, tetapi ketua MASCA zaman 80an adalah yang palik teruk. Aku sudah jumpa bermacam-macam jenis komiti. Tetapi komiti MASCA zaman 80an paling jelek. MASCA zaman 80an memang teruk. Bukan saja teruk, malah bacol. Eloklah MASCA zaman 80an menamatkan kekuasaan mereka dengan penuh penghinaan.
Kini aku tinggal di Australia. Ada juga kelab yg bernama MASCA. Tapi MASCA di sini amat unggul. Aku harap MASCA di sini terus unggul. Jangan jadi seperti MASCA di Casablanca. Terutama MASCA zaman 80an.