Aku tak boleh tido malam ni. Walaupun aku penat, tapi aku tetap tak boleh tido. Aku rasa ada benda tak kena aku dah buat. Aku pun menyemak balik hadis2 tentang perkahwinan. Akhirnya aku telah terjumpa. Cis! Aku sudah tersilap mengeluarkan "fatwa".
Kesilapan aku
Aku tersilap menyatakan solat sunat selepas nikah wujud padahal ia tidak sama sekali wujud setelah aku menyemak semua hadis2 yang berkenaan. Hal ini kerana seorang sahabat yang aku percaya menyatakan ada 1 atsar sahabat (Abu Zar ra.) melakukan solat sunat selepas nikah. Tanpa memeriksa kenyataan itu, aku telah menerima pandangan beliau. Padahal solat sunat selepas nikah tidaklah dari petunjuk Nabi SAW. Aku memang tidak melakukan solat sunat selepas nikah semasa perkahwinan pertama aku. Kerana aku berpendirian solat sunat itu adalah solat sunat sebelum memulakan malam pertama.
Atsar Abu Zar ra. itu berbunyi :
Diriwayatkan oleh Abu Sai'd bekas hamba kepada Abu Usaid, beliau berkata :
(HR Ibnu Syaibah dengan sanad yang baik)
Seterusnya, untuk memperkuatkan lagi tentang kedhaifan amalan solat sunat selepas nikah terdapat 1 lagi atsar sahabat yang menjelaskan bila solat sunat patut dilakukan.
Dalam riwayat lain dari Ibnu Mas'ud ditambahkan, katakanlah, 'Ya Allah, berikanlah keberkatan kepadaku pada keluargaku (anak isteriku) dan berikan keberkatan kepada mereka dalam diriku. Ya Allah, persatukanlah kami selama persatuan itu mengandungi kebajikan dan pisahkanlah kami jika perpisahan itu menuju kebaikan'. "
(HR Ibnu Syaibah dan Abdurrazak dengan sanad yang sahih, riwayat kedua diriwayatkan oleh Tabarani dengan sanad yang sahih)
Maka sudah jelas, amalan solat sunat selepas nikah menurut petunjuk Nabi adalah ketika bersama-sama isteri sebelum melakukan apa2 di atas katil, bukan seterus selepas nikah.
Oleh itu, di sini aku dengan rasa rendah diri dan rasa bersalah kepada sahabatku Ikhwan Yuslim kerana mengajar sesuatu yang tidak bertepatan dengan petunjuk Nabi SAW menarikan balik pendangan yang aku telah keluarkan dan memohon maaf. Kepada mereka yang melihat perbuatan beliau, sesungguhnya ia bukan datang daripada petunjuk Nabi tetapi dari kecuaian aku yang tidak menyemak kembali hujah sahabat lamaku dahulu.
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan dan inovasi dalam ibadat.. Semoga Allah mengampunkan aku dan kalian menerima permohonan kemaafan dari aku..
Kisah susu
Orang ramai tertanya2 kenapa Ikhwan membawa susu. Sudah dijelaskan ia adalah sunnah. Tetapi apakah dalilnya?
"Sesungguhnya saya telah menghiasi Aisyah untuk dikahwinkan dengan Rasulullah SAW. Kemudian saya memanggil beliau untuk masuk melihatnya. Maka Rasululah SAW masuk dan duduk disamping Aisyah. Seseorang datang memberikan segelas susu pada beliau. Kemudian Rasulullah SAW meminum susu tersebut, dan menyuguhkannya kepada istrinya. Tapi isterinya (Aisyah) menundukan kepalanya dan malu-malu." Asma berkata, "Saya marah kepada Aisyah seraya berkata, 'Ambillah gelas itu dari tangan Nabi SAW'. Maka dia mengambil gelas itu dan meminumnya sedikit...
(HR Ahmad dengan beberapa sanad yang saling menguatkan)
Tetapi tidak pula diriwayatkan susu itu berperisa coklat.. ;p
Non-muslim masuk masjid
Perkara ini khilaf, bagi mereka yang membenarkan non-muslim masuk masjid, mereka berhujah dengan hadis Imam Bukhari telah meletakkan 1 tajuk di dalam sahihnya iaitu ‘Musyrik Masuk Ke Masjid’ dengan meriwayatkan seorang musyrik bernama Thamamah ibnu Athal yang diikan di dalam masjid Nabi.
Wanita haid masuk masjid
Perkara itu juga khilaf, bagi mereka yang membenarkan wanita haid masuk masjid berhujah dengan beberapa hadis di bawah ini :
Bermukimnya wanita hitam yang biasa membersihkan masjid, di dalam masjid, pada masa Nabi SAW. Tidak ada keterangan bahawasannya Nabi SAW memerintahkan dia untuk meninggalkan masjid ketika masa haidnya, dan haditsnya terdapat di dalam Sahih Bukhari.
Sabda Nabi SAW kepada Aisyah rha. yang didatangi haid sewaktu melaksanakan ibadah haji bersama beliau SAW :
“Lakukanlah apa yang diperbuat oleh seorang yang berhaji kecuali jangan engkau Tawaf di Ka’bah.” (HR. Bukhari)
Kritik
Masjid Taman Melewar (kampung wife aku) tidak membenarkan majlis pernikahan diadakan di dalam masjid kerana kata imam orang ramai tidak dapat menjaga adab2 masjid dan menunaikan hak2 masjid. Aku sangat setuju dengan alasan imam tersebut kerana kebanyakan orang islam yang hadir ketika majlis dijalankan di dalam masjid tidak menjaga adab2 masjid dan hak2 masjid. Tidak perlu aku tulis apakah perkara2 yang melanggar etika di dalam masjid. Bagi seorang muslim yang mukmin anda patut tahu dan patut lebih peka ketika berada di dalam rumah Allah.
Penutup
Selesai saja aku menulis, sudah masuk waktu Subuh. Aku keja hari ni. Aku akan tidur di stor nanti. Semoga kesilapan aku diambil iktibar oleh semua.